Monday, March 29, 2010

Jidin - Wira Malaysia



Pengarah: Lembu Berkepala Keldai
Genre: Seram Ganas (18PL)
Siaran: TV3 la, mana lagi
Pelakon: Lembu, Ayam, Kambing

Sekuel Jidin baru saja dipertontonkan kepada umum baru-baru ini... Drama thriller ini telah pun mendapat sambutan paling keji, bahlol serta hina bukan sahaja dari rakyat Malaysia bahkan pak guard UKM yang sedang asyik clamp tayar kereta budak di mana-mana sahaja... 

"Saya ni SRP je dulu tapi saya dah jadi pengarah filem skarang... Nak jadi pengarah cite kat Malaysia ni bukannya susah pun, rakam jela pape pun, kompem masuk tibi... Heheh", kata pengarah drama ini dengan bangga sekali meminta dipijak...

Sinopsis Drama:

Drama Jidin ini menceritakan tentang seekor alien dungu dari planet Bluto yang ingin menguasai Bumi... Name alien tu Jidin... Pada satu hari, Jidin curik kapal bapaknya untuk pegi ke Bumi... Pastu, bermulalah hidup Jidin di Bumi Malaysia ini...

Pada satu hari, Jidin telah berjumpa dengan pengarah drama ini... Jidin menghentak-hentak kepala pengarahnya sampai mati dan bakar hidup-hidup anak bininya sekali kerana menghasilkan drama paling jahanam dan paling celaka pernah dibuat orang...

~TAMAT~

Aku tulis entri ni bukan nak cerita lebih-lebih pasal Jidin ni... Ni lah drama paling khinzir dalam sejarah Malaysia lepas Kapten Kit & Papaya... Kalau dah takde idea nak buat drama, janganlah buat drama... Pergi lah main Digimon ke, main telor orang ke, lepak kedai mamak ke, ada gak la pekdahnya... Kurang-kurang tak susahkan orang... Aku bukak tibi nak tengok cerita, bukannya nak tengok sampah... 

Kalaulah ada omputih datang Malaysia pastu tengok cerita ni, agaknya diorang  nak datang Malaysia lagi tak lepas tu?

"Hi, I'm from London... I watched Jidin last night.. Are you a Malaysian?"

Ape kau orang nak jawab, hah?

Thursday, March 25, 2010

Koleksi Lawak





Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;

Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Maid : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya

....................................................................................................

Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak.......

Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan....

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut...........

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.....

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut....

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."

.................................................................................................


Si anak bersuara "hah! buat pe tu!!"
dan si ayah pon mnjawab "diam! nak adik bru tak??!!"
dan si anaknya pon terdiam smbil mengangguk tandenye bersetuju...
kemudian ayah dan ibunya mengajak anak nya bermain di bawah apartmen..

setibanya di bwah..
budak kecik tu mengambil sebatang kayu kecil dan pergi kat moto ayah die dan menjolok lubang ekzos moto tu dgn kayu tadi..
si ayahnya pon heran dgn kelakuan anaknya itu lalu berkata "hah! ko buwat per tu??!!"
dengan lantasnya anaknya pon menjawab "diam!! nak moto baru tak??!!"

......................................................................................

Suatu hari..seorang Makcik menyewakan salah satu biliknya
untuk seorang pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer..
Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la..
Malam tu..
Time penyelidik tu nak mandi..maklum ler bilik air kampung..
Dah tu dia tu..hensem lagi..muda lagi..
Makcik tu pun "semacam" ler..dia pun nak pi ngendap si anak muda nie mandi....
Makcik nie kantoi sekali..oleh pemuda tu..
Kali keduanya pun kantoi...nak ngendap nie..
Kali ketiganya..pemuda tu naik bengang dan bagi warning..
" Kalau makcik ngendap saya sekali lagi...saya rogol makcik!!!"
Kemudian..makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata...

" JANJI TAU..!!"..

...................................................................................

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,

Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati

Amin. : Shan Kenapa menangis?

Amin : Saya datang untuk ujian darah.

Shan : Awak takut ke?

Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka

telah terpotong jari saya.

(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?

Shan : Saya datang untuk ujian air kencing…

.......................................................................................

Pada 1 musim haji dimana sepasang suami isteri pergi ke Tabung Haji utk menguruskan pemergiannya ke Mekah. Dipendekkan cerita, mereka kenalah isi borang. Yang jadi masalah kpd mereka, borang tersebut dalam bahasa ingeris. Si suami ni tak tahu menulis tapi fahamlah sikit sebanyak Inggeris tu. Maka si isterilah yg perlu mengisi borang tersebut, tetapi si isteri ni tak tahu pulak bahasa Inggeris.

isteri: bang, name ni amenda?
suami: name tu ko tuliskan nama kita.
isteri: adress pula?
suami: ko tulis alamat kita mak e.
isteri: age nya pak e?
suami: umur ko dan akulah mak e.
isteri: sex?
suami: hai itu pun mereka nk tahu juga ke mak e?
isteri: dah di tulisnya kat sini kenalah isi pak e nya.
suami: klu macam tu ko tulislah 13 kali seminggu mak e.

.....................................................................

Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercengkerama'.

Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gementar.

Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara.

"Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab."

"Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada YANG DIATAS, " jawab si lelaki..

Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!"

...................................................................................

Tahun lepas sainitis Russia korek tanah
sedalam 100 meter, diorg terjumpa la
kesan wayar copper yg berusia 1000
tahun… and membuat kesimpulan bahawa
nenek moyang mereka ade telephone
network… .woo bes..

Pas tu, saintis Amerika tak puas ati,
diorg pun korek gak, sedalam 200
meter… diorg lak terjumpe talian fiber
optic lama yg dipercayai berusia 2000
tahun… lalu membuat kesimpulan, org US
1000 tahun lagi advance dari org Russia
dalam komunikasi telefon yg lagi canggih
dari diorg… ..pergh canggih…

Saintis Malaysia plak try try gak, diorg
korek sedalam 500 meter… pastu diorg
report la, diorg tak jumpe ape2… ..so
diorg wat kesimpulan; 5000tahun dahulu
nenek moyang org melayu sudah tahu
menggunakan teknologi wireless!

20 Cara Untuk Buat Roomate Gila




1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bahawa takde org kat rumah. Unpack segala barang anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati "horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pada tengah malam, jerit kuat2 "Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. Lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, seperti kucing, offer utk beri makan kpd binatang tu. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. Bile roomate jage pakat2 buat tak nampak ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkejut sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.


Sumber: Encik Google

Akademi Fantasial




AF8 dah nak start... Kelakar sungguh melihatkan hidupan yang sanggup datang dari satu Malaysia untuk menjadi berok terhandal memegang mic... Datang ramai-ramai dari subuh semata-mata nak pegi audition... Bila tak lepas audition mulalah menangis macam orang hilang underwear... 


"I dah buat sebaik mungkin tapi juri tu reject I!!"
"Mak dan bapakku, Along mintak maap... Along dah kecewakan mak bapak"
"Juri tu bengong, saya rasa suara saya lagi sedap dari Fasha Sandha!!"
 "Saya tak kira, saya nak cuba lagi sekali nanti!"


Pathetic? Yes!

Lagi satu, natang apa siap ada pengetua, ada cikgu, ada pelajarnya? Kalau camtu baik pergi balik sekolah jelah.. Yang masuk AF ni belajar setakat mana? SPM ada yang kredit tak? Ada yang lagi bagus, dah jadi nenek pun nak masuk jugak... Padahal dah nak mati tu, boleh pulak dia terkinja-kinja atas pentas macam budak-budak dapat Digimon... Ahh, rindunya Digimon... Lepas menari tu, mulalah semput.. Kah3... Dah menopaus pun nak gak menyanyi... 

Fakta:
Overall, satu musim AF ada 12 orang yang masuk... Sekarang dah 8 musim... 12 darab 8 = 96... Daripada 96 tu, berapa ramai yang betul-betul berjaya? Yang kaya nya sape? ASTRO jugak, kan?


Penonton pulak sanggup vote pilihan diorang tu... Daripada bazir duit macam tu, baik bagi aku... Boleh beli laptop baru... Pas diorang kaya nanti ada ke diorang nak ganti balik topap korang tu? Diorang dapat kereta, rumah, kau yang undi tu dapat apa?

"Malam ini, pelajar yang akan terkeluar dari AF musim ke bla... bla.... ialah.... Mawuuu!!" Kemudian menangis teresak-esak lah berok-berok kat pentas tu... Mawu yang terkeluar hanya melambai-lambai kepada penonton sambil membawa beg bagasi yang entah siapa punya... Kemudian bersalam-salaman serta berpeluk-pelukanlah mereka tanpa mengira muhrimnya atau pun tidak...  

Bila mende ni nak habis? Nanti ada pulak AF 8.2, AF 8.3, AF 8.4, bla.. bla.. Baik kau belajar bagi habis dulu, dapat kerja bagus mak bapak pun bangga, hidup kau pun senang, ye dak? Setakat femes 2,3 bulan pastu dah takde kerja, nak buat apa? Ini bukan soal mencari rezeki... Banyak lagi kerja boleh buat... Rezeki ke namanya kalau hasil dari melalak atas pentas?

Sunday, March 21, 2010

Pertubuhan Freemason







Freemason. Mungkin ramai dah tahu Freemason ini amat berpengaruh di seluruh
dunia.. Lodge-lodge mereka terdapat di seluruh dunia, termasuklah di negara kita yang tercinta ini. Tuan Guru Nik Aziz pernah mengusulkan pengharaman Freemason ini di
parlimen satu ketika dulu tetapi gagal. Di Malaysia, Freemason didaftarkan sebagai Pertubuhan
Persaudaraan untuk menyembunyikan tujuan sebenar mereka. Contoh Pertubuhan di bawah
Freemason ialah Rotary Club dan Lion Club.. Amerika sendiri adalah negara Freemason..
George Washington yang juga Presiden Amerika pertama merupakan Grand Master 33rd
Degree iaitu pangkat paling tinggi dalam Freemason ini. Boleh dikatakan semua Presiden
Amerika adalah ahli Freemason dan mereka mengikut arahan dari orang atasan Freemason.
Orang atasan Freemason pula mengikut arahan Dajal laknatullah. Jika mereka ingkar atau tidak
mengikut arahan yang diberikan kepada mereka, mereka akan dibunuh atau dujatuhkan reputasi.

Contoh, Abraham Lincoln dan John F. Kennedy. Tajuk mengenai Freemason akan dikupas
dengan lebih lanjut. Untuk kali ini saya akan ceritakan tentang asal-usul dan perancangan jahat
mereka.

Freemason ini ialah sebuah pertubuhan Yahudi yang telah didirikan sejak lebih kurang tahun 900 SM, dan mempunyai sepuluh program antarabangsa.... Program ini dalam istilah Freemason dinamakan 'HARAR' or 'SATANIM', berlambangkan sotong kurita (octopus) berkaki sepuluh, ular berbisa (serpent) berkepala sepuluh, dan hantu penerkam berkuku besi.

Program pertama.

Program pertama dalam istilah Freemason dinamakan 'TAKKIM' :
Pada zaman Nabi Isa a.s orang-orang Yahudi dengan segala tipu daya ingin membunuh Nabi Isa
a.s. Antara fitnah keji - ' Nabi Isa a.s. ingin menjadi Raja Yahudi yang disampaikan kepada
kerajaan Rom tetapi Allah S.W.T. telah selamatkan Nabi Isa a.s dan menggantinya dengan
seorang lelaki bernama Judas. Maka setelah Nabi Isa diangkat ke langit, Yahudi masih berusaha
menghancurkan ajaran Nabi Isa a.s. yang sudah disebarkan dengan program 'TAKKIM' iaitu:

- Merosakkan ajaran Nabi Isa a.s. yang ada seperti menghalalkan yang haram dan sebaliknya.
- Merosakkan akidah dengan Doktrin Trinitas (konsep yang digunakan oleh penganut ajaran
Kristian sekarang yang dibawa oleh Paulus.
- Merosakkan Injil (Bible) yang ada dengan Injil palsu.
- Pope dijadikan tandingan Nabi Isa a.s.
Pada zaman Islam :
- Pada zaman Rasulullah s.a.w, orang2 Yahudi memupuk munafiqin dan muhadin... Mereka
diantaranya berusaha menfitnah isteri nabi, mengacau ajaran Islam, memecah-belah kaum Ansar dan Muhajirin.
- Melaga-lagakan Ali r.a. dan Muawiyah r.a. sehingga Aisyah r.a. masuk campur.
- Membuat ratusan hadis2 palsu, memasukkan dongeng Israeliyat, mengubah penafsiran al-Quran dan sebagainya.
- Mendangkalkan aqidah umat islam dengan falsafah Yunani sehingga timbul aliran kerahiban,
tarikat sufi, mu’tazilah dan sebagainya. Maka lahirlah cendikiawan2 Islam yang menghuraikan
akidah islam dengan cara falsafah Yunani, menuruti pemikiran Aflatun (Plato), Aristun
(Aristotles) dan lainnya.
-Mewujudkan lembaga pendidikan Islam yang dipimpin seorang alim didikan Freemasonry yang
menafsirkan al-Quran dan hadis sesuai dengan pemikiran Freemasonry....
- Menghidupkan sunnah2 jahilliah dengan alasan memelihara adat istiadat nenek moyang....
- Menjadikan Islam supaya tasyabbuh, selari dengan nasrani dan agama lain. Antaranya dengan
memasukkan bentuk nyanyian gereja ke masjid, ulangtahun dan sebagainya.

Program kedua.

dinamakan 'SHADA'
- bermaksud membentuk agama baru dan agama tandingan di seluruh dunia....
- salah satunya ialah di India ketika Islam bangkit untuk kembali kepada al-Auran dan hadis dan
menyerukan 'jihad fisabilillah', pihak penjajah Inggeris bekerjasama dgn Freemasonry
menubuhkan gerakan anti-jihad. Antara lain ialah dengan menggalakkan ahli sufi dan ulama
menganggotai Freemasonry....

Seorang Freemason iaitu 'Mirza Ghulam Ahmad', sapa2 yang ambil SPM mesti kenal Mirza
Ghulam Ahmad ni, ada dalam silibus Pendidikan Islam tingkatan 5- Pengasas Ajaran Sesat..dia
mendakwa dirinya sebagai nabi akhir zaman, Bhuda Awatara, Krishna dan
sebagainya. Rabithah Alam Islami yg brsidang di Makkah 14-18 Rabiul awal, tahun 1394
Hijrah memutuskan bahawa ajaran 'Ahmadiah' itu bukan Islam dan ia berkait rapat dengan
Zionisme....
- Kes-kes 'aliran sesat Islam' yang beredar di Indonesia seperti solat dua bahasa dan lainnya,
kemungkinn besar ianya berkaitan dengan program Freemason ni.

Program ketiga.

dinamakan 'PAROKIM' :
- Membuat gerakan yang bertentangan untuk satu tujuan.
- Mengembangkan Freemason tempatan (domestik) dalam suatu negara dengan nama tempatan, akan tetapi tetap tidak lari dari asas dan tujuan Freemason....
- Mendukung teori2 bertentangan.
- Membangkitkan bida'ah dan khufarat - menyebarkan teori Sigmond Freud dan Charles Darwin
sehingga antara ilmu pengetahuan dan agama itu bersaing, cuba utuk kalah-mengalahkan satu
sama lain.

Program keempat.

dinamakan 'LIBARIM' :
- Melenyapkan etika klasik yang mengekang pergaulan muda-mudi, termasuk melalui
penyebaran seks bebas...
- Menghapuskan hukum yang melarang kahwin antara agama untuk mencipta generasi bebas
agama (atheism dan freethinker).
- Pengembangan pendidikan seks di sekolah-sekolah.
- Persamaan hak antara lelaki dan perempuan dalam hal 'kedudukan waris' dan 'pakaian'.
- Menggembalakan pemuda-pemudi ke dunia khayalan, dunia muzik, dan narkotik.
AF, Malaysian Idol, OIAM.
- Mendirikan bait-satan (rumah syaitan) untuk menampung pemuda -pemudi ke alamnya.
- Mengorganisasi kaum gay, lesbian, lutherian serta menggalakkn perakuan menuntut hak mereka dalam hukum.

Program kelima.

dinamakan 'BABILL' -
- Memupuk asas kebangsaan dalam setiap bangsa.
- Menjaga kemurnian bangsa Yahudi.

Program keenam.
dinamakan 'ONAN' :
- Mengekang pertumbuhan bangsa goyim (orang selain Yahudi).....
- Menggalakkan perempuan2 yahudi agar menjadi subur.....

Program ketujuh.

dinamakan 'PROTOKOL'
- dalam istilah Freemasonry. Protokol khusus untuk program bangsa Yahudi dalam suhyuniah
(zionisme) yang dimulai dengan penyebaran protokol. Isi protokol adalah tentang rancangan
Yahudi untuk menguasai dunia. Diantaranya ialah penghancuran ekonomi suatu negara,
penghancuran moral suatu bangsa dan banyak lagi. Dengan program protokol ini, bangsa yahudi
dapat menjdi penguasa ekonomi dunia, pengaturcara politik dan penerangan (medium, media)
dunia.

Program kelapan.

disebut 'GORGAH' :
- Untuk merosakkan para pemimpin negara, ulama dan parti, mereka harus dijerumuskan dalam pasaran seks dengan seribu satu jalan. Pepatah Yahudi mengatakan ”jadikanlah perempuan cantik itu untuk alat suatu permainan soal-siasat.”
- Membuat perangkap seks bagi seseorang yang terhormat. Jika namanya disiarkan sehingga
kehormatannya terjejas, itu adalah satu kejayaan.
- Menyebarkan ejen kasisah, iaitu intel Freemasonry untuk menghancurkan martabat musuh di tempat2 maksiat..
- Mendirikan pusat perjudian terbesar dan moden.
- Melemahkan musuh dengan perempuan dan ubat khusus.

Program kesembilan.

dinamakan 'PLOTISME' :
- Mendidik alim -ulama dalam plotis yang fahamannya terumbang-ambing.
- Alim-ulama plotis itu disebarkan sebagai tenaga pengajar di sekolah2 dan pertubuhan2 Islam.
- Alim-ulama Plotis harus diangkat menjadi anggota kehormat Freemason.

Program kesepuluh.

dinamakan 'QORNUN' :
- Orang2 yang terpilih yang disyaki berbahaya kpd Freemasonry diangkat agar menjadi kaya-raya sehingga bergelumang harta benda, tetapi akhirnya di peras secara halus oleh suruhan
Freemasonry.
- Memberi dana pendidikan bagi pendidikan agama, memberi dana dalam hal perniagaan,
pertanian dan sebagainya sehingga mereka sibuk dalam keduniaan (materialisme)
- Musuh2 Freemasonry akan diperdaya agar terjerat riba (interest) oleh bank Freemasonry....
- Menghasut dan memberi jalan dengan berbagai cara agar bank selain dari bank Yahudi
melakukan rasuah sehingga bank tersebut hancur dan kemudian bank itu diberi bantuan bank
Freemasonry dengan ikatan yang kuat... Bank itu akan beroperasi kembali dengan 75% modal
Yahudi... Kemudian pemimpin2 bank tersebut diberi ajaran Freemasonry dan menjadi
anggotanya.

Dari data2 tersebut dapat kita lihat bahawa begitu berkembangnya program2 Freemasonry dan
Allah s.w.t. telah memberi peringatan dalam al-quran bahawa mereka (Freemason) itu saling
bantu membantu dan menjadi pelindung satu dengan yang lain.
Pada lafaz “illa taf’aluuhu” Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk mengadakan
saingan program tansiq iaitu penyatuan hati umat Islam. Dalam hal ini, ulama Islam sebagai
pemegang amanah para rasul2 seharusnya bersatu untuk memimpin dan membangunkan program tandingan sedunia yang InsyaAllah pasti akan menyaingi dan menghancurkn program2
Freemason ni.

p/s: Malaysia ni dah lama bertapaknya Freemason.. Masa zaman penjajahan British dulu bermulanya kemasukan Freemason ke dalam negara kita..

Pertubuhan Illuminati







lluminati ini telah ditubuhkan pada 1774 di Perancis oleh Adam Weishaupt yang merupakan
seorang profesor di Universiti Ingoldstald.. Perkataan Illuminati dinisbahkan kepada salah satu
daripada kumpulan (Mazhab) Yahudi iaitu kumpulan Illuminati yang dianggotai oleh golongan
bijaksana (Hukama’) Yahudi... Manakala di dalam bahasa Arab pula Illuminati bermaksud
al-Nuraniyin.... Nama Illuminati ini diambil sempena nama Iblis yang pada hemat mereka sebagai pemerintah tunggal alam ini..... Pusat pentadbirannya ialah di segitiga bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal laknatullah... Lambang pertubuhan ini ialah apa yang terdapat pada duit 1 dolar US... Lambang yang ade pada duit US tersebut menunjukkan bahawa US telah dikuasai oleh bangsa Yahudi... Sebenarnya, pereka cipta duit US dilakukan oleh seorang anggota freemasonry dari pergerakan illuminati yang bernama Pat Robertson.

Pertubuhan ini telah mendapat sokongan daripada Rotschild yang merupakan gedung kewangan
yang dikuasai oleh yahudi... Perkataan illuminati pula diambil daripada perkataan “Lucifer” (Iblis) yang beerti “Pemegang Cahaya”... Beliau membuat helah bahawa dunia ini patut diperintah oleh orang yg benar2 berwibawa sahaja, maka beliau telah berjaya memujuk lebih kurang dua ribu orang untuk menjadi pelaksana kepada agenda yang dirancang olehnya dengan disokong anggota feemasonry peringkat tinggi.... Pengikut2 ini memang berkemahiran dalam semua aspek kehidupan telah membina markas2 sulit di seluruh dunia yang diberi nama sebagai “Lodges of The Grand Orient” untuk melaksanakan apa yang telah dirancang oleh pihak tertinggi (Freemasonry/Zionisme).... Berikut merupakan matlamat Illuminati secara umumnya yang perlu mereka capai mengikut agenda yang telah dirancang:

1. Menghapuskan semua kerajaan2 kebangsaan yang berpelembagaan...
2. Menghapuskan sistem warisan harta pusaka...
3. Menghapuskan pemilikan harta benda sebagai hak persendirian...
4. Menghapuskan semangat nasionalisme...
5. Menghapuskan rumahtangga sebagai hak orang perseorangan dan kehidupan
berkeluarga kerana ia merupakan permulaan kepada ketamadunan manusia...
6. Apa yang paling penting ialah menghapuskan semua agama yang sedia ada di dunia
terutama agama Islam supaya umat manusia dapat dipaksa menganut ideologi
internasionalisme......

Saturday, March 20, 2010

Aku Dan United


Zaman kegemilanganku (Wayne Tapit)

Masuk hari ni dah dua tahun setengah aku main untuk Man U... Banyak gila kenangan pahit dan manis aku kat Old Krepot ni.. Aku memang nak stay sini je macam Giggs.. Dia selalu pesan kat aku tak payahlah nak pindah-pindah team lain.. Aku pun okey aje... Tapi aku jeles gak tengok Rooney sekarang... Asyik-asyik dia je skor... Valencia bukan reti nak passing kat aku... Pasal tu la aku selalu gaduh ngan Valencia... Aku syak menatang dua ekor tu memang gay la.. Kalau Rooney skor mulalah Valencia gedik-gedik nak peluk Rooney depan orang... Nasib baik tak french kiss skali... 

Masa lawan Ac Milan hari tu, Peguson reserve kan aku je.. Bapak bengang la sial... Aku training tak pernah nya nak ponteng... Last-last aku reserve je... Aku nak gak sental gigi Ronaldinho malam tu... Masa tengah lawan tu aku blah camtu je... Member-member aku ramai yang mesej aku... Aku tak reply pun sebab Peguson tak bayar lagi gaji kitorang... Kredit abes...

Time tengah lawan tu aku blah pegi kedai mamak je... Lepak situ lagi best dari reserve bench... Masa aku sampai tu aku tengok Rooney skor lagi... Pastu nampaklah dia tengah peluk-peluk Valencia lagi... Cibai tol... Dah abes game tu, Lyon lawan Madrid pulak.. Aku tengok jela membe lama aku main, Ronaldo... Dia takdelah perform sangat kat Madrid tu.. Pikir gaji je lebih... Bongok... Padahal gaji kitorang lebih kurang aje... Sekali Madrid tersingkir daa... Padan muka ko...

Terry ajak aku keluar esoknya.. Dia kata baru lepas blind date... Kenal kat Youtube je... Dia kata tak cun langsung pun awek tu tapi kengkang semacam jugak dia kerjakan... Bangang Terry ni.. Kang kantoi ngan wartawan mulalah... Aku malas pulak nak keluar time tu... Aku tengah frust gila ngan Peguson nih... Bila lah dia nak kasi aku main first team...

Esoknya, Giggs belanja aku choki-choki... Sayang jugak dia kat aku rupanya... Die taw aku frust tak main game semalam... "Rilek lah bro... Gua pun bukan selalu ngat dapat main first team" kata Giggs sambil isap rokok Nusantara peberetnya... "Lu kasi Peguson tu chewing gum banyak-banyak... Mesti dia kasi lu main punya... Rooney selalu dah buat camtu.. Tapi lu jangan bagi yang mint punya... Dia tak suka" sambung Giggs lagi... Aku hanya mengangguk setuju..

Petang tu aku jalan-jalan kat tepi pantai, saja nak lepak... Aku jumpa Park Ji Sung tengah makan askrem potong... "Haiyaa... Wa ingat sapa tadi...  Lu taw kan, semalam gua sumbat satu gol maa... Lu tengok gol gua kan? Manyak cantek oww.. Gua selonok gile tw... Memang selonok! Hahaha" kata Park dengan bangganya sebelum menjerit kesakitan...

Tetiba, aku nampak Evra tengah termenung kat bawah pokok... "Macha, apasal muka seposen je ni? Button henset ko hilang lagi ke?" tanyaku... "Apasal aku ni hitam sangat haa? Dah la aku ni pendek" jawab Evra... "Tu la, lain kali sebelum main ko pakai la minyak lintah dulu... Sapu satu badan", jawabku selamba.. "Betul ke ni? Time kasih banyak brader!", jawab Evra sebelum berlalu pergi... Bongok jugak menatang ni rupanya... Kah3

Malam tu Beckham kol aku... "Bro, ada bandage tak? Aku injured teruk lah sial". "Takdelah weh... Ko mintak lah dengan Ramsey, takpun Persie" jawabku... 
"Apasal ko boleh injured plak? Ko tu bukannya pergi training pun" tanyaku kepada Bekham... 


"Alah... Victoria lah.....", jawab Beckham ringkas... Aku hanya mampu menelan air liur... 

Tengah malam tu aku hanya terbayang aku jadi pemain terhebat dunia... Setaraf Hleb, Hargreaves, dan Saiful Bahari... Aku memang teringin nak main kat kelab-kelab besar dunia... Macam Felda United, My Team, Segamat FC, dan Hull City... Bestnya kalau dapat main under FAM... Mesti cerah macam Drogba masa depan aku.... Tapi, aku dengar cite Liverpool pun tak lepas nak masuk liga Super Malaysia... Asyik-asyik turun divisyen je... Sampai Benitez tu sendiri kena jadi keeper... Kah3... 


Pagi besoknya, aku terbangun dari tido... Cilake, aku salah makan ubat rupanya...

Thursday, March 18, 2010

Comel Atau Mintak Dipijak?








Jika ditanya kepada para jejaka di luar sana, semestinya ramai yang sudah maklum dengan perkataan 'gedik'... Gedik membawa maksud 'pijaklah saya'... Jadi jika ada gadis-gadis yang nak menggedik di luar sana, bagi jelah apa yang patut... Aku ni bukannya gay tapi aku memang tak suka langsung dengan cara sesetengah gadis bergambar...

"Okey you alls! Nak ambik gambar ni" Secara automatik dan tanpa disuruhnya, pipi-pipi dikembungkan, mulut-mulut dijuihkan, buat peace kat pipi, mulut disengetkan 45 darjah sama ada belah kanan atau kiri (ikut kesesuaian), kepala disengetkan sana sini dan macam-macam lagi posing yang sememangnya mengerikan...

Lepas je ambik gamba, "alah, tudung tak jadilah!" , "alah, pipi saya tak cukup kembung lah!", "alah, tak ready pun lagi!", "eh! apsal saya tak cun?", "alah, mulut saya terlebih senget lah!", "alamak, gigi saya jongang rupanya" Comelkah begitu? Ketuk dahi, tanyalah cermin...

Lagi satu aku nak cite, gadis-gadis ni memang pantang sungguh nampak cermin... Cermin kereta, cermin kedai, kat botol kaca pun jadi! Nak betulkan tudunglah, betulkan rambutlah, bra salah parkinglah, pipi tak kena mekap lah, terbubuh gincu kat telinga lah...

Pernah satu ketika, masa tu mak aku pergi shopping kat kedai tudung.. Aku hanya duduk dalam kereta aje... Tetiba, muncul seorang gadis ni lalu kat sebelah kereta aku... Tingkap kereta aku tu dah tinted, so memang gelaplah sikit kan... Tapi, gadis tu boleh pulak patah balik dan terus mengadap kat cermin tempat aku duduk... Aku dah nervous, mata kami saling bertentang... 

Aku mula control macho... Pastu aku dah pelik... Nak betulkan tudung je ke minah ni? Cegampang! Die tak sedar rupanya aku tengah ada kat dalam... Cermin gelap kan.. Tengah beliau seronok mencermin, aku tekan hon kuat-kuat... Piiinnn!! Terkejut berok minah tu, bukan setakat macam kena belacan, tapi dah macam kena sula ngan penyapu... Kah3! Sape suruh taknak ngorat aku lagi... Tu lah pengalaman terbaik aku time teman mak aku shopping...


Lagi satu hal, pompuan ni memang sejenis hidupan yang komplikated... Dalam handbag aje, ade dompet, henset, tisu, macam-macam kunci, barang kemas, barang-barang mekap, buku bank, barang-barang mekap lagi, dan barang-barang mekap... Nape tak sewa van mayat terus je tiap kali nak keluar? Hik3 

Tapi, perempuan memang dijadikan begitu tak lain tak bukan, kerana nak melengkapkan hidup seorang lelaki... Mana-mana kekurangan lelaki akan ditampung dengan kelebihan yang perempuan ada... Jadi, bersyukurlah dengan diri masing-masing kerana kita saling memerlukan dan bergantung antara satu sama lain...


back to top