Cinta itu tidak mengenal rupa paras, tidak mengenal erti putus asa mahupun beratnya suatu pengorbanan ... Cinta itu luas definisinya, telah ramai yang berkorban demi cinta, telah ramai juga yang menjadi korban cinta... Cinta itu sangat hebat, penangannya mampu membuatkan seorang lelaki yang tinggi egonya menangis teresak-esak demi mengharapkan kasih seorang wanita... Cinta itu terlalu hebat, ia juga mampu menzahirkan kelembutan hati seorang wanita untuk menerima lamaran seorang lelaki yang telah ditolaknya dahulu...
Tetapi, definisi cinta bagi lelaki ini bukanlah biasa... Ianya terlalu agung... Cintanya terhadap wanita sangat tinggi... Cinta itu tidak mengenal rupa paras sangat bertepatan dengan dirinya... Berbekalkan senyumannya sahaja sudah mampu mencairkan hati beberapa wanita secara pukal... Sudah tentu, lelaki-lelaki di setiap pelusuk negeri cemburu dengan kejayaan yang dikecapinya...
Untuk itu, setinggi-tinggi penghormatan aku berikan untuk beliau... Jikalau diberi peluang untuk mengajukan satu soalan sahaja di Bumi ini, akan aku lontarkan soalan yang berbunyi begini,
Abang Salih Yaacob, sudikah kau menerimaku sebagai anak muridmu?
Kami sebagai wakil dari kaum lelaki menyokong sepadu-padunya usaha dan semangat abang Salih Yaacob untuk mendapatkan isteri lagi seorang, yakni yang keempat... Semoga anak abang yang sebelas orang itu akan bertambah lagi dan cukup untuk jadi 2 pasukan bola sepak yang akan dicalonkan penyertaannya di dalam Piala Suzuki akan datang...
senyum je la...
ReplyDeleteHEHE..cinta yang tak kenal usia (:
ReplyDeleteok yg part pasukan bola tu tak ble blah..
ReplyDeletetapi xpe la.. dia adil.. :)
faiz bakal penuhi 4 kuota pasni yep!!lepas dpt dgree dari abg sallih..hek3
ReplyDeletehttp://aindzaya.blogspot.com/2011/05/kisah-dulu-dulu-emi-bakal-isteri-sallih.html
ALOLO , jeles la tu kan ? :p hihi
ReplyDeletebakal bini die dak skolah aku...hahahaha..
ReplyDeleteaku nk jadik bini dia no 4
ReplyDeletehebatlah dia.boleh gembirakan ke4 isteri
ReplyDeletehebakkk ngat abam salleh..
ReplyDeletemecairkan hati bberapa pukal wanita?amboihhhh...
klo jd ank murid salleh yaacob kompen lari dari paiz..muaaaawaaaaa....
hebad.
ReplyDeletesemoga semuanya selamat dan mereka2 bahagia ke akhir hayat..... amin~~~
ReplyDeleteyang last tu tak menahan .. lawak giler!.. memang terbaek..
ReplyDeletehahaha..paling la..ingatkan entry serious..baru nak tersentuh..
ReplyDeleteindahnye intro. keh
ReplyDeletebahaha.. takleh blah betul ah intro!!!
ReplyDeletedah nampak dah abam paiz ni nak pasang 4.. bahaha!!!
dasyat dia nih~
ReplyDeletehebat bini ke-4. umor 24, cun lak tu! hebat2 abang salih kita
ReplyDelete