Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru, Cikgu



16 Mei merupakan tarikh yang bermakna untuk semua warga pendidik seluruh negara... Selamat Hari Cikgu aku ucapkan kepada mak ngan aboh aku sendiri dulu sebab mereka memang kerja sebagai cikgu... Selamat Hari Guru sebenarnya kurang sedap bunyinya dari Selamat Hari Cikgu... Hik3

Masa aku sekolah rendah dulu hadiah yang tak pernah miss aku bagi kat cikgu-cikgu aku tak lain tak bukan pen merah lah... Selain jimat duit, hadiah tu sebenarnya sangat menguntungkan cikgu-cikgu sekalian... Tak payah beli pen baru nak buat menanda, ye dak? Sekarang dah zaman moden terlampau ni aku taktaw lah budak-budak bagi hadiah apa kat cikgu diorang... Mungkin I-Phone sebijik? Speaker Altec Lansing? Bagi I-Pad? Jangan bagi pad Libresse tu dahlah...


Dalam ramai-ramai cikgu yang pernah ajar aku kat sekolah, cikgu peberet aku ialah Puan Rahayu Mohamed... Ni cikgu add math aku masa kat Integrasi Kuantan dulu... Dia lah cikgu yang paling tak pernah give up nak ajar aku yang sememangnya lembu dalam bab mengira ni... Masa form empat dulu, add math aku pernah dapat 3 per seratus... Hebat kan? Kalau bukan sebab cikgu Rahayu ni, memang markah camtu lah aku akan dapat time SPM... Trimas cikgu... 

Aku cerita pasal cikgu Rahayu ni bukan bermakna cikgu-cikgu yang lain tak bagus... Bagi aku semuanya hebat-hebat... Bukan senang nak jadi cikgu ni sebenarnya... Masa kat sekolah dulu pun, aku suka main kejar-kejar ngan cikgu... Tapi, cikgu jelah yang kejar aku... Aku tak pernah pun kejar diorang... Tak adil kan? Grrr


Antara denda yang aku pernah kena dulu:
- Lari keliling padang pakai baju batik
- Pumping
- Sebat buntot
- Sebat tangan
- Diri atas kerusi
- Tarik sideburn
- Tarik misai
- Public canning

Apa-apa pun, Selamat Hari Cikgu kepada semua warga pendidik Malaysia... Moh le kita dengar lagu Kami Guru Malaysia... Kemah boh lagu ni... Hik3


Sunday, May 15, 2011

Amir Maha Lawak - The Living Legend



Nama: Amir Maha Lawak

Umur: Untuk kitew-kitew aje

Hobi: Diketawakan, suka mintak maap tak pasal-pasal dan suka pakai kot 

Kebolehan: Kalis maki, suka ke laut, suka lupa skrip dan berkemampuan 
mengundi diri sendiri

Idola: Mamat Khalid

Slogan: Aku punya lawak, aku je yang paham 

Pencapaian
- Anugerah Diketawakan Penonton Paling Ramai
- Juara Karaoke Bintang Kecil
- Anugerah Manusia Yang Paling Disayangi
- Peserta Aktiviti Berkhatan Beramai-Ramai Sg. Golok
- Model Topman dan Padini
- Anugerah Kanak-Kanak Terulung Tadika Kemas
- Johan Pertandingan Kolaj 2009
- Naib Johan Pertandingan Layang-Layang
- Bakal Juri Akademi Fantasia
- Bakal Pemenang Imam Muda

back to top