Saturday, May 26, 2012

Terima Kasih, Sayang




Hampir 3 tahun berlalu,
Kau masih di sini,
Menemani daku siang dan malam,
Hujan, kemarau, ribut semua kau gagahi,
Tak pernah hayat kau mengeluh, apatah lagi memaki.


Aku ingat lagi kali pertama kita bersua,
Aku hanya memandang kakiku, 
Malunya aku tidak terperi,
Aku jatuh cinta tanpa aku sedari,
Putihnya dikau berseri-seri,
Cantiknya dikau umpama bidadari.


Walaupun kau sudah berubah sekarang,
Aku tak sanggup mencari penggantimu,
Bagiku, kau tetap yang dulu, 
Kerana cintaku padamu takkan pernah padam,
Takkan tercuit sedikit pun hatta sejengkal.


Benarlah kata orang cinta itu buta,
Butanya mataku kerana kamu,
Ramai yang mengejekmu,
Memberi kata-kata nista,
Tapi, kau cuma diam seribu bahasa.


Aku minta maaf jika aku tak bisa menjagamu,
Sebagaimana kau menjagaku,
Tapi, ingatlah sayangku,
Pengorbananmu takkan ku sia,
Kerana sayangnya aku padamu, bukan hanya sekadar kata...

























Terima kasih, Timah...
(2009 - sekarang)

28 comments:

wawa meiko said...

cetttttttttttttttt !~

TUGAU GATES said...

nilah puisi paling merobek limpa yg aku prnah baca..jaga timah elok2.jgn biarkan timah mencium taik hnjing.susah nk samak.

Afiq deLover said...

kasut sapa 2?

writerblock107 said...

-.-

Myra Azraff said...

hahaha..buat suspen je ! cehh

Apai said...

sengal dowh! haha..ade ke sliper lak..haha

cik pha said...

kasih diterima jawab si timah

ezzara said...

cepat2 scroll ke bawah sbb igtkn hantu, haha selamat selipar :)

Unknown said...

cantiknya timah kau

ashraf said...

Babi. Hahahahhahahaaha

ashraf said...

Babi. Hahahahhahahaaha

nia marlissa said...

jiwang nyerr

Anonymous said...

cilaka!

YattAkasah said...

selipa penye..hihi

syaidatul aisya said...

haha.ingatkan selamat tinggal kat lisa tadi. ghupenye kat selipar :)

intan said...

hahahahahhahahahaahaha.terbaikkkkkkkk ah timahh.

budak kecik said...

kahkahkah.. nak tergolek ak bace entry kau yang ni.

patot la 1st time bersua, kau pandang kaki je kan. memang la sebab kau sarung selipar tu kat kaki. hahahah

ayunidati said...

keh keh keh da agak dahhh

Syaz Shuhaimi said...

hahahaha,punyelahh bacaaa.Caitt selipar rupanye.

Fyqa said...

hayyyoo !

eh dh lama gak tuh

Cik Caah said...

tak penah aku tengok org bg nama kat selipar dia. first time neh. dahla kasik nama timah plak tu. haha!

Tumit Tinggi said...

Aku rasa timah pun setia kat ko la! :D

kay_are said...

baru 3 tahun bro.. takkan nak buang dah kot.. ko kejam bro!! lol

Payeh Kuced said...

nie mmg mental torturing . haha . syg siot eh kat selipar tu . until bagi name apee doe . terbaek ~

Hansyirah Takezur said...

saiz bape nih? besarnya timahh..

cimOt said...

aku rase lg sedap panggil si temah!
keh keh keh

LynnDamya said...

dah kenapa selipar bernama timah....(-_-') hahahahahahahahaha...hadoi sedih tol..

Dee said...

sliper besau bapak ni...hahahah

back to top