Pengarah: Lembu Berkepala Keldai
Genre: Seram Ganas (18PL)
Siaran: TV3 la, mana lagi
Pelakon: Lembu, Ayam, Kambing
Sekuel Jidin baru saja dipertontonkan kepada umum baru-baru ini... Drama thriller ini telah pun mendapat sambutan paling keji, bahlol serta hina bukan sahaja dari rakyat Malaysia bahkan pak guard UKM yang sedang asyik clamp tayar kereta budak di mana-mana sahaja...
"Saya ni SRP je dulu tapi saya dah jadi pengarah filem skarang... Nak jadi pengarah cite kat Malaysia ni bukannya susah pun, rakam jela pape pun, kompem masuk tibi... Heheh", kata pengarah drama ini dengan bangga sekali meminta dipijak...
Sinopsis Drama:
Drama Jidin ini menceritakan tentang seekor alien dungu dari planet Bluto yang ingin menguasai Bumi... Name alien tu Jidin... Pada satu hari, Jidin curik kapal bapaknya untuk pegi ke Bumi... Pastu, bermulalah hidup Jidin di Bumi Malaysia ini...
Pada satu hari, Jidin telah berjumpa dengan pengarah drama ini... Jidin menghentak-hentak kepala pengarahnya sampai mati dan bakar hidup-hidup anak bininya sekali kerana menghasilkan drama paling jahanam dan paling celaka pernah dibuat orang...
~TAMAT~
Aku tulis entri ni bukan nak cerita lebih-lebih pasal Jidin ni... Ni lah drama paling khinzir dalam sejarah Malaysia lepas Kapten Kit & Papaya... Kalau dah takde idea nak buat drama, janganlah buat drama... Pergi lah main Digimon ke, main telor orang ke, lepak kedai mamak ke, ada gak la pekdahnya... Kurang-kurang tak susahkan orang... Aku bukak tibi nak tengok cerita, bukannya nak tengok sampah...
Kalaulah ada omputih datang Malaysia pastu tengok cerita ni, agaknya diorang nak datang Malaysia lagi tak lepas tu?
"Hi, I'm from London... I watched Jidin last night.. Are you a Malaysian?"
Ape kau orang nak jawab, hah?


