Tuesday, November 16, 2010

Malaysiaku Yang Permai



Berita 14 Nov 2010:
- Fitnah di Facebook
- Pemandu teksi tipu
- Perempuan ditikam 4 kali oleh peragut
- Keluarga ditetak lelaki berpedang samurai
- 3 perompak ditembak mati oleh polis, salah seorang berumur 16 tahun


Aku taktaw lah mana yang silapnya kat Malaysia ni… Makin lama makin teruk jadinya… Nak kata kurang didikan agama tak jugak… Islam Hadhari katanya… Pastu 1 Malaysia… Apa yang satunya aku pun taktaw… Haritu, mak kawan aku si Dayah, kena ragut ngan 2 ekor keling… Abes rantai emas kena amek… Tapi, nasib baik mak beliau setakat kena tolak sampai jatuh je walaupun diacu pisau daging ke arahnya… Padahal mak beliau tengah siram pokok bunga kat luar rumah je tu…

Skang ni camne nak selamat?


Naik escalator kat shopping complex pun boleh mati kena hempap ngan kereta… Duduk senyap-senyap dalam bas pun boleh tercampak atas jalan … Jual barang kosmetik pun boleh kena bakar… Duduk tengok tb kat ruang tamu pun boleh ada lori masuk rumah…

Nak duduk mana lagi wei?


Skang ni aku dah takut nak buat pape… Nak berak pun kena cek line dulu… Manalah taw tetiba ada jengkaut datang sodok jamban rumah aku ke… Serius, Malaysia dah tak selamat macam dulu… Kalau time aku kecik-kecik dulu selamba je aku main tangkap belalang kat taman sorang-sorang… Main kat paritlah, beli askrem pop lah… Skang ni jangan haraplah… Mampos kena tangkap ngan orang jahat kang… Pastu kena jual kat Siam… Ada yang lagi jahat, dia potong tangan atau kaki budak tu pastu suruh mengemis tepi jalan…

Salah sape?


Kalau tanya aku, kompem sangatlah aku akan salahkan semua orang kecuali diri aku sendiri… Jangan nak buat-buat peliklah, itulah perangai pemimpin kita skang ni… Baik yang kerajaan mahupun pembangkang… Bukan semua, tapi kebanyakannya camtu… Jadi, kita ikut jelah pemimpin kita… Kan?
Megan Fox di negara orang, Adibah Noor di negara sendiri… Mana yang anda pilih?

P/s: Aku lupa lak, berita yang paling best seumur hidup aku:
Chelsea 0-3 Sunderland

Balik Kampung



Hari yang indah… Burung-burung berkicauan tanpa disuruh… Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa apa entah… Sang matahari kelihatan ceria memanaskan hidupan di bumi… Aku mengucapkan “hai” kepada matahari… Si matahari yang tersenyum dari tadi membalas “hai” kepada aku semula… Indahnya hari ni… Mood aku sangat baik… Malah rumput-rumput turut menyanyi-nyanyi kegembiraan… Lagu Muse kalau tak silap… Tiba-tiba, awan menjadi sedikit mendung…

Awan, nape mendung plak ni? Gaduh ngan boipren lagi ke?”, tanyaku menginginkan kepastian…
Wak luu… Gua senggugut bai”, jawab awan ringkas…
Owh…

Hari ni sebenarnya aku balik rumah… Semalam baru habis exam… Lega sungguh rasanya, seperti baru dapat berak setelah 2 hari meneran… Macam biasa, aku naik komuter dari stesen UKM sampai ke Seremban… Kemudian, dari Seremban aku naik bas sampailah ke Segamat… Dari Segamat mak abah aku akan ambik pulak… Itulah perjalanan pulang ke rumah yang biasa bagi seorang pelajar yang biasa-biasa…

Masa naik komuter, aku akan berebut-rebut sepenuh hati untuk dapatkan seat… Itu pun perangai yang biasa bagi aku… Dah naik tu, aku terus duduk sambil gelakkan orang yang tak dapat seat dalam hati…

Masa dah sampai kat satu stesen, ada suara laki yang  announce…
Stesen Batang Benar, Batang Benar
Aku hanya tersenyum… 

Duduk dalam komuter ni sebenarnya menguji mental juga… Di saat aku nak terlelap jugaklah macam-macam ringtone aku dengar… Dari lagu Korea yang cilake sampailah bunyik baby mintak penampo… Pastu ada geng budak sekolah menengah berambut pacak yang menjengkelkan… Ada yang pakai topi stail terangkat, pakai rantai anjing, rantai kapal… Barangkali rumah mereka kekurangan cermin, bisikku dalam hati, cuba untuk bersangka baik…

Aku malas nak cite banyak-banyak, akhirnya aku pun sampai kat rumah dengan selamat…

P/s: Kepada yang belum abes exam, padan muka! Hahahaha!

back to top