Mendung cuaca pagi ini.
Burung-burung berkicauan riang, rumput-rumput segar menghijau, angin pula
bertiup secara bersahaja, macam dah tak ikhlas nak jadi angin. Kelihatan Pak
Tungkit sudah bingkas bangun dari tidurnya. Namun, air mukanya jelas
mempacarkan satu kebimbangan. Keluh-kesah, entah apa yang bermain di benak
fikirannya. Pak Tungkit mendongak, langit mula dipenuhi awan hitam, sebentar
lagi mungkin akan hujan. Bininya, Mak Radiah masih belum bangun.
Mundar-mandir Pak Tungkit
berjalan. Sekejap ke depan, sekejap ke belakang. Sekali-sekala dia mengusap
janggut panjangnya. Hendak bersarapan pun dia tidak lalu, inikan pula mahu
mandi pagi. Di waktu ini memang airnya sangat sejuk. Jarang sangat Pak Tungkit
mandi kalau airnya sejuk. Pak Tungkit meneruskan renungannya sebentar tadi.
“Menung mendenya tu bang? Dari
tadi macam bangang aje saya tengok”, tegur Mak Radiah yang baru bangkit. Pak
Tungkit terdiam sejenak, kemudian mula bersuara, “Yah, tahun ni abang punya
turn Yah”. Wajah Mak Radiah serta-merta berubah, kelopak matanya bergenang,
diikuti dengan tangisan teresak-esak. Pak Tungkit memeluk isterinya itu dengan
penuh kasih mesra.
“Nanti jaga anak kita baik-baik Yah.
Abang sayangkan Yah taw”, Pak Tungkit bercakap dalam nada sebak. Mak Radiah
masih lagi menangis, tiada satu perkataan pun yang mampu dituturkannya. Matanya
merah pekat, tidak pernah dia menangis sebegini rupa. Dipeluknya Pak Tungkit seerat mungkin, seperti tidak mahu melepaskannya sampai bila-bila.
*********************************
Itulah antara perbualan terakhir
di antara Mak Radiah dan arwah suaminya, Pak Tungkit yang telah pun selamat menjadi
korban raya. Semoga kisah dua ekor kambing ini dapat memberi pengajaran kepada
kita semua bahawa cinta di antara kambing pun sama hebatnya dengan manusia. Sekian.
33 comments:
grr
mula tu aku da bayangkan org tua bersongkok.
kambing ghupenya
adehh.. ku ingatkan ape la tadi..=.='
macam celakanya cerita wahahahahaha
bolley x nk mencarut jap di bulan pose ni.... tipah tertipu haiyak!!!
Hahah ceh aku ingat sbb turn balik raya. Hahaha
wey..bongok laaaaa!! ha ha ha ha ha
aaaaaaarghhhhh..
lambing rupe nyeeee..
siap bole berpeluk mesre...
Sesungguhnya lu mmg cibet! Beriya dah wa baca. Siottt ahh!
hohoho...
lama xde post baru..
kuikuikui..
kelakor tapit...
salam ramadhan al-mubaraq..=)
nape bLog ayeem ayam di private kan..huuu
puih
ingatkan betul laa tadi.
keh9i99
ishhh... baru nak feeling tadi tau...
even kambing , tapi aku baca still lagi rasa sedih
cibai -,-
ahhhh aku benci!!
apsal aku selalu tertipu
dipikirin orang.eh rupanya kambing
benci benci benciiiii
Wakaka, ingat kan ape la tadi.
ingatkan orang tadi... -_-
Salam kenal. Akak salah seorang yang telah kamu menglembukan....hahahah
hahaha..menjanda le kambing tu..
cis .. cinta kambing rupa nya.. buat suspen aku je ..
hahaha...pak tungkit2!
adehh -_-
adeh.. sedih plak bace kisah dorang nih.. sobsssobsss
Kad raya utkmu
http://norgadis.blogspot.com/2012/08/selamat-hari-raya-2012.html
ciss!
kah kah kah...sial! kambing rupenya..gua sangkakn naga td!
hok alohhh!
memang menglembu betul lah baca menda nie..
ape ko merepek ni syaitan!
nice post :)
ditunggu kunjungan baliknya yaah ,
haha ok..mula-mula dh bayangkan org tua dh.
oi! sebulan lebih dah ko tak update blog! mana ko menghilang syaitooon!!
Orang lain study jugak ada final,tapi update jugak blog!
Post a Comment