Monday, February 28, 2011

Ayat-Ayat Yang Memerangkap Jiwa



"Duit ini adalah hasil tetek peluh mak dan ayah kamu, 
gunakan dengan baik ye"

Perasan ada something yang menarik tak? 
Jika ya, kau orang memang tergolong dalam dua kumpulan... Pertama sekali, kau orang memang jenis yang mementingkan kesempurnaan ejaan dan pengunaan perkataan yang betul di dalam sesuatu ayat... Yang kedua, kau orang memang jenis yang pervert, macam si Anis (bukan nama sebenar) Kah3... Aku berani jamin kebanyakan manusia yang membaca ayat kat atas tu tergolong dalam kumpulan yang kedua... Aku tak berani jamin aku sendiri tergolong dalam kumpulan yang mana satu... 
Mungkin di tengah-tengah atau di kumpulan pertama... Hik3...

"Karim menggeletetek adiknya sehingga ketawa terkencing-kencing"

Bagaimana pula dengan ayat ini? Aku masih berani jamin ramai yang tergolong dalam kumpulan kedua... Kalau aku tipu, koyak lah jersi Man U aku dan bakar depan budak-budak Chelsea dan Wolves... Tapi, jangan bakar depan budak-budak Liverfool... Itu satu penghinaan yang sangat zalim.. 

"Ramas dahulu buahnya kemudian petiklah"

Ini pulak? Memang kumpulan kedua lah... Asal ada perkataan ramas dan buah mesti akan disalahertikan... Kau orang ni takleh pikir mende lain ke hah? 
Ni sume bala ni! Bala!

"Antara tempat-tempat yang menarik di Malaysia adalah Batang Kali, Batang Benar dan Batang Berjuntai"

Yang ni kompem kumpulan kedua punyalah... Ape? Nak cakap korang tak pikir mende lain? Nampak beno nipunyee... 

"Saya suka lolipop yang besar!"

Hmm... Entahlah... Ayat ini walaupun simple tapi sungguh puitis dan syahdu... Sukar untuk didalami maksudnya... 

Dan, ayat terakhir sekali;

"Faiz, pesal aku nampak ko makin gemuk skang ni?"


Dem... Ni masuk dalam kumpulan ketiga, 
orang yang suka pelempang free!

P/s: Short sem ni aku nak eksesais dari pagi sampai malam... 
Heheh... Kau orang tunggu aku kurus nanti! Sabo jelah... 

Sunday, February 27, 2011

Dinner Food Science Yang Gojes


Poster ni Ayap yang buat...

Hari semalam budak-budak Food Science ada dinner kat Hotel Prescott Inn Kajang... Dinner yang sangat best dan mantap... Lagi mantap kalau Rozita Che Wan datang sekali... Keh3... Aku malas nak tulis pepanjang, 
letak gambo jela ye... 


Malam tu aku bertugas sebagai AJK Teknikal... 

 Sempat bergambo ngan kak Wani selaku Queen of The Night...
 Cun gile kot... Heheh...


Anyway, tahniah pada sume yang datang malam tu, khas untuk semua krew-krew dinner dan ketua program, Izzati... 

A night to remember!


Montaj ni Doyah ngan Ayap yang buat... 
Serious semat... Ce tengok...

Thursday, February 24, 2011

Bantulah Dia, Dia Memerlukannya



Dia terbaring kesunyian... Tiada teman, tiada yang peduli dan tiada siapa-siapa... Dunianya yang baru sangat asing baginya... Setelah berbulan-bulan di rumah yang selesa, dia di halau dan diletakkan di satu dunia yang tidak pernah difikirkannya... Dunia itu sebenarnya tidak kejam, dunia itu sebenarnya sejahtera lagi aman... Tetapi, hidupan di dunia itu yang seringkali mencorakkannya menjadi sampah, menjadi tempat yang amat durjana... 

Dia terbaring tanpa mampu membuat apa-apa... Dia hanya mampu menangis, berteriak sambil melolong sekuat hati, dengan harapan akan ada tangan yang sedia membantunya... Ya, dia memang mengharapkan akan ada hidupan di dunia itu yang mampu mempedulikan dirinya walaupun seketika... Teriakannya tidak membuahkan hasil... Semuanya sia-sia... Badannya semakin lemah, tekaknya umpama padang pasir yang tandus... Sudah sekian lamanya dia tidak merasai nikmat secebis makanan mahupun sesudu minuman... 

Tanpa diduga, satu dentuman yang kuat memecah kesunyian... Satu demi satu pancaran cahaya yang menakutkan muncul di balik kain hitam... Dia bertambah takut... Sudahlah dirinya tidak lagi berdaya... Hendak mengangkat tangan pun dirasakannya berat, apatah lagi mahu melarikan diri... Dia hanya berbaring dengan pasrah... Berbaring sambil berteriak lagi... Suaranya pula kian serak... 

Tiba-tiba, titisan air yang berjuta-juta jumlahnya mencurah-curah turun diselangi dengan angin yang sejuk... Dia menjerit kerana tidak tahu apa yang berlaku... Sekali-sekala, dia hampir lemas akibat tertelan air itu... Dia tercekik, termuntah-muntah... Keadaanya kian tenat... 

Tatkala titisan-titisan air itu sudah tiada lagi, dia masih lagi terbaring di situ, tidak berganjak walaupun seinchi... Fizikalnya semakin lemah, dia terbatuk-batuk beberapa kali menandakan bahawa dia sememangnya semakin tenat... Musibahnya belum lagi hilang pabila munculnya segerombolan makhluk kerdil yang mahu menganiyanya... Makhluk kerdil itu walaupun kecil, jumlah mereka terlalu ramai... Dia tidak mampu melawan, hanya mampu berteriak dan melolong tanpa henti... Makhluk-makhluk kerdil itu langsung tidak menunjukkan belas kasihan padanya yang sedang tenat... Satu badannya mula dikerumuni makhluk-makhluk kerdil tersebut yang berwarna garang... Dia dipijak, digigit-gigit oleh makhluk kerdil itu... Sakitnya hanya dia dan Tuhan saja yang tahu... 

Setelah beberapa hari berperang, dia tumpas di dunia itu... Dunia yang dipenuhi makhluk berhati busuk dan kejam... Dunia yang tidak pernah kering dengan nafsu dan pancaroba... 

Alangkah bagusnya jika dia tidak berpindah ke dunia itu!


****************************************







************************************

Patutkah mereka dilayan sebegini?

Sunday, February 20, 2011

Ko Tak Undi Aku, Ko Mati!



Saya yang bernama, Faiz Tapit selaku calon bagi Parti Buih ingin menyeru semua rakan-rakan, sahabat seperjuangan dan juga hadirin hadirat sekalian untuk sama-sama mengundi saya pada pilihan raya kali ini… Saya berani jamin tuan-tuan dan puan-puan sekalian, bahawa undian-undian yang kalian lontarkan di atas nama saya nanti akan memberi sejuta perubahan dan juga anjakan paradigma yang kalian semua impikan, yang kalian semua dahagakan daripada pemimpin-pemimpin terdahulu…


Percayalah, saya sama sekali tidak akan mengecewakan tuan-tuan dan juga puan-puan sekalian… Saya akan memberitahu manifesto-manifesto yang telah saya rancangkan jika saya memenangi  pilihan raya kali ini… Tetapi, bukan rancangan semata-mata, ianya juga berupa perlaksanaan yang jitu dan mapan… Berikut merupakan manifesto-manifesto saya:

1. Mengadakan Hari Bertudung Pelik di seluruh kampus bagi semua mahasiswi yang bertudung…

2. Mewajibkan semua mahasiswa untuk membuat sekurang-kurangnya 1 blog seorang… Bagi mereka yang mempunyai lebih dari 1 blog akan mendapat pointer tambahan dan juga mee bandung percuma pada setiap hari Jumaat…

3. Mendesak pihak pentadbiran agar merampas semua clamp pak gad dan membolehkan pelajar-pelajar menunggang motorsikal tanpa helmet…

4. Mendesak pihak kolej agar memasang Streamyx pada setiap bilik dan pelajar-pelajar yang aktif kolej akan diberi broadband percuma tiap seorang…

5. Mengadakan Hari Bunuh Monyet di seluruh kampus UKM… Setiap pelajar akan dibekalkan selaras senapang (AK-47) tiap seorang dan juga peluru hidup tanpa had…

6. Hanya pelajar yang cantik sahaja akan mendapat anugerah dekan setiap semester…  

7. Membina kedai-kedai mamak di dalam kampus yang mempunyai kemudahan wifi serta shisha perisa strawberi secara percuma…

8. Mengadakan program “Cari I-Phone Dalam Guni” serta “Cari Coli Dalam Tepung” pada setiap hujung minggu…

9. Setiap pelajar dibenarkan ponteng kuliah pada setiap hari Rabu…

10. Mendesak pihak pentadbiran supaya memotong gaji para pensyarah sebanyak 10% dan dimasukkan ke akaun PTPTN pelajar… Pelajar yang mendapat tajaan biasiswa hanya akan dipotong sebanyak 5% sahaja…

11. Membenarkan pelajar untuk membela lembu di kolej masing-masing…

12. Mengadakan PC Fair pada setiap hari…

13. Pelajar yang ditangkap berkhalwat akan dibakar…

14. Mendesak pihak kolej agar menyediakan khidmat urut oleh gadis-gadis cantik dari Siam…

15. Kerani-kerani pejabat yang tidak mesra dan sombong akan dikencingkan…

16. Pelajar-pelajar yang menyertai MLM akan dibuang universiti…

17. Pelajar-pelajar dibenarkan untuk memakai pakaian yang selekeh untuk ke kuliah… Pelajar-pelajar yang berpakaian formal akan didenda…

18. Pelajar-pelajar Food Science diberi keutamaan terlebih dahulu untuk mengambil lauk di kafe fakulti…

19. Mahasiswi Islam yang memakai legging akan dibogelkan dan diikat di pintu kuliah…

20. Sesiapa yang tidak membaca Blog Aku Bukan Blog Bapak Kau akan dikenakan kompoun RM 2 setiap minggu…


Akhir kata, undilah saya! Anda undi saya, anda pandai… 
Anda tak undi saya, anda lembu…
Sekian, salam paradigma!

P/s: Kat UKM skang tengah ada Pilihan Raya Kampus (PRK)… 
Kalau aku bertanding, boleh menang tak?? Aguguguguu...

Friday, February 18, 2011

Burung Siapa Sesat Ni??


Malam semalam ada sekor burung sesat masuk dalam bilik aku... Aku taktaw lah nama dia burung madu ke kelicap ke atau bla3... Tapi burung ni kecik je... Kiut-miut gittew... Siapa tuan punya burung ni pun aku taktaw... Berdasarkan saiz nya, aku agak mesti tuan dia baru baligh 2 hari kot...


 Burung ni boleh tahan lembu gak pasal dia terlanggar kipas... Kepala dia luka sikit... Sape tuan dia ni memang senak gila la semalam... Kalau kena jentik sikit pun dah meraung, ni pulak kena kipas... Aduuuh!! Nasib baik tak 'mati'...

Kalau korang rasa burung ni comel, sebenarnya yang pegang burung ni jauh lagi comel... Bukan perasan, dah kenyataan... Agagagagaa...

Gambar dari sudut lain... Dia duduk diam-diam je... Dia pikir aku ni tuan dia ke hape... Sorry lah burung, not my size... Keh3...

Lepas dia terlanggar kipas tu, dia terbang pun cam berok baru pekena shisha je... Sementara dia tengah mabuk tu, aku ingat nak bela dulu sampai sihat... Maklum lah, gentel man kan... Dah la kat luar bilik aku ada anak kucing selalu lepak... Kalau aku main lepas je, kompem-kompem lah jadi dinner anak kucing tu nanti... Kang tak kencing-kencing tuan burung ni...

Bila dah lama sikit tu, burung tu dah okey... Boleh lah terbang elok-elok dah... Aku pun lepaskan la beliau... Nasib baik dia tak berak dalam bilik aku... Kalau tak, memang aku sunat sampai abes... Bulu dia aku simpan buat kenangan... Bulu burung tu ye, bukan bulu burung yang lain... 


Moral of the entry: Jangan lupa zip seluar, 
kalau terlepas nanti terlanggar kipas...

Thursday, February 17, 2011

Internet Bodoh


Sori aku lama tak update belog ni...
UKM sekarang tengah ada krisis wifi yang cilake... 
Kat bilik aku dah 6 hari tak dapat internet...
Faaaaaaakkk!!!

Friday, February 11, 2011

Hantu Asrama


Ni sekolah aku, SBPIK


Sape yang pernah sekolah asrama dulu mesti taw sangat kan pasal cite-cite hantu... Betul ke tak betul, tu belakang kira... Kenapa nak kira kat belakang jangan tanya aku... Tak baik main belakang ni, dosa... Kah3... Okey, berbalik pada objektif asal, aku nak cite pasal cite hantu kat asrama dulu... Bukan nak cite pasal hantu yang suka main belakang...

1. Hantu kira-kira

Serius, bagi aku ni lah hantu paling seram... First time aku dengar cite ni, terus takleh tidow, nak pergi toilet pun kena ajak kengkawan... Hantu jenis ni suka duk atas loker pastu kira berapa orang yang dah tidow, berapa orang tak tidow lagi, berapa orang yang buat-buat tidow... Kalau time tu tak tidow lagi pastu dia datang memang cirit lah nak lari kan...

2. Toyol

Yang ni takde lah seram mana... Aku pun nak try tangkap masa kat sekolah dulu tapi tak dapat pun... Yang dapat nya toyol berupa manusia yang kuat mencurik... Memang duk asrama ni sumpah banyak gila barang kena curik... Hatta boxer aku dulu pun boleh gak kena curik... Memang bangang lah sape punya kerja tu... Boxer dah la memainkan peranan penting... Haha...

3. Nenek kebayan

Yang ni pun seram gak... Khabar angin mengatakan nenek kebayan ni akan datang malam-malam tuk carik cucu dia... Kalau dia tak jumpa cucu dia, dia akan kacau orang lain... Pastu mulalah kitorang rapatkan katil, tidow ramai-ramai... Nenek ni pun bahlul jugak sebenarnya... Kalau cucu hilang tu, pergilah report kat polis ke, iklan kat surat kabo ke... Ni main carik sendiri je, pastu tak jumpa nak salahkan orang lain pulak...

4. Hantu tengkuk panjang

Ni hantu kat bilik air... Ada lagu dia sebenarnya... 
"Hantu tengkuk panjang, hantu tengkuk panjang"
Ahh, korang tanyalah sesape yang taw camne dia punya tone nak nyanyi tu... Aku biasanya kalau sakit perut kul 2,3 pagi tu memang tahan jelah sampai subuh... Kah3... Seram kot tengah nak berak tetiba ada kepala jenguk dari atas... Grrr...

5. Hantu cermin

Haa... Yang ni pun hantu bilik air jugak... Hantu ni biasanya suka kacau orang masa tengah sorang-sorang nak gosok gigi... Bayangkan lah kalau tengah gosok gigi sorang-sorang tetiba ada orang lain dalam cermin tu tengah tiru apa yang kita buat... Kompem lari lintang-pukang lah... Sebab tu lah, aku ni jarang gosok gigi malam-malam... Bukan penakut, jimat ubat gigi je... Almaklum, ubat gigi tengah mahal kan sekarang...

6. Hantu dalam surau

Ni ustaz aku cakap sebenarnya jin-jin Islam yang tengah semayang dalam surau... Cite yang aku dengar dulu pasal ada 3 orang tengah semayang sunat dalam surau tu masa tengah malam... Lepas baca Al-Fatihah, kena amin kan... Tapi bila time amin tu, bergema satu surau tu macam surau tu penuh ngan orang lain... Padahal yang semayang nya 3 orang je kot... 
Kalau aku, kompem cabut terus je... Agagagaa...

7. Hantu bawah katil

Bila aku dengar cite ni, terus aku takut nak lunjurkan kaki lebih dari tilam... Nak tengok bawah katil lagilah cuak... So, tidow macam tenggiling jelah... Cuba kecikkan diri sendiri... Orang kabo hantu ni suka usik-usik kaki ngan tangan kita masa tengah tidow... Kalau tak tidow lagi time tu, apa ko nak buat? Haa... Taw takut...

8. Hantu tindih-tindih

Yang ni memang gila sikit... Aku pun pernah kena dulu... Seksa gila kot kena tindih... Takleh bernafas pastu nak jerit pun tak lepas... Kadang-kadang kalau kena lama tu memang rasa nak matilah... Pastu baca ayat-ayat Al-Quran sikit... Lama-lama nanti InsyaAllah dia lepaskan...

9. Hantu pocong

Hantu ni biasalah, memang familiar pun kan... Duk terkinja-kinja sana-sini cam gorilla sembelit... Yang paling seram aku pernah dengar pasal drebar bas... Drebar tu bawak bas sorang-sorang tengah malam... Bila dia tengok cermin pandang belakang, dia nampak ada hantu pocong terlompat-lompat kat tengah bas... Makin lama, makin dekat kat seat dreabar tu... Perghh...

10. Hantu tingkap

Haa... Time malam-malam, jenguk-jenguklah tingkap tu sikit ye... Kalau tengah sorang-sorang, cuba pikir balik,betul ke tengah sorang-sorang... Ala, kalau korang tengah sorang-sorang tu mesti nak kena ada teman kan... So, hantu ni memang suka temankan orang yang tengah sorang-sorang... Tapi dia ni suka lepak kat tingkap je... Selak langsir, nampaklah dia tengah perhatikan korang... Aku serius ni, cek balik apa yang tengah intai korang kat tingkap tu... Kalau dia nak masuk, bukak lah tingkap tu..................... 


P/s: Sape tak tengok cite Hantu Kak Limah lagi memang LOSER!

Tips Kekal Muda



1. Selalu kencing malam...

2. Selalu main game pinball ngan solitaire...

3. Merengek bila tak dapat beli Twisties...

4. Mandi bogel kat luar rumah...

5. Jalan-jalan naik basikal takyah pegang handle...

6. Bila nampak ayah baru balik dari kedai, lompat-lompat keriangan dalam 2 minit...

7. Buat-buat taktaw dildo tu apa...

8. Selalu berebut gula-gula dengan anak jiran...

9. Tak payah gosok gigi...

10. Bila mandi, sabun kat bahagian perut je...

11. Main mercun time orang semayang terawikh kat belakang surau...

12. Selalu menunjuk-nunjuk pemadam yang baru dibeli kat kengkawan yang lain...

13. Pergi bandar pakai rantai kat poket...

14. Takyah pakai pencuci muka...

15. Dengar lagu-lagu Raihan ngan Imad...

16. Berlagak kat kengkawan dah pandai start enjin motor...

17. Selalu bawak sikat kat poket belakang...

18. Bila time raya, pakai baju melayu ngan songkok warna-warni...

19. Pakai Nokia 3310...

20. Suka tengok Atromen ngan Tom & Jerry...

21. Tiap petang makan askrem pop...

22. Main tikam-tikam 50 sen kat kedai runcit...

23. Bila naik kereta ngan family, duduk kat riba mak...

24. Makan nasik tumpah-tumpah...

25. Selalu mintak susu badan kat mak...


Monday, February 7, 2011

Budak-Budak Yang Takde Life



Rasa lonely? Perlu luah perasaan? Perlukan teman sekatil? Perlukan tempat bermanja-manja? Kurang kasih sayang? Tak cukup sorang makwe? 
Pakwe cepat tewas? Mahu perhatian dunia? 

Jalan penyelesaiannya: Marilah chat kat tb!


















Pastu aku malas dah amek gambar... Serioushit meluat...

Zaman yang pesat membangun pada hari ini semakin lama semakin mematangkan, mencerdikkan, memandaikan, dan juga menglembukan remaja-remaja yang juga merupakan ass-et negara… Jika negara kita diserang atau terancam, remaja-remaja seperti ini lah yang kita perlukan… Golongan seperti ini lah yang kita harapkan untuk membela nasib nusa dan bangsa…

Merekalah bakal pemimpin kita!

Merekalah pejuang kebangsaan!

Mereklah penyambung warisan!

Merekalah harapan bangsa!

Merekalah wira negara! 


Friday, February 4, 2011

Tempat Aku Banjir, Tempat Kau?



Hari ni hujan dah reda... Tapi still tak nampak matahari lagi... Rindunya kat encik matahari... Banjir pun dah ok sikit... Seluar trek aku dekat 3 hari baru kering sikit... Kipas langsung takde fungsi dari minggu lepas... Bas sume takleh gerak, orang sume duk rumah je, makan ngan tidow... Kalau hujan straight sebulan memang debab lah aku...


Pheewwwiiit! Mak cik ni angkat kain

Kelmarin aku ngan family aku pergi kenduri kahwin kat Bera... Bera ye bukan bra... Pergi jauh-jauh semata-mata untuk makan nasik sepinggan je pastu tengok pengantin gedik-gedik suap nasik... Pfffttt... Rasa tak berbaloi... Balik dari kenduri tu pergilah kat rumah sedara jap... Pastu balik Selancar semula... Bila dah masuk simpang tu, sumenya duk ternganga... Pehal lak banyak kereta tersadai tepi jalan ni... Nak jual kereta pun biarlah bertempat... Rupanya tempat aku dah banjir daaa... Homaigod... Dalam pale otak aku time tu aku duk pikir camne nak cas henpon je... 

Sekali kete bomba pun tersadai... 
Padahal bukan ada rumah terbakar pun... Kah3... 



 Pandai mana pun berenang, kalau dah jatuh kat sini 
memang mampos jugaklah...






Nak taknak kitorang terpaksa cross jugak jalan tu dengan kaki... Kereta terpaksa tinggal je... Air atas jalan tu dekat paras pinggang dah... 
Kalau tunggu lama sangat mau paras hidung jawabnya... Aku ni dah la tak pandai berenang...

Babai kete... Jangan pergi mana-mana key... 

Masa nak cross jalan tu akak aku nyaris terjatuh... Memang gila... Muka dia dah pucat sangat time tu... Pak cik Medan selaku Rela kat situ dah pesan awal-awal, jangan tengok air tu masa nak lintas jalan... Dah la air tu memang deras gila... Rasa cam jalan dalam lumpur pun ada... Kaki berat cam heret lembu 3 ekor sekaligus... 

Last-last selamat pun redah air tu... Alhamdulillah... Skang ni pun Selancar dah okey sikit... Harap-harap takkan banjir lagi dah... Amin3...


back to top