Thursday, December 22, 2011

Update Blog





Hai. Aku dah lama tak update blog pasal dah nak exam pastu banyak projek nak kena siapkan... Bukannya projek yang tak senonoh, ni projek baik punya. Exam aku start 3 Januari sampai 20 Januari. Sem ni aku ada 7 paper. Lepas exam barulah aku boleh update blog kalau rajin. Sekarang ni pun aku ada 2 lab report, 2 assignment and ada presentation yang tak setel lagi.

Kalau nak taw projek apa, boleh tengok kat page ni. Kalau nak like sekali bagus jugak. Blog tu aku lah yang buat. Hehe.

Wish me luck and maap kalau ada salah silap. Bacalah entri lama-lama kasi habis ye. Hehe.

Sunday, December 11, 2011

Tips Menjaga Hati Makwe


1. Beri perhatian dan pujuk si dia 
bila dia sedang bersedih

2. Jangan berbual mengenai topik yang
langsung dia takkan ambik port.

3. Jagalah hatinya sebaik mungkin. 
Hati wanita sangat rapuh dan sensitif.

4. Kena pandai ambik hati si dia dan beri ruang 
kepadanya untuk dia meluahkan perasaan. 

5. Si dia akan lebih suka jika berbaik dan 
ramah dengan ahli keluarganya.

6. Belikan hadiah yang istimewa untuk si dia.

7. Jangan bercerita atau membandingkan ex 
anda dengan yang sekarang.

8. Jangan curang.

Thursday, November 10, 2011

Pilihan Raya: Kita Mengundi, Mereka Beraya


Parti Lembu Gondol (PLG)


Parti Gajah Bunting (PGB)


Parti Liar (PL)


Parti Pempuan Puaka (PPP)


Parti Bangang Abadi (PBA)


Wednesday, November 9, 2011

Orang Kita Dan Sombong











Moral of the entry: Kalau jumpa member lama, tegur mereka dulu dan cakap awal-awal mereka yang sombong.

Monday, November 7, 2011

Selamat Beraya Haji



Ni Ayap yang cakap mereka ni adik-beradik... Aku percaya je...


Sebelum apa-apa, Selamat Raya Haji kepada semua... Udah-udah lah makan lembu tu... Aku baru balik dari kampung ni... Raya Haji aku sama je tiap tahun, pergi masjid semayang raya, melantak jap pastu sambung tido... Bangun je terus melihat tibi sampai bosan... Pastu tido balik... Entah kenapa bila Raya Haji dengan Raya Pose dia punya soul lain-lain... Mungkin sebab Raya Haji tak dibudayakan dengan kasi duit macam orang politik dekat-dekat masa pilihan raya... Masa kempen, cakap macam sanggup cebokkan berak sorang-sorang orang kampung, ye dak? Lepas menang, sibuk jaga telor sendiri je... Arghh, apa jadah masuk politik pulak ni?

Masa nak balik kampung semalam, beg baju aku kena kencing ngan kucing... Antara Tompok, Kiki dan Koko, memang takde suspek lain dah... Cilake, makan tido semua orang bagi, nak kencing kat mana pun tak reti lagi ke? Habis buku kuliah aku... Cuti-cuti jugak, assignment mana reti cuti...


Nota hancing

Yang sebenarnya, cuti aku sampai Rabu ni je... Hari Khamis sampai Ahad aku ada kursus amende entah... Panjang sangat nama beliau... Dah lah kena bayo 400 hengget... Dari situ pun dah jelas menunjukkan aku tengah pokai sekarang ni... Nak beli pencil box baru pun pikir banyak kali... Sape yang cuti beliau panjang lagi tu, tahniah lah...


Friday, November 4, 2011

Hai Semua



Entah apa kaitan gambo ni dengan entri

Hai semua orang yang tengah baca apa yang aku tulis ni... Aku nak kasi tahu yang aku masih lagi hidup dan bernyawa di dunia ni... Aku sebenarnya nak update blog ni lama dah tapi internet kat kolej aku laju nak mampos ngalahkan siput babi buasir... Dekat 3 minggu bilik aku tak boleh konek internet langsung... Jadi kat dalam bilik aku hanya mengelamun dan tengok cerita Hindustan tanpa subtitle... 

Besok aku nak balik rumah dah, dengan harapan tiket bas masih ada... 
"Apa pasal tak beli awal-awal?", jangan tanya soalan ni, please... Aku sendiri pun takde jawapannya... 

Apa-apa pun, berjaya balik rumah ke tidak, Selamat Raya Haji untuk kau orang... Makan lembu tu jangan banyak-banyak, nanti kena sawan... Babai...

Friday, October 21, 2011

Bahana Pesbuk












Saturday, October 8, 2011

Siri Upeng & Ipeng: Bahagian 2


Baca Bahagian 1








Wednesday, October 5, 2011

Hidup Bukan Senang









back to top