Saturday, August 18, 2012

30 Perkara Yang Tak Patut Dilakukan Manusia Normal





1. Menulis nombor pin bank di belakang kad ATM


2. Menaip sms yang pendek tanpa meletakkan perkataan "huhu"


3. Pergi berak tanpa pakai towel


4. Lupa akan asal-usul negaranya dan lebih berpihak kepada negara Korea


5. Nampak orang tersungkur depan mata tanpa menggelakkannya


6. Nampak iklan Nuffnang aku tanpa tolong klikkan


7. Mengorat makwe yang tengah berdating ngan pakwenya


8. Menonton video yang bukan-bukan tanpa mengambil kira langkah-langkah keselamatan


9. Menuduh aku syok sendiri dengan Lisa Surihani


10. Pergi KFC atau Mekdi tanpa membazirkan sos dan mengambil straw lebih


11. Tidak memiliki laptop HP CQ40 yang sangat berkualiti dan tak pernah rosak


12. Menjadi penyokong Liverpool


13. Menonton drama My Girl tanpa berasa sedih


14. Suka cakap pasal politik tapi tak hapal pun Rukun Negara


15. Nampak orang tengah sidai baju pastu tanya "oi, basuh baju ke?"


16. Nampak orang pergi pasar pastu tanya "oi, nak beli ikan ke?"


17. Masuk ke tandas sambil membawa laptop dan earphone


18. Online menggunakan Internet Explorer


19. Pergi kuliah tak bawak earphone dan PSP


20. Lebih berbangga menggunakan nama-nama anime dari nama yang diberi oleh mak bapak sendiri


21. Membelanjakan RM10 untuk filem Jin Noti


22. Pergi meeting tepat pada waktunya


23. Meminta perhatian dan belaian manja orang ramai dalam facebook


24. Memiliki motor yang besar tanpa perasaan angkuh


25. Memasak megi di sekolah asrama pada siang hari


26. Membelikan topup untuk awek


27. Masih lagi aktif bermain Friendster


28. Mempunyai muka perogol bersiri pastu pergi rebonding rambut


29. Mengharapkan kekenyangan itu datang dengan sendiri selepas membuat status 'lapar' di facebook


30. Baca entri aku ni tanpa komen kat bawah



Sila vote mana-mana nombor yang anda gemari... 
Satu sahaja sudah memadai...

Dunia Ini Bukan Milik Abah Kau



Dulu-dulu masa kat sekolah, cara untuk mengorat anak dara orang yang paling hebat ialah mintak biodata dia... Nama penuh, hobi, warna peberet, alamat rumah semuanya ada... Pastu mulalah surat-menyurat diam-diam dengan harapan takkan kantoi dengan warden... Bedak tu takyah cakap lah letak banyak mana... Bila bukak surat je, harum semerbak mengalahkan kapur barus... Masa tu, cara ni serius paling cool...

Kalau budak zaman sekarang, semua akan cakap ini lame ass, menjijikkan, dan tak cool... Bagi mereka, cool itu ialah untuk budak-budak yang lepak berjam-jam depan 7E minum Barbican sambil pakai topi senget... Kalau yang lagi cool, dia akan beli cerut dan tunjuk dekat sahabatnya yang lain... Cara mereka mengorat anak dara orang cuma mintak nombor telepon dan facebook je... Sape yang takde facebook sekarang ni mesti akan dikecam hebat seolah-olah kena simbah asid kerana berebutkan pondan... Chatting-chatting sikit dah sangkut, takde thrill nya, tak adventure langsung... 

Tapi, aku peduli apa macam mana kau orang nak mengorat ke apa... Cuma, kalau dah kapel tu, janganlah nak tunjuk romantik atau berjiwang sakan depan semua orang macam dunia ni abah kau baru beli... Percayalah, tak pernah lagi ada mana-mana abah yang mampu beli dunia ni... Tak payah nak canang-canang kan kisah percintaan kau tu dekat semua orang, bukannya gerenti kahwin pun... Kalau rasa nak bajet romantik sangat, chatting lah tempat lain kalau malas bazir kredit, ye dak?

Terasa ke? Padan muka

"A relationship should be between two people, not the whole world"

back to top