Tuesday, March 1, 2011

Cerita Ilmiah Oleh Faiz Tapit



Pagi itu pagi yang tenang... Lembu-lembu berkicauan, matahari tersenyum kiut-kiut, dan burung-burung hanya duduk diam dalam seluar... Hanya yang dalam kain pelikat sahaja mampu bergerak ke sini sana... Angin pula bertiup seperti tak mahu tiup... Sekejap-sekejap laju, sekejap-sekejap tak laju... 

Seawal pagi itu juga, anak jiran sebelah sudah memulakan konsertnya... Mahu diterajang sampai otaknya darah beku, malas pula... Aku cuba bersabar sambil mengunyah cuwinggam yang aku curi di kedai Pak Jabit semalam... 
Boleh tahan sedap cuwinggam ni... Lantas aku menulis sedikit peringatan di buku to-do-list aku, di bahagian 'barangan yang perlu dicuri hari esok'... Bahagian 'orang yang perlu ditumbuk hari esok' pula sudah penuh... 


Aku bangun dari katil dan terus menuju ke dapur... Masuk hari ni, dah 3 hari aku tak gosok gigi... Barulah terasa demokrasi sikit... Aku membuka paip air dan merasa dengan tangan... Airnya sangat sejuk... Kesimpulannya, hari ni tak payah mandi... Boleh jimat air di samping tak perlu basahkan tuala... Membasahkan tuala pagi-pagi adalah untuk orang yang 
nak mandi wajib sahaja...

"Lalink! Ooo lalink! Mana lempeng tuk abang??", jeritku memanggil Lisa, orang rumahku yang cantik berbadan sedap-sedap, tak macam akak-akak Jusco... 

Suasana sepi, tiada sebarang sahutan yang menyahut panggilanku... 
Aku berasa hairan... 

"Along! Ooo along! Mane kau pergi hah?", 
aku cuba memanggil satu-satunya anakku yang berusia 6 tahun...  

Juga senyap... Langsung tiada bunyi...Serata rumah aku geledah mencari mereka... Bawah sofa, dalam seluar, dalam recycle bin, tepi tuala, atas freezer, bawah kamus, celah-celah kuku, semuanya takde... Terus aku keluar dari rumah dan meluru masuk ke rumah jiranku tanpa memberi salam mahupun cekodok panas sebagai tanda jiran yang prihatin...

"Mak Timah! Mak Timah ada nampak anak bini saya dok? Diorang hilang la Mak Timah! Cakap lah Mak Timah!", tanyaku dalam kecemasan kepada Mak Timah yang baru keluar dari dapur... 

Mak Timah kelihatan kaget seketika, macam orang takde pedoman hidup... 

Pelepaaap!!

Pipiku terasa sakit... Tersembur air liur ku dua tiga das ke arah lantai... Lagi dua tiga das kena kat majalah URTV kepunyaan suami Mak Timah yang baru mati eksiden ngan jengkaut minggu lepas... 

"Ko menogok arak ke ni Paih, hah?? Bila masa pulok ko ada anak bini nih?? Itulah, orang dah pesan, lepas Asar jangan tidow, jangan tidow! 
Dala masuk rumah aku tak bawak cekodok pun! 
Pot.. Pet... Pot... Pet... Ni dah semayang Asar belum nih?? 
Pot... Pet... Pot... Pet..."

Ahh... Cilake betul... Terus aku balik rumahku semula dengan kemaluan yang besar... Aku tengok balik buku to-do-list aku, kat bahagian 
'orang yang perlu ditumbuk hari esok'... Ada nama Mak Timah kat situ... Terus aku liquid dan tulis semula di bahagian 'orang yang perlu ditumbuk hari ini'... 

Lantas aku ke rumah Mak Timah sekali lagi... 

Grrrr!!

32 comments:

  1. lembu lembu berkicauan?? haishhh...

    ReplyDelete
  2. to do list aku: orang yang perlu ditumbuk hari ini -> faiz tapit. HAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  3. haahhahaa, rasa nak tumbuk perut kau.

    ReplyDelete
  4. haahhahaa, rasa nak tumbuk perut kau.

    ReplyDelete
  5. eh mak ni, byk pulak die komeng2

    ReplyDelete
  6. faiz, semakin hari kau semakin senget :)

    ReplyDelete
  7. kah3... sian mak timah.. dia bgtau benda betullah.. kah3..

    ReplyDelete
  8. kah3... sian mak timah.. dia bgtau benda betullah.. kah3..

    ReplyDelete
  9. pulang dengan kemaluan yang besar. aku gelak besar part nih.

    ReplyDelete
  10. dush!! dush!! dush!!!

    gerenti mak timah teruk kene blasah!! hahahaha....

    ReplyDelete
  11. hahahahaha..boleh eh tuka..~esok nye list jd rini..haha

    ReplyDelete
  12. haha..
    mereng shioot msuk uma org x bwk cekodok..
    kui3..:D

    ReplyDelete
  13. haha..
    terhibur bace cerita mengarut ko ni!
    thumbsup~! xD

    ReplyDelete
  14. haha.. mesti jimat je bil air kat rumah tuu.. ada laa gak org yang berfalsampah camni :)

    ReplyDelete
  15. klu ak jd mak timah,x yah tampo2,ak bunuh je trus.. hwa3

    ReplyDelete
  16. sumpah maktimah ada darah sedara dgn kak limah.tak tipu.
    pffft.

    ReplyDelete
  17. haha ko memang la org yg berwawasan tinggi :p

    ReplyDelete
  18. semua nya jadi salah mak timah. haha

    ReplyDelete
  19. habeslah mak timah...
    hahaha
    menyembur-nyembur kena sepak..huk3

    ReplyDelete
  20. ehhh jgn pg tumbuk anak org lah. oke bini org.

    ReplyDelete
  21. mak timah...mak timah....nasib kau le....huhu

    ReplyDelete
  22. comel sungguh mak timah mereply panggilan tuu

    ReplyDelete

Sape komen boleh romen... Hik3