Saturday, July 23, 2011

Realiti Rancangan Realiti



Adakah anda budak lepasan SPM yang sudah malas belajar, nak femes 2, 3 bulan, gilakan duit, dan nak jadi artis segera? Jawapannya, masuklah rancangan-rancangan realiti yang penuh berselerak di Malaysia ini… Ya, media kita sememangnya sentiasa diisipadatkan dengan pelbagai rancangan realiti yang bermacam-macam jenis dengan pulangan hadiah yang sangat lumayan, iaitu menjadi ‘artis’ atau bahasa aneh nya, 
menjadi ‘orang seni’ secara tiba-tiba…

Selepas 2, 3 bulan rancangan realiti itu berakhir iaitu fasa di mana orang ramai sudah pun melupakan kewujudan anda di muka bumi ini, anda sudah boleh menggelabah untuk mencari kerja yang tetap… Tidak kira sama ada menjual burger, kerani ofis atau pun tukang lap cermin kereta di stesen minyak… Jangan dikira sangat berapa banyak gajinya, tapi kira lah berapa banyak makanan halal yang masuk ke perut anda… 


Tokey rancangan-rancangan realiti ini dikatakan suka benar mencari bakat terpendam dalam kalangan masyarakat kita ini… Cuba lah fikirkan dengan benak akalmu, sampai bila nak mencari bakat itu? Sampai bila nak buat rancangan seperti itu? Kalau dilihat pada konsep kebanyakan rancangan-rancangan realiti, pemenang akan dipilih dengan undian SMS tertinggi… Jika anda perasan dan peka, konsep ini telah pun menular ke laman sosial kesayangan kita semua iaitu Pesbuk… Di pesbuk sekarang, dah wujud contest-contest bodoh lagi mencelakakan iaitu siapa yang dapat ‘Like’ paling banyak untuk satu gambar, dia lah yang menang…

Jadi, anda rasa berbaloi kah anda menyertai rancangan realiti yang sedemikian? Janganlah ditepuk dada dan ditanya selera anda sendiri, tapi tepuk lah dahi anda dan tengok jika ada nyamuk yang gigit… Eh?


Anyway, got my points?

38 comments:

  1. salam ukhuwah

    glamor hanya sementara je kat dunia nie....bukan bawak ke mati..

    ReplyDelete
  2. benci gila undi LIKE tu... sbb ape sbb aku pernah kalah dulu. Dak tu main tipu... wuwuw. Kawan dia ada 400 je tapi undian ada 1000. Bengong.

    ReplyDelete
  3. suara aku tak cukup rocksss nak masok realiti tibi

    ReplyDelete
  4. haha tawuu tapee ta yahh nk glamor sangatt laahhhh bek crik keje tetapp terjaminn edopp ! ^^

    ReplyDelete
  5. LOL. hahahahahaha.. hang fire teruk sgt,..

    ReplyDelete
  6. pernah abg bincangkan akan masalah ini

    sedak betei jadi instant retis
    LOL

    ReplyDelete
  7. ok ok.... dah got dah, got dah...... janji tak join!!!! he he....

    ReplyDelete
  8. setuju pasal suruh kira brape byk hasil halal yg masuk dlm perut. income dr industri seni ni dah bercampur2 halal haram. kdg2 xtau pun status, main sumbat jer dlm perut. asalkan masuk biar kenyang jer. kdg2 mcm bodo jer... lg baik keje cuci tingkap bangunan, lg halal apee....

    ReplyDelete
  9. aku tggu rancangan realiti "gadis comel dan suci"

    ReplyDelete
  10. asal n3 ni mcm skema je gaya pnulisan dy?? slalu sempoi je..

    ReplyDelete
  11. memang contest haram jadah namanye tu.. grrrrrrr..

    ReplyDelete
  12. bodoh je sape2 yg sms dorang tuhh... buang suit semate, x untung langsong.. bile die mng haram jadah x kn ade nye nk kenal sape yg sms die dulu..hahaha :P

    ReplyDelete
  13. Haha.dpt2. dpt tang tepuk nyamuk kat dahi tu. XD

    ReplyDelete
  14. haha , dapat2 ;p

    ReplyDelete
  15. i kenot brain this. tapi, aku pantang betul tengok competition "like" gambar saya di facebook.

    ReplyDelete
  16. bukan dak sekolah je, nenek2 n atuk2 pn da leh masuk da. yg tu paling aku tak paham. budusssss

    ReplyDelete
  17. yeye aku lah budak spm itu tp bukan malas tp lambat lg nak sambung HAHAH

    ReplyDelete
  18. Truee. Aku paling menyampah realiti show. Macam takde benda nak buat dahh. Andd yang suruh like dekat fb tu lagi aku nak menyumpahhh. Mulut macam itik pon nak suruh like. =.='

    ReplyDelete

Sape komen boleh romen... Hik3