Ish... Malu lah nak tayang ketiak I ni
Iklan ubat ketiak atau deodorant sekarang memang menakjubkan... Pompuan muka cantik-cantik mesti dijadikan model dengan baju tanpa lengan... Kerjanya cuma lekapkan ketiak mereka pada lensa kamera... Iklan-iklan macam ni memang sesuai untuk tontonan seisi keluarga... Lagi-lagi kalau ada sedara-mara datang rumah dan menyaksikannya secara pukal...
Apakah tujuan televisyen itu dicipta? Sudah semestinya untuk membolehkan penduduk bumi berkongsi ketiak mereka tanpa mengenal warna kulit ketiak mahupun panjang bulu ketiak mereka... Ilmu asas ini adalah perlu kerana kajian mendapati, seseorang individu itu akan mengalami tekanan jiwa dan gangguan perasaan jika tidak melihat ketiak orang lain dalam sehari...
Ini ialah kucing saya yang dikasi nama Tompok... Beliau juga tak ketinggalan nak cuba jadi model ubat ketiak... Keistimewaan Tompok ni ialah mempunyai elemen yang sama seperti 4 orang wanita dewasa
Dengan munculnya iklan-iklan seperti ini, ia dapat menceriakan dan mewarnai hidup orang lain dengan baik... Segala permasalahan yang dihadapi dipercayai akan hilang serta-merta bila melihat iklan seumpama ini... Jadi, tidak perlu lagi anda-anda yang kaki minum tu untuk bersusah-payah pakai helmet tutup ngan visor masuk dalam 7E untuk beli arak... Cukuplah sekadar membeli Slurpee dan kongsi dengan sahabat yang lain...
Jadi, dengan ini, saya menyeru sepenuh hati, rektum, pankreas dan ginjal saya agar iklan-iklan tayang ketiak ini dapat diperbanyakkan lagi demi menjamin kesejahteraan semua... Akhir kata dari saya, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan ketiak tayang-tayangkan...
Yang sayangkan ketiak orang lain,
Faiz Tapit