Ini stereng kete Hazmi. Setakat ni belum ada sape-sape yang taw camne boleh jadi gitu.
Hai, dah lama jugak ye aku tak update blog ni. Mintak maap lah ye kat sape-sape yang beriya suruh aku update tapi aku tak update jugak. Rasanya macam dah sampai seru untuk tulis blog semula. Sebelum ni aku tak update sebenarnya sebab malas je. Keh3.
Awal sem ni memang banyak gila masalah aku. First day untuk sem ni, aku tak dapat kolej langsung, terpaksa merempat tido kat lantai bilik Ayap sampai 2 minggu. Hari ketiga kaki aku kena bisul sampai tak boleh jalan, hari kelima kena masuk spital Kajang sebab terpaksa operate. Bisul tu asalnya kecik aje, pastu kena infection sampai kaki aku jadi beso gajah.
Bisul ni tumbuh kat keting, tu yang aku takleh nak jalan tu. Orang tua-tua kabor, jangan duduk atas bantal, nanti punggung tumbuh bisul. Sejak bila kaki aku ada punggung ni?
Doktor kat sini banyak yang lawa-lawa. Keh3
Masa kena cucuk ni aku dah mengucap siap-siap. Sakit woo!
Time ni baru lepas operate
Nasib baik si Hazmi bawakkan kuih raya aku. Makanan spital memang tak cukup.
Sekarang dah dapat kolej baru lepas puas buat rayuan. Depan bilik aku betul-betul ada tandas untuk orang OKU. Tandas tu dah tak betul sikit. Air bertakung hasil mandian orang sampai nak masuk dalam bilik aku dah. Aku sendiri kena jadi akak cleaner tolak air keluar tiap masa.
Banjir kilat di jamban OKU
Keluar spital hari tu kena makan ubat dekat 40 bijik sehari pastu siap dapat surat MC sampai 20 hari. Itu lah surat MC paling lama aku pernah dapat. Tapi sem ni kena siapkan tesis, so dengan baiknya aku hanya gunakan sikit-sikit je MC tu. Keh3.
Ini just ubat Pusat Kesihatan UKM. Ubat dari spital Kajang lupa nak amek gambo.
Sekarang ni kaki aku dah nak baik dah nampak gayanya. Dah betul-betul baik nanti, memang kau orang akan jumpa aku berjogging jelah kat stadium. Kalau jadi lah. Heh. Pasni aku rajin lah update blog ni ye.