Monday, July 12, 2010

Anugerah Khas Piala Dunia



World Cup di Afrika telah banyak menyajikan hidangan-hidangan gol serta aksi yang lebih kurang hebat macam Liga Super Malaysia... Dan Sepanyol telah menjadi juara bagi kali pertama... Dapat jugak diorang cium piala tu yang telah pun bercampur dengan bermacam-macam air liur dari serata pemain seluruh dunia... Bila pulak orang Malaysia dapat rasa air liur tu? Tak teringin ke?

Untuk satu pertandingan yang berprestij, mesti ada anugerah-anugerah khas buat para pemain... Mari tengok apa anugerahnya...

Anugerah Pelengkap Bilangan Pemain : Wayne Rooney (England)


Pencapaian ini merupakan pencapaian terbaik Rooney dalam kariernya... Setelah duduk saja-saja dalam padang selama mungkin, Rooney telah melonjakkan nama England ke tahap tertinggi, yang akhirnya mengaibkan Jerman kerana hanya mampu membelasah England sekadar 4-1...

Anugerah Muke Emas : Bakari Sagna (France)

Setelah berjaya menggondol Anugerah Pemain Terkacak EPL, Sagna telah membuktikan bahawa kekacakan beliau tidak hanya di England, malah di seluruh dunia juga... Namanya yang sangat bersesuaian dengan kulitnya telah memikat hati jutaan gadis seluruh dunia sehingga ada yang menggelarnya, 
'The Ultimate Face'

Anugerah Tangan Emas : Robert Green (England)

Siapa yang tak kenal penjaga gol England ni? Namanya akan sentiasa disebut-sebut dan dikenang para penonton sedunia kerana ketangkasan, kelicikan, keazaman yang tinggi serta sedikit kecekapan...

Anugerah Grammy Award : Cristiano Ronaldo (Portugal)

Pemain termahal dunia ini bukan sahaja pandai mengawal bola, malah turut memiliki bakat lakonan yang mantap di atas padang... Bakat lakonannya dikatakan mampu menyaingi pelakon berbakat serba besar, Adibah Noor...

Anugerah Pawang Durjana: Paul The Octopus (Laut Mati)


Seperti yang diketahui ramai, seafood ni telah menjadi bomoh terhandal semasa World Cup... Ramalannya tak pernah salah tapi bukan bermakna ianya pandai... Paul sebenarnya sekadar watak sampingan tapi namanya tiba-tiba melonjak naik...

Anugerah Iklan Paling Serabut: MYEG

Kalau tengok tibi tiap hari ada je iklan ni... Siap ada lagu sendiri tu... Tapi, tak sedap pun...

Anugerah The Dwarf Trio: Messi, Maradonna & Tevez (Argentina)

Tiga orang penting Argentina ni sememangnya hebat di atas padang tapi mempunyai masalah tak cukup inchi atau dengan kata lainnya, pita pengukur yang terlalu panjang...

Anugerah Senyuman Paling Menawan: Tevez (Argentina)

Bagai pinang busuk dipotong tak lut... Tevez sentiasa memberikan senyuman ikhlasnya ketika bersama makwe manisnya, Nur Betty...

4 comments:

ashraf said...

bergetar kuntulku membacanya

Faiz Tapit said...

tu bru kool-dud

Lina said...

hohoho...kalo lah wujud award2 tuh....mmg meriah la 1 dunia..

Faiz Tapit said...

tw pn.. heheh

back to top