Saturday, April 10, 2010

Mari Merempit Bersama Farid




Malaysia sering kali gempar dengan kes ragut oleh mat rempit... Mat rempit yang semakin berani meragut, melepak, duduk atas motor lama-lama, membelasah, bawak moto laju-laju, dan juga melanggar kon warna oren hak milik JPJ... Saban hari, semakin ramai anak muda yang telah mendaftar sebagai mat rempit...

Persoalannya, kenapa makin ramai mat rempit di bumi Malaysia ni? Tepuk dada, tanyalah Farid Kamil dan Ahmad Idham... Itulah dia pengarah muda yang dikatakan berbakat besar... Berbakat besar dalam melahirkan lebih ramai mat rempit di Malaysia ni... Sebenarnya Farid Kamil berniat mulia... Dia sengaja nak melahirkan ramai mat rempit biar polis ada kerja... Kalau Malaysia takde kes nanti polis-polis ni semakin maju ke depan... Ye, mengandung tak beranak-beranak... 

Yang terbaru, paper hari ni, dua motor kejar sorang mak cik umur 63 taun sampai rumah, bawak parang panjang... Siap panjat pagar rumah lagi tu... Punyalah tinggi semangat ragutan mereka sampai nak kejar balik rumah... Ni mesti kes baru tengok filem-filem rempit... Filem-filem tu kiranya tunjuk tutorial je, mereka pun praktikkan lah... 

Wajar ke filem macam ni ditayangkan? Orang kita dah lah senang terpengaruh dengan media... Tunjuk iklan Vitagen, budak-budak dah tak duduk diam... Tunjuk iklan Power Root, bini kat rumah dah naik bilik...

Poster yang ni dah kene banned... Sebab terlalu seksi, katanya lah.. Orang-orang yang tapis filem tak luluskan poster ni... Tak bermoral agaknya...

Poster yang ni telah diluluskan... Camnilah orang-orang tapis filem nak... Alhamdulillah... Tahniah Farid Kamil... 

6 comments:

ashraf said...

saya menyokong sekeras-kerasnya pendapat anda. tanpa farid kamil, shahrizat, rosmah dan c4, malaysia sememangnya tak akan popular seperti sekarang.

SYABAS!

Kira said...

hidup C4~!!!

Faiz Tapit said...

jom C4 jambul syahrizat

Corazon said...

C4~~ apekah?

btw, wa tabek spring same awek mlayu yg tayang bontot xmantap dy tu.. n barang xsemenggah dy tu..

n wa tabek tiga calet kt penapes2 hampas kelape tu pasal luluskan yg hampir nk tunjok hat depan punya.. apsal xlulus tnjok blkg? apsl llus tnjok dpn?? wakaka.. pker sdri~ psl dorg pon maw tgk ape... hihi

Faiz Tapit said...

C4 tu name bom lah...
yg kes altantuya dulu tu

eicahaha said...

yeah...
aku sokong keikhlasan kau puji dorg...

back to top