Saturday, May 26, 2012

Terima Kasih, Sayang




Hampir 3 tahun berlalu,
Kau masih di sini,
Menemani daku siang dan malam,
Hujan, kemarau, ribut semua kau gagahi,
Tak pernah hayat kau mengeluh, apatah lagi memaki.


Aku ingat lagi kali pertama kita bersua,
Aku hanya memandang kakiku, 
Malunya aku tidak terperi,
Aku jatuh cinta tanpa aku sedari,
Putihnya dikau berseri-seri,
Cantiknya dikau umpama bidadari.


Walaupun kau sudah berubah sekarang,
Aku tak sanggup mencari penggantimu,
Bagiku, kau tetap yang dulu, 
Kerana cintaku padamu takkan pernah padam,
Takkan tercuit sedikit pun hatta sejengkal.


Benarlah kata orang cinta itu buta,
Butanya mataku kerana kamu,
Ramai yang mengejekmu,
Memberi kata-kata nista,
Tapi, kau cuma diam seribu bahasa.


Aku minta maaf jika aku tak bisa menjagamu,
Sebagaimana kau menjagaku,
Tapi, ingatlah sayangku,
Pengorbananmu takkan ku sia,
Kerana sayangnya aku padamu, bukan hanya sekadar kata...

























Terima kasih, Timah...
(2009 - sekarang)

28 comments:

  1. nilah puisi paling merobek limpa yg aku prnah baca..jaga timah elok2.jgn biarkan timah mencium taik hnjing.susah nk samak.

    ReplyDelete
  2. sengal dowh! haha..ade ke sliper lak..haha

    ReplyDelete
  3. kasih diterima jawab si timah

    ReplyDelete
  4. cepat2 scroll ke bawah sbb igtkn hantu, haha selamat selipar :)

    ReplyDelete
  5. haha.ingatkan selamat tinggal kat lisa tadi. ghupenye kat selipar :)

    ReplyDelete
  6. hahahahahhahahahaahaha.terbaikkkkkkkk ah timahh.

    ReplyDelete
  7. kahkahkah.. nak tergolek ak bace entry kau yang ni.

    patot la 1st time bersua, kau pandang kaki je kan. memang la sebab kau sarung selipar tu kat kaki. hahahah

    ReplyDelete
  8. hahahaha,punyelahh bacaaa.Caitt selipar rupanye.

    ReplyDelete
  9. tak penah aku tengok org bg nama kat selipar dia. first time neh. dahla kasik nama timah plak tu. haha!

    ReplyDelete
  10. Aku rasa timah pun setia kat ko la! :D

    ReplyDelete
  11. baru 3 tahun bro.. takkan nak buang dah kot.. ko kejam bro!! lol

    ReplyDelete
  12. nie mmg mental torturing . haha . syg siot eh kat selipar tu . until bagi name apee doe . terbaek ~

    ReplyDelete
  13. aku rase lg sedap panggil si temah!
    keh keh keh

    ReplyDelete
  14. dah kenapa selipar bernama timah....(-_-') hahahahahahahahaha...hadoi sedih tol..

    ReplyDelete
  15. sliper besau bapak ni...hahahah

    ReplyDelete

Sape komen boleh romen... Hik3