Tuesday, April 5, 2022

05 April 2022

 Salam.

 

Test tulis entri jap. 

 

Babai.  

 

 

Thursday, June 20, 2013

Pernah Jumpa Orang Macam Ni?









Renung-renungkan dan bersihkan hati kita.

Sunday, January 20, 2013

Faiz Tapit Dalam Utusan



Okeh, sape yang tak beli Utusan semalam, dia lembu. Semalam lah mende paling best ada dalam Utusan kau orang taw tak? Kehkehkeh. Baru Sabtu lepas, kak Lina, merangkap wartawan Utusan interview aku. Interview dalam UKM aje. Dia cakap si Ayam lah yang rekomen kan blog aku ni kat dia. Trimas Ayam dan kak Lina. Ni lah first time aku masuk surat kabo. Dia punya rasa bangga tu macam masuk tibi. Herher.

Time kasih jugak kat semua yang baca blog aku ni. Nak belanja sorang-sorang, tunggu aku kahwin dulu lah ye, belanja telor rebus cukuplah. Oh, cakap pasal kahwin, sape nak apply jadi madu, borang nanti mintak kat aku cepat-cepat. Borang tu dia punya laku macam jual air kat perhimpunan Bersih. Herher. 

Isnin depan aku dah nak viva. Doakan aku berjaya ye. Lepas tu, InsyaAllah baru aku aktif balik berbelog ni. Baibai.

Tekan SINI untuk link dari website Utusan.

Thursday, October 11, 2012

Fantasi Gadis-Gadis Sekarang


Di Facebook...




Realiti...




*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Wednesday, October 3, 2012

Antara Seru Dan Aurat







Thursday, September 27, 2012

Kisah Aku Dan Bisulku


Ini stereng kete Hazmi. Setakat ni belum ada sape-sape yang taw camne boleh jadi gitu.


Hai, dah lama jugak ye aku tak update blog ni. Mintak maap lah ye kat sape-sape yang beriya suruh aku update tapi aku tak update jugak. Rasanya macam dah sampai seru untuk tulis blog semula. Sebelum ni aku tak update sebenarnya sebab malas je. Keh3.

Awal sem ni memang banyak gila masalah aku. First day untuk sem ni, aku tak dapat kolej langsung, terpaksa merempat tido kat lantai bilik Ayap sampai 2 minggu. Hari ketiga kaki aku kena bisul sampai tak boleh jalan, hari kelima kena masuk spital Kajang sebab terpaksa operate. Bisul tu asalnya kecik aje, pastu kena infection sampai kaki aku jadi beso gajah.

Bisul ni tumbuh kat keting, tu yang aku takleh nak jalan tu. Orang tua-tua kabor, jangan duduk atas bantal, nanti punggung tumbuh bisul. Sejak bila kaki aku ada punggung ni?

Doktor kat sini banyak yang lawa-lawa. Keh3


Masa kena cucuk ni aku dah mengucap siap-siap. Sakit woo!

Time ni baru lepas operate

Nasib baik si Hazmi bawakkan kuih raya aku. Makanan spital memang tak cukup.

Sekarang dah dapat kolej baru lepas puas buat rayuan. Depan bilik aku betul-betul ada tandas untuk orang OKU. Tandas tu dah tak betul sikit. Air bertakung hasil mandian orang sampai nak masuk dalam bilik aku dah. Aku sendiri kena jadi akak cleaner tolak air keluar tiap masa. 

Banjir kilat di jamban OKU

Keluar spital hari tu kena makan ubat dekat 40 bijik sehari pastu siap dapat surat MC sampai 20 hari. Itu lah surat MC paling lama aku pernah dapat. Tapi sem ni kena siapkan tesis, so dengan baiknya aku hanya gunakan sikit-sikit je MC tu. Keh3. 

Ini just ubat Pusat Kesihatan UKM. Ubat dari spital Kajang lupa nak amek gambo. 

Sekarang ni kaki aku dah nak baik dah nampak gayanya. Dah betul-betul baik nanti, memang kau orang akan jumpa aku berjogging jelah kat stadium. Kalau jadi lah. Heh. Pasni aku rajin lah update blog ni ye. 

Tuesday, September 25, 2012

Tujuan Manusia Berpesbuk


1. Berkasih sayang depan semua orang

2. Menunjukkan bahawa dia sorang lah manusia terkaya di dunia

3. Sekadar nak like status orang banyak-banyak

4. Medium untuk menayang tubuh dan mulut muncung

5. Pentas untuk menukar-nukar hubungan dengan kekasih

6. Sekadar nak tukar profile pic

7. Tempat meluah kesedihan yang teramat sangat

8. Tempat nak tunjuk baik depan sume orang

Thursday, September 20, 2012

Ciri-Ciri Isteri Pilihan Mentua


1. Si isteri yang menyambut kepulangan suaminya dengan senyuman dan layanan istimewa.

 2. Si isteri yang pandai menjaga tingkah laku anak-anaknya.

3. Si isteri yang sentiasa menyediakan juadah lazat 
dan istimewa buat si suami.

4. Si isteri yang pandai bersolek dan menghias diri.

 5. Si isteri yang percayakan suaminya tanpa sebarang ragu-ragu. 

6. Si isteri yang pandai mendidik anak-anaknya ke arah kebaikan. 

7. Si isteri yang tidak menghamba dan membebankan suaminya sendiri.

 Jika semua langkah ini tidak diikuti, jangan menangis kalau 
si suami mencari lagi tiga. 



Sunday, September 2, 2012

Hidup Ibarat Sebuah Jamban




Hidup kita ni ibarat sebuah jamban... 


Sebuah jamban biasa, bergantung kepada pandangan orang lain... 


Buruk pandangan orang, buruk lah jadi nya...


Setiap hari akan ada orang yang datang meminta secebis pertolongan...


Jamban berbakti dengan cara menadah tahi serta kencingnya... 


Terpulang kepada jasa baik orang itu sama ada mahu berbakti semula dengan cara membersihkannya kembali atau sekadar membiarkannya kelihatan keji dan hina...


Setiap jamban berlainan sama sekali kerana ada jamban yang murah dan ada jamban yang mahal...


Kebanyakan dari kita lebih cenderung untuk memilih jamban yang mahal...


Jamban yang murah akan berterusan dipinggirkan...


Melainkan jamban yang mahal sudah penuh, barulah jamban yang murah akan dipandang sebelah mata... 


Ada juga jamban yang bertutup secara sepenuhnya dan ada jamban yang hanya bertutup separuh...


Sudah pasti jamban yang bertutup penuh akan kelihatan sempurna... 


Tapi, mengapa ada yang tetap memilih jamban yang bertutup separuh?


Terdesak? Ya, mungkin...


Atau sekadar untuk memanaskan punggung sebelum beralih ke jamban yang lebih baik... 


Jamban yang tidak mempunyai air akan dipandang keji, sekalipun pernah berkhidmat dengan cemerlang semasa air nya masih ada...


Sebab itu lah, nasib jamban dan manusia tidak banyak beza nya... Buat baik macam mana sekalipun, belum tentu akan dibalas baik... 


Entri ini ditulis selepas balik dari jamban... Keh3

Saturday, August 18, 2012

30 Perkara Yang Tak Patut Dilakukan Manusia Normal





1. Menulis nombor pin bank di belakang kad ATM


2. Menaip sms yang pendek tanpa meletakkan perkataan "huhu"


3. Pergi berak tanpa pakai towel


4. Lupa akan asal-usul negaranya dan lebih berpihak kepada negara Korea


5. Nampak orang tersungkur depan mata tanpa menggelakkannya


6. Nampak iklan Nuffnang aku tanpa tolong klikkan


7. Mengorat makwe yang tengah berdating ngan pakwenya


8. Menonton video yang bukan-bukan tanpa mengambil kira langkah-langkah keselamatan


9. Menuduh aku syok sendiri dengan Lisa Surihani


10. Pergi KFC atau Mekdi tanpa membazirkan sos dan mengambil straw lebih


11. Tidak memiliki laptop HP CQ40 yang sangat berkualiti dan tak pernah rosak


12. Menjadi penyokong Liverpool


13. Menonton drama My Girl tanpa berasa sedih


14. Suka cakap pasal politik tapi tak hapal pun Rukun Negara


15. Nampak orang tengah sidai baju pastu tanya "oi, basuh baju ke?"


16. Nampak orang pergi pasar pastu tanya "oi, nak beli ikan ke?"


17. Masuk ke tandas sambil membawa laptop dan earphone


18. Online menggunakan Internet Explorer


19. Pergi kuliah tak bawak earphone dan PSP


20. Lebih berbangga menggunakan nama-nama anime dari nama yang diberi oleh mak bapak sendiri


21. Membelanjakan RM10 untuk filem Jin Noti


22. Pergi meeting tepat pada waktunya


23. Meminta perhatian dan belaian manja orang ramai dalam facebook


24. Memiliki motor yang besar tanpa perasaan angkuh


25. Memasak megi di sekolah asrama pada siang hari


26. Membelikan topup untuk awek


27. Masih lagi aktif bermain Friendster


28. Mempunyai muka perogol bersiri pastu pergi rebonding rambut


29. Mengharapkan kekenyangan itu datang dengan sendiri selepas membuat status 'lapar' di facebook


30. Baca entri aku ni tanpa komen kat bawah



Sila vote mana-mana nombor yang anda gemari... 
Satu sahaja sudah memadai...

Dunia Ini Bukan Milik Abah Kau



Dulu-dulu masa kat sekolah, cara untuk mengorat anak dara orang yang paling hebat ialah mintak biodata dia... Nama penuh, hobi, warna peberet, alamat rumah semuanya ada... Pastu mulalah surat-menyurat diam-diam dengan harapan takkan kantoi dengan warden... Bedak tu takyah cakap lah letak banyak mana... Bila bukak surat je, harum semerbak mengalahkan kapur barus... Masa tu, cara ni serius paling cool...

Kalau budak zaman sekarang, semua akan cakap ini lame ass, menjijikkan, dan tak cool... Bagi mereka, cool itu ialah untuk budak-budak yang lepak berjam-jam depan 7E minum Barbican sambil pakai topi senget... Kalau yang lagi cool, dia akan beli cerut dan tunjuk dekat sahabatnya yang lain... Cara mereka mengorat anak dara orang cuma mintak nombor telepon dan facebook je... Sape yang takde facebook sekarang ni mesti akan dikecam hebat seolah-olah kena simbah asid kerana berebutkan pondan... Chatting-chatting sikit dah sangkut, takde thrill nya, tak adventure langsung... 

Tapi, aku peduli apa macam mana kau orang nak mengorat ke apa... Cuma, kalau dah kapel tu, janganlah nak tunjuk romantik atau berjiwang sakan depan semua orang macam dunia ni abah kau baru beli... Percayalah, tak pernah lagi ada mana-mana abah yang mampu beli dunia ni... Tak payah nak canang-canang kan kisah percintaan kau tu dekat semua orang, bukannya gerenti kahwin pun... Kalau rasa nak bajet romantik sangat, chatting lah tempat lain kalau malas bazir kredit, ye dak?

Terasa ke? Padan muka

"A relationship should be between two people, not the whole world"

back to top