Saturday, April 14, 2012

Apa Yang Perempuan Perlu Faham Tentang Lelaki




1. Kalau kami kata nak main game, kami memang betul-betul maksudkannya. 


2. Kalau nampak kami terhegeh-hegeh nak keluarkan duit dari dompet, pandai-pandai lah hulur sikit. 


3. Kami tak suka nak balas mesej dan jawab kol setiap masa.


4. Kalau nak buat-buat merajuk sekali dua takde masalah, kalau tiap masa nak merajuk tu memang carik masalah. 


5. Kalau kami buat alasan taknak pergi dating tu maknanya kami tengah pokai lah tu. 


6. No such thing as 'I love u, I miss u all the time'... Mak bapak jauh lagi penting.


7. Kalau tengah dating tu kami tengok perempuan lain, janganlah marah... Itu menunjukkan kami ni masih normal dan bukannya homo.


8. Kami tak suka menunggu kamu-kamu semua bermekap dan bela tudung dalam toilet lama-lama. 


9. Wish 'good nite' dan 'good morning' bukan lah satu kewajipan bagi kami.


10. Kami memang tak pernah period, tapi kami pun ada masa untuk bad mood jugak.


11. Tengah period bukan bermakna itu alasan kamu-kamu semua untuk marah kami tak pasal-pasal. 


12. Baju kahwin kaler apa dan nak bagi nama apa kat anak bukan lah topik kesukaan kami.


13. Janganlah mengharapkan kami untuk menjadi sesempurna makhluk, kerana itu takkan mungkin berlaku. 


14. Janganlah cakap 'saya tak faham lah dengan awak ni!' kerana kami pun bukannya faham sangat dengan kamu-kamu semua. 


15. Janganlah marah kalau kami ni tak suka nak bergambar-gambar.


16. Kami tak suka bila kamu-kamu semua cakap, 'semua laki ni sama aje' sebab akhlak dan keperibadian seseorang itu bukannya diwarisi mengikut jantinanya.


17. Buncit itu seksi.


Walau macam mana pun kita berbeza, 
kami tetap sayangkan kamu-kamu semua. Hik3

Thursday, April 12, 2012

Fakta Vs Auta











*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Tuesday, April 10, 2012

Kisah Benar Mengenai Kawan












Sunday, April 1, 2012

Kemaluan Di Jalan Raya



Minggu lepas-lepas aku pergi keluar nak cari kepala plug. Plug lama dah terbako. Kalau nak tengok terbako cemana, pergi carik kat belakang longkang kolej aku. Entah-entah babi kat situ dah buat main gentel-gentel kot.  

Berbekalkan motor sekali ngan helmet pinjam dari kengkawan, aku pun keluar. Kereta di jalanan banyak tak banyak aje. Ada kereta pink, vespa tua, ada jugak kereta Kancil yang diubahsuai menjadi Mitsubishi Lancer konon-kononnya. Nasib baik aku tak tertipu. Aku bawak motor slow-slow bila kat depan aku ada pempuan bawak kereta. Nokharom tak reti tengok line jalan. Habis dua-dua line dia nak ikut sekaligus. 

Dah beli plug baru, aku start motor. Tapi tak hidup-hidup pun. Bila tengok balik, kunci motor pun dalam kocek aku lagi. Terasa lembu seketika. On the way nak balik tu, aku berenti kat traffic light. Lampu merah. Kat sebelah aku ada kereta bawak satu family. Dalam tu ada budak-budak kecik. Tengok dari jauh pun dah taw annoying. 

Aku peratikan aje diorang tu. Tetibe, budak-budak tu tunjuk-tunjuk kat aku, pegang-pegang kepala. Siap buat lambang X. Aku mula malas nak layan pastu diorang tunjuk-tunjuk kat helmet aku. Last-last, baru aku paham yang diorang nak bagitaw aku tak ikat pun helmet aku. Aku terkesima kejap. 


Lampu dah hijau, aku terus pecut. Malas aku nak ikut cakap budak-budak. Puiiihhh.

back to top