Thursday, March 22, 2012

Tudung Di Kepala, Selipar Di Kaki



Skang ni baru je jalan 2,3 meter mesti mulut aku dah start nak kutuk orang... Sumenya sebab kelahiran tudung-tudung aneh yang tengah hot dijual kepada mereka-mereka yang tak berapa nak hot... Hari tu, masa nak pergi kuliah, aku jumpa minah yang pakai tudung ada rama-rama besar gajah atas pale... Aku ingat dia nak pergi shopping kat memana... Rupanya dia pun nak pergi kuliah jugak... WTF? Pergi kuliah je kot... Melaram macam nak kahwin ngan bapak orang pulak... 

Errkkhhh!! I tercekik!!

Hari sebelum tu, aku jumpa pempuan pakai tudung berlilit-lilit sana-sini... Aku tengok pun sampai lemas... Kepala dia dah macam orang lepas eksiden ngan jengkaut... Doktor mana yang balut pun aku taktaw... 
Dia pun nak pergi kuliah jugak... 

Sebenarnya dah banyak sangat tudung yang pelik-pelik kat Malaysia ni... Tudung Syria lah, tudung Wardina lah, tudung Mawi lah... Aku bukannya tak suka pempuan bertudung... Cuma, nak berpakaian tu biarlah bersederhana, kena dengan tempat, kena dengan masa dan yang teramat-amat penting, kena dengan muka... 

Kalau setakat nak pergi kuliah tu, pakai tudung biasa ngan baju kurung kan cantik... Pergi kuliah nak carik ilmu, bukannya nak carik lembu... Eh? Nanti biarlah nampak sopan, kurang orang yang nak merogol... Kalaulah pakai tudung yang ada bling-bling sampai boleh nampak dari 5 batu jauhnya, tetiba plak masa tu ada perogol bersiri nak carik mangsa, sape yang susah? 

Pakai tudung tuk apa? Kalau niat tu tuk tutup aurat, baguslah... Alhamdulillah... Tak salah nak berfesyen, tapi janganlah sampai lupa tujuan bertudung tu... Jujur aku cakap, aku lagi suka pempuan yang simple... Tapi, yang reti jaga maruah diri di samping berpenampilan menarik tanpa perlu menarik perhatian satu dunia kalau dia ada beli tudung baru... 
Simple tak bermakna hodoh kan? 

Hai awak! Jangan lupa letak saya atas pale awak key!

Aku rasa tak perlu pun letak rama-rama, riben, lembu, kupu-kupu, tulang ikan, bunga matahari, kanggaru, ataupun kain bandage atas pale... Serius, bagi aku, memang tak cantik langsung... Rilek sudah lah... Tak perlu menonojol-nonjolkan diri di khalayak ramai macam orang tak cukup kasih sayang... Kalau rasa-rasa tak cukup kasih sayang jugak, balik rumah mintak kat mak bapak... Cakap kat mak bapak, nak kasih sayang lebih sikit... Kalau diorang taknak bagi, pergi nangis sorang-sorang kat tepi longkang... 
Kah3... Pandai jugak aku wat lawak, kan? kan?




*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Aku dah lama perati makwe ni... Agak-agak boleh tak aku ngorat beliau? 
 Ala-ala awek Maghribi gittew... Oh, cumilnya dia....
(Ni bukan gambar aku)

Tuesday, March 6, 2012

Mengkritik Cerita



Sebagai seorang kaki kritik yang hebat, mantap dan baru beli berukband, aku dapat simpulkan beberapa perkara mengenai industri perfileman di seluruh dunia.

Cerita sinetron - Masa yang terluang banyak dihabiskan dengan kamera zoom in ke muka tiap-tiap pelakon beberapa kali secara terus-menerus.

Cerita anime - Masa yang terluang banyak dihabiskan dengan flashback-flashback ke masa lampau. Akibatnya, menjadi satu siri cerita yang terlebih-lebih panjang dan meleret.

Drama Melayu - Masa yang terluang banyak dihabiskan di meja makan dan pasti ada scene seorang amah tengah menceduk nasi ke pinggan. Bapak kepada pelakon utama suka minum kopi, pakai kot dan suka duduk dalam ofis.

Cerita hantu Melayu - Di luar rumah akan muncul asap yang berkepul-kepul bila malam menjelang. Mungkin hantu Melayu suka main sembur nyamuk dan bencikan lipas.

Cerita hantu Korea - Ceritanya memang seram tapi jalan ceritanya hanya mampu difahami pengarah tu sendiri sahaja.

Drama Korea - Pelakon-pelakonnya tak banyak cakap dan suka buat muka takde perasaan.

Cerita Hindustan - Tengah bergaduh ngan orang jahat pun boleh nyanyi lagu sama-sama sambil tukar-tukar baju tanpa perlukan fitting room pun. 

Cerita Tamil - Hero dia selalunya perut buncit dan ada misai yang menakutkan.

Cerita kungfu Cina - Mesti ada orang tua yang bulu kening dia panjang sampai bahu.

Cerita omputih - Suka letupkan kereta mahal-mahal. Orang jahat semestinya orang Rusia. 

Cerita Fasha Sanda - Dia selalunya berlakon jadi sebaik-baik gadis Melayu dan kalau pijak semut pun, semut tu tak sanggup nak pijak dia balik. 

Cerita Lisa Surihani - Sampai sekarang dia masih tak boleh sebut huruf 'R' dengan betul. Tapi, itu langsung tak membataskan cinta kami.
back to top