Thursday, February 24, 2011

Bantulah Dia, Dia Memerlukannya



Dia terbaring kesunyian... Tiada teman, tiada yang peduli dan tiada siapa-siapa... Dunianya yang baru sangat asing baginya... Setelah berbulan-bulan di rumah yang selesa, dia di halau dan diletakkan di satu dunia yang tidak pernah difikirkannya... Dunia itu sebenarnya tidak kejam, dunia itu sebenarnya sejahtera lagi aman... Tetapi, hidupan di dunia itu yang seringkali mencorakkannya menjadi sampah, menjadi tempat yang amat durjana... 

Dia terbaring tanpa mampu membuat apa-apa... Dia hanya mampu menangis, berteriak sambil melolong sekuat hati, dengan harapan akan ada tangan yang sedia membantunya... Ya, dia memang mengharapkan akan ada hidupan di dunia itu yang mampu mempedulikan dirinya walaupun seketika... Teriakannya tidak membuahkan hasil... Semuanya sia-sia... Badannya semakin lemah, tekaknya umpama padang pasir yang tandus... Sudah sekian lamanya dia tidak merasai nikmat secebis makanan mahupun sesudu minuman... 

Tanpa diduga, satu dentuman yang kuat memecah kesunyian... Satu demi satu pancaran cahaya yang menakutkan muncul di balik kain hitam... Dia bertambah takut... Sudahlah dirinya tidak lagi berdaya... Hendak mengangkat tangan pun dirasakannya berat, apatah lagi mahu melarikan diri... Dia hanya berbaring dengan pasrah... Berbaring sambil berteriak lagi... Suaranya pula kian serak... 

Tiba-tiba, titisan air yang berjuta-juta jumlahnya mencurah-curah turun diselangi dengan angin yang sejuk... Dia menjerit kerana tidak tahu apa yang berlaku... Sekali-sekala, dia hampir lemas akibat tertelan air itu... Dia tercekik, termuntah-muntah... Keadaanya kian tenat... 

Tatkala titisan-titisan air itu sudah tiada lagi, dia masih lagi terbaring di situ, tidak berganjak walaupun seinchi... Fizikalnya semakin lemah, dia terbatuk-batuk beberapa kali menandakan bahawa dia sememangnya semakin tenat... Musibahnya belum lagi hilang pabila munculnya segerombolan makhluk kerdil yang mahu menganiyanya... Makhluk kerdil itu walaupun kecil, jumlah mereka terlalu ramai... Dia tidak mampu melawan, hanya mampu berteriak dan melolong tanpa henti... Makhluk-makhluk kerdil itu langsung tidak menunjukkan belas kasihan padanya yang sedang tenat... Satu badannya mula dikerumuni makhluk-makhluk kerdil tersebut yang berwarna garang... Dia dipijak, digigit-gigit oleh makhluk kerdil itu... Sakitnya hanya dia dan Tuhan saja yang tahu... 

Setelah beberapa hari berperang, dia tumpas di dunia itu... Dunia yang dipenuhi makhluk berhati busuk dan kejam... Dunia yang tidak pernah kering dengan nafsu dan pancaroba... 

Alangkah bagusnya jika dia tidak berpindah ke dunia itu!


****************************************







************************************

Patutkah mereka dilayan sebegini?

33 comments:

Waibee's said...

sedih tgok baby cmtu!

A.s.t.i.n.a said...

Saya tak sanggup tengok :'(

Menusuk Hati said...

budak tu gerenti masuk syurga walaupun mati dalam keadaan ngeri

fiza sarawak said...

cikgu bg A+++ =)

✰ bintang| HATI ✰ said...

luahan rase hati yg TERBAIK. =D.

hurm, nak kumen tak reti. coz mmg mnyayat hati dan prsaan. sgt kejam manusia yg sbgtu!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

mesti ko dah terlanjur nih... hahaha

fungi freak said...

mcm mne la seorg ibu tue sanggup n tergamak nk buang bayi mrk setelah 9 bulan mengandungkannya dan kepayahan melahirkannya....

http://www.youtube.com/watch?v=yIrlwLQPRU0

sharing this link, I just watched it last night... someone post it in FB.... I wish I never knew about this huhu... Everyone should respect their mothers... T3T

MiszCoMoT said...

jahat!!kesian baby tu.........

ashraf said...

awat mcm baik sangat je kau pagi ni? haih musykil la aku. ni nak pegi lab ke x? ngo

eylla_reez said...

kesian baby2 tu...
doa supaya siapa2 yg wt cm ni...pintu hati t'buka..

♥Kekniss Eberdeen♥ said...

dunia yang kian dipenghujung...

♥Kekniss Eberdeen♥ said...

dunia akhir zaman...

Unknown said...

manusia yg buang bayi nih mmg lebeh haiwan dari haiwan..kesian tgk baby tuhh..

Idah said...

sebolehnya saya tak mau tgk keadaan yg sadis terjadi atas anak2 kecil..tak sangggupppppppppppppp.

Mime MF said...

manusia yang wat cmni tak berhati perut..
lebih hina dr binatang..

budak kecik said...

sila bljr drpd kesilapan org sekeliling kite... jgn ulangi kesilapan yg sama

ira said...

astaghfirullah...
mntak djauhkan..

Vee El-Dina said...

org lain senang2 buang baby, yg da kawen nie punyalah menghargai kehadiran si kecil tu.. ~~hurmm~~

doyah said...

syahduuu

Dyra O.o said...

munguk.sape k0men leyh r0men. ahaaaa. uit2. mmg kjam lah mnusia skunk. na bwat cngt, jge lah ank tuh. cian bby2 ta bslah. huh

Dyra O.o said...

meng0m. spe komen leyh romen, ahahaa. uit2. mmg kjam lah manusia skunk. na bwat cgt, jge lah bby2 uh. kcian d0wam, ta bersalah. yg kt akhirat mmg d0wam leyh ms0k syurga tp kesian lah tyme d0wam kne gget ngn serangga2 bgai. ado0oii.

ezah khalid said...

giler lerr org yg buat cmni.

apiz.kamarudin said...

ya Allah...tarik nafas pnjng2 aku tgk gmbar2 ni...
patut di bunuh je manusia yg bersifat lebih teruk dr haiwan ni..

SyahmiFikri said...

seriusly..

bengang tul aku ngan golongan2 yg buang bayi nie.. haishh!!

dah takde keje lain agak nya.. hampeh!!

al said...

x smpai hati tgk baby yg comel tu dibuat mcm nih..

Anies Anessa said...

aku tak sgop tgok bayi2 tue...
mnusia jnis apa tah buang anak seniri...pndai buat tp xpndai jga...

Maya Liyana Yahya said...

sedeh bace entri ni..T_T

Anonymous said...

luahn hti ni klu wt ikln kt tv bgus gak..

si ngokngek said...

sedih tgk baby..kejam betol manusia skrg

Plain Jane said...

rase Insaf tgk

toyolkiut said...

patutnya orang yg sanggup buat mcm ni kita sembelih je ia..

Kak Long said...

mmg tak patut.. lebih tak patut lagi, hubungan haram. kalau tak buat, takkan jadik mcm ni..

Anonymous said...

simpati.. sedih nengok..
tp mslah ni mcm xde penghujung nye...

back to top