Wednesday, August 1, 2012

Kisah Sedih Pak Tungkit




Mendung cuaca pagi ini. Burung-burung berkicauan riang, rumput-rumput segar menghijau, angin pula bertiup secara bersahaja, macam dah tak ikhlas nak jadi angin. Kelihatan Pak Tungkit sudah bingkas bangun dari tidurnya. Namun, air mukanya jelas mempacarkan satu kebimbangan. Keluh-kesah, entah apa yang bermain di benak fikirannya. Pak Tungkit mendongak, langit mula dipenuhi awan hitam, sebentar lagi mungkin akan hujan. Bininya, Mak Radiah masih belum bangun. 

Mundar-mandir Pak Tungkit berjalan. Sekejap ke depan, sekejap ke belakang. Sekali-sekala dia mengusap janggut panjangnya. Hendak bersarapan pun dia tidak lalu, inikan pula mahu mandi pagi. Di waktu ini memang airnya sangat sejuk. Jarang sangat Pak Tungkit mandi kalau airnya sejuk. Pak Tungkit meneruskan renungannya sebentar tadi.

Menung mendenya tu bang? Dari tadi macam bangang aje saya tengok”, tegur Mak Radiah yang baru bangkit. Pak Tungkit terdiam sejenak, kemudian mula bersuara, “Yah, tahun ni abang punya turn Yah”. Wajah Mak Radiah serta-merta berubah, kelopak matanya bergenang, diikuti dengan tangisan teresak-esak. Pak Tungkit memeluk isterinya itu dengan penuh kasih mesra.

Nanti jaga anak kita baik-baik Yah. Abang sayangkan Yah taw”, Pak Tungkit bercakap dalam nada sebak. Mak Radiah masih lagi menangis, tiada satu perkataan pun yang mampu dituturkannya. Matanya merah pekat, tidak pernah dia menangis sebegini rupa.  Dipeluknya Pak Tungkit seerat mungkin, seperti tidak mahu melepaskannya sampai bila-bila.  

*********************************

Itulah antara perbualan terakhir di antara Mak Radiah dan arwah suaminya, Pak Tungkit yang telah pun selamat menjadi korban raya. Semoga kisah dua ekor kambing ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua bahawa cinta di antara kambing pun sama hebatnya dengan manusia. Sekian. 

33 comments:

  1. grr
    mula tu aku da bayangkan org tua bersongkok.

    kambing ghupenya

    ReplyDelete
  2. adehh.. ku ingatkan ape la tadi..=.='

    ReplyDelete
  3. macam celakanya cerita wahahahahaha

    ReplyDelete
  4. bolley x nk mencarut jap di bulan pose ni.... tipah tertipu haiyak!!!

    ReplyDelete
  5. Hahah ceh aku ingat sbb turn balik raya. Hahaha

    ReplyDelete
  6. wey..bongok laaaaa!! ha ha ha ha ha

    ReplyDelete
  7. aaaaaaarghhhhh..
    lambing rupe nyeeee..

    siap bole berpeluk mesre...

    ReplyDelete
  8. Sesungguhnya lu mmg cibet! Beriya dah wa baca. Siottt ahh!

    ReplyDelete
  9. hohoho...
    lama xde post baru..
    kuikuikui..
    kelakor tapit...
    salam ramadhan al-mubaraq..=)

    ReplyDelete
  10. nape bLog ayeem ayam di private kan..huuu

    ReplyDelete
  11. ingatkan betul laa tadi.

    ReplyDelete
  12. ishhh... baru nak feeling tadi tau...

    ReplyDelete
  13. even kambing , tapi aku baca still lagi rasa sedih

    cibai -,-

    ReplyDelete
  14. ahhhh aku benci!!
    apsal aku selalu tertipu
    dipikirin orang.eh rupanya kambing
    benci benci benciiiii

    ReplyDelete
  15. Salam kenal. Akak salah seorang yang telah kamu menglembukan....hahahah

    ReplyDelete
  16. cis .. cinta kambing rupa nya.. buat suspen aku je ..

    ReplyDelete
  17. adeh.. sedih plak bace kisah dorang nih.. sobsssobsss

    ReplyDelete
  18. Kad raya utkmu

    http://norgadis.blogspot.com/2012/08/selamat-hari-raya-2012.html

    ReplyDelete
  19. kah kah kah...sial! kambing rupenya..gua sangkakn naga td!

    ReplyDelete
  20. memang menglembu betul lah baca menda nie..

    ReplyDelete
  21. ape ko merepek ni syaitan!

    ReplyDelete
  22. nice post :)
    ditunggu kunjungan baliknya yaah ,

    ReplyDelete
  23. haha ok..mula-mula dh bayangkan org tua dh.

    ReplyDelete
  24. oi! sebulan lebih dah ko tak update blog! mana ko menghilang syaitooon!!
    Orang lain study jugak ada final,tapi update jugak blog!

    ReplyDelete

Sape komen boleh romen... Hik3