Friday, December 31, 2010

Stokin Atau Sebat?



Masa aku form 1 dulu aku tak suka gila pakai stokin... Masa ni aku kat SMK Seri Kuantan lagi... Masa sekolah rendah rajin je aku pakai... Dah naik sekolah menengah jadi culture shock agaknya... Bagi aku, sapa yang pergi sekolah pakai stokin tak gangster lah sebab ikut peraturan... Kah3... Tapi, malangnya sume cikgu tak sependapat ngan aku... Sape yang tak pakai stokin nanti kena denda... 


Lagi-lagi, lepas perhimpunan... Masa nak pergi kelas mesti ada pengawas cek sorang-sorang... Time aku lalu, angkat seluar nampak bulu kaki je, stokin memang takde... Pastu kena tahan... Berok punya pengawas... Pastu repot kat cikgu disiplin... Kenalah sebat 1,2 das... Grrr!!

Dah bosan kena sebat aje, aku akhirnya berjaya pikir satu alternatif yang agak pandai untuk budak yang dapat 5A dalam UPSR... Heheh... 
Ter-angkuh pulak dah... 




Akhirnya...

Cinta Lisa Surihani & Faiz Tapit



Kali ni aku nak berkongsi kisah cinta aku dengan seorang wanita bernama Lisa... Lisa Surihani, itulah nama yang telah membuka pintu cintaku yang telah tertutup sekian lamanya... 


Suatu petang tatkala baru balik dari ofis...
















Lisa telah selamatkan aku...


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Inilah kami sekarang... Bahagia dan ceria sentiasa... 
Doakan kami bahagia ke anak cucu... 
Terima kasih Lisa!

Thursday, December 30, 2010

Malaysia Menang Piala AFF Suzuki


Sume orang tulis pasal bola, aku pun nak tulis pasal bola... Semalam aku tengok kat kafe kolej aku je... Ada skrin besar... Tu lah kali pertama kafe tu penuh... Tapi, yang suwey nya semalam, aku pergi tengok masa minit ke-70 lebih dah... Sumenya gara-gara main potosyop tuk wat header blog yang baru... Last-last, apa pun tak jadi... 

Semalam, aku pergi tengok pakai baju MU kaler merah... Sampai-sampai je, aku terus dituduh penyokong Indon... Elok-elok aku duduk je, gol Malaysia dah bolos dah... Lantas aku yang dipersalahkan... Cilake!


Tapi, tak kisahlah sebab Malaysia dah menang dengan agregat 4-2... Untuk pengetahuan sume, semalam tu Piala AFF taw, bukan AFC... Budak sekolah aku, si Daus tu selamba je dia wat status Malaysia menang Piala AFC... Kah3... Kalau AFC kita akan lawan Korea Selatan, Jepun dan team-team kuat satu Asia ni... 


Alhamdulillah, walaupun aku kat kafe aje, aku boleh agak yang hampir satu Malaysia sokong team bola kita tu... Time kita kalah, kita tak pernah nak salahkan orang lain mahupun serbuk gatal dan laser... Dari team yang dipandang sebagai sampah, kita akhirnya menjadi juara... Semoga pergaduhan di facebook dihentikan dan digantikan pula dengan Man Utd, kelab terhebat dunia... Ha3... 


Sebenarnya, aku gembira sangat sebab dapat cuti aje... Kah3! 
Apa-apa pun, Safee Sali umpama Berbatov, 
Khairul Fahmi umpama Van der Sar... Tahniah Rajagopal!


Eh...?


P/s: Mungkinkah Safee Sali akan jadi macam Mokhtar Dahari?
Sape taw kan... 

Wednesday, December 29, 2010

Superbike Dari Ferrari


Inilah superbike yang dikeluarkan oleh encik Ferrari... Kelebihan motor ni ialah mempunyai 2 tayar, 2 side mirror, berlampu dan bila bawak laju-laju kena saman... Kat rumah aku dah ada dalam 2,3 bijik... 
Sape nak, email je kat aku... 



Baru aku perasan, ada 2 ekzos... Ohsum!

Lampu signal dia kat mana yek?

Oh, ada handle jugak...

Ni adalah tempat simpan helmet... Eh, salah ke?



Yang ni tengah togel... Mungkin beliau panas...

Yang ni kaler kuning...


Aku rasa yang ni lagi semat... Sama aje, ada 2 tayar, 2 side mirror, berlampu dan bila bawak laju-laju pun kena saman... Lainlah kalau pandai 'pujuk' encik polis, kan? Kah3... 

Tuesday, December 28, 2010

Belajar Naik Komuter Dengan Faiz



Aku ada satu komuter... Tiap hari aku akan bina landasan untuk komuter aku... Jika aku malas bina landasan tu, aku akan kehilangan ramai penumpang... Itulah sebabnya aku akan bina landasan tu tiap hari... Aku sayang semua penumpang aku... Tak kira laki mahupun perempuan... Aku berjanji takkan abaikan mereka... Aku akan sediakan kemudahan serta tempat duduk paling selesa untuk penumpang-penumpang aku... Sebab ini sangat penting... Jika mereka rasa tak selesa, mereka takkan naik komuter aku... Aku taknak itu berlaku... Tapi, aku sama sekali takkan paksa penumpang-penumpang untuk naik komuter aku... Terpulang pada mereka... 

Penumpang yang ramai menggembirakan aku!

Komuter aku juga laju... Komuter aku sangat simple dan tidak dihiasi dengan berbagai-bagai perhiasan yang tidak perlu... Aku hanya letak perhiasan yang penting-penting sahaja... Jika terlalu banyak perhiasan, komuter jadi tidak laju... Penumpang-penumpang pula sukakan komuter yang laju saja... Jika mereka rasa komuter aku ni tak laju, mereka akan beralih kepada komuter yang lain...

Bermacam-macam jenis penumpang aku ada...

Pernah naik komuter tak? Dalam komuter tak pernah langsung dia pasang lagu... Ini kerana setiap penumpang mempunyai minat yang berbeza... Lagu yang aku minat memang sama sekali tidak sama dengan apa yang penumpang-penumpang aku minat... Kalau lagu yang aku pasang tu tak menepati citarasa penumpang aku, mereka akan cepat menyampah dengan komuter aku... Mesti mereka taknak naik komuter aku dah... 


Landasan komuter aku juga tidak berpenghujung... Aku akan terus membina landasan dengan lebih banyak... Kerana aku sayangkan komuter aku di samping menjaga kebajikan penumpang-penumpang aku... Tapi aku sama sekali takkan curik landansan orang lain...

Petunjuk:

Komuter = blog
Landasan = entri
Penumpang = follower
Kemudahan yang selesa = entri yang best
Perhiasan = widget
Lagu = lagu di blog
Merantau = blogwalking
Naik = follow

Ingatlah semua penumpang aku, idea ada di mana-mana!

Monday, December 27, 2010

Terima Kasih Semua


Tercapai gak impian aku... Wohoo!! Cecah gak 2000 follower walaupun kat blog aku ni tak letak gambar camwhore banyak-banyak... Terima kasih banyak-banyak yang sudi jenguk blog aku ni... 


Blogger bertuah yang jadik follower aku yang ke-2000:


Jenguk blog si Areliff ni plak okeh

Sekali lagi, terima kasih!

Sunday, December 26, 2010

Mana Nak Cekau Duit ni??



Semalam aku pergi mencucuk duit kat bank... Duit ye, bukan cucuk orang... Tengok kat skrin ATM tu bahagia je rasa... Duit ada lagi 4 angka... Tapi aku taw skang je boleh senyum sebab tu duit pinjaman, bukannya biasiswa... Hanya PTPTN, bukannya JPA... 


Mengikut bidalan dongeng zaman purbakala dulu, duit bukan segala-galanya... Kalau dulu, mungkin ada betulnya ayat ni... Skang ni tak boleh pakai dah... Kalau takde duit, boleh ke nak beli boxer? Boleh ke nak beli Apollo? Boleh ke nak beli majalah Mangga?

Memang ada betulnya duit tu bukan segala-galanya tapi hampir segala-galanya memerlukan duit... Hatta nak buang najis pun kena bayar 30 sen... Kalau zaman aku sekolah rendah dulu, 30 sen tu boleh beli nasik lemak dah... Skang ni nasik lemak tu setaraf dengan bahan kumuh badan je... Makin lama, makin banyak kena guna duit... Ahhh

Camni boleh dapat lagi ke 30 sen?

Kos sara hidup skang ni sangat tinggi... Minyak naik, gula naik, beras naik, rokok naik... Tapi, skang ni badan aku pun naik sekali... Mungkin kerana tempias harga barang yang suka naik taknak turun-turun ni... Mungkin pasni aku akan rajin puasa dan berjogging petang-petang... Sem lepas 2 kali aku berjaya jogging... Harap-harap sem ni 3 kali pun jadilah... Bukannya aku ni malas, cuma taknak membazir peluh je... Membazir tu kan amalan syaiton... 

Nasib baik iman aku kuat lagi...

Aku harap belanjawan untuk short sem nanti bolehlah aku guna duit dari blog ni aje... Bukan malas kerja, ekonomi gawat... Tapi, terdesak camne pun aku, aku takkan masuk MLM jadah tu ke, login pesbuk dapat RM100 ke... 
Aku lagi rela jual boxer tepi jalan...


Tapi, ni pilihan terakhir aku lah... Huaaa...


P/s: Ni aku nak promote 5 blog ni... Follow taw, jangan tak follow!


1. NurQaseh
2. Momentsdelavie
3. Ika Honey Bunny
4. My Paper Heart
5. Dabudalhi

Saturday, December 25, 2010

Sesi Mengkiutkan Diri


Awek-awek Korea memang terkenal dengan pose-pose mereka yang kawaii atau kiut-miut... Tapi, bukan mereka saja yang pandai posing kiut-miut... 
Percayalah, ada yang lagi hebat...

Grrrrrrrrrrrrr!!!







Aaaargghhh!!



Faiz, jom g tengok 2 Alam... Tak ramai orang ni...

Wa salut ah blog lu!

Sori dear, I dah ada Lisa Surihani

Aku suka Digimon!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Kami lagi kiut-miut lah!







Owhh... Kawaii

Lagi kawaii...





Dasar menatang haram!


Aku nak promote 6 blog dulu ni... Follow jangan tak follow...


back to top