Wednesday, April 14, 2010

Tips - Tips Exam Yang Baik






Sempena musim periksa ni, aku nak share sikit tips-tips sebelum dan semasa exam dengan sahabat-sahabat semua... Kalau nak berjaya dalam hidup kenalah berjaya dalam exam, tak gitu?

Tip Sebelum Exam Yang Perlu Anda Ikuti:

1. Kalau anda adalah seorang yang pandai dah, tak payah study... Kalau nampak orang lain tengah study, ejek die sampai nangis... Tapi, kalau anda adalah seorang yang bebal dan dungu, rajin-rajinkan diri membuat toyol kerana ini akan menjamin masa depan anda...

2. Ambik slip exam cepat-cepat... Kalau anda dengki dengan kawan yang dah pandai, curik slip exam beliau beberapa minit sebelum exam dan bakar terus... Bila dia menggelabah, ketawakan sekuat hati sambil tunjuk slip exam anda... Jangan sampai tersilap bakar slip exam sendiri...

3. Curik alat tulis dekat kedai yang berhampiran... Kalau kantoi, bawak kes itu ke mahkamah... Sogok tuan hakim dengan gambar-gambar hot Nora Danish..

4. Jika anda terfikir nak study, hentikan niat tersebut kerana banyak lagi benda yang lebih menyeronokkan seperti mengutuk orang dalam blog dan membuat status yang menyindir di facebook...

5. Sebelum exam, pikirlah bila anda nak repeat paper tu balik... Ini dinamakan sebagai critical thinking...

6. Kitar semula buku-buku yang anda benci dengan segera... Bila buku-buku tu dah hancur, anda akan rasa segar dan lebih bermanfaat untuk terus hidup...

7. Jika anda study tapi tak paham-paham jugak, pandanglah cermin dan cakap, "ko memang bengap!!" Jika anda terasa dengan kata-kata itu sendiri, anda memang bodoh tak macam orang...

8. Kalau nampak orang tengah study, pukul dia sampai puas... 

9. Jika terasa malas nak study, jumpa tok bomoh dan mintak toyol sekor... Jangan mintak Ju-on sebab dia tu macam baru nak ambik UPSR...

10. Sebelum exam, tidur selewat mungkin.. Ini penting untuk mengisi masa lapang semasa exam nanti..

Tips Semasa Exam Yang Perlu Dilakukan:

1. Masuk dewan exam dengan muka berlagak habis dan hentak meja kuat-kuat selepas duduk... Ini menunjukkan anda yakin dengan kemampuan sendiri dan mencemaskan rakan-rakan yang lain...

2. Bila exam dah start, ketawakan kuat-kuat kasut yang dipakai pengawas peperiksaan... Ini perlu untuk menjatuhkan maruah mereka...

3. Bila dewan exam dah sunyi, jerit, "gol! Hobin jang hobin!"

4. Semasa exam berjalan, pandang pengawas peperiksaan yang pempuan sambil buat muka berahi sampai dia rimas, diikuti dengan pergi ke toilet beberapa kali....

5. Bila pengawas exam menjenguk-jenguk kertas anda, lukis muka beliau atas kertas dan buang kahak atas tu...

6. Bila anda tak tau nak jawab apa, tanya pengawas peperiksaan tu jawapan nya... Kalau dia tak bagitaw, tampar kuat-kuat...

7. Kalau anda blur, tulis balik soalan kat kertas jawapan dan maki pembuat soalan...

8. Pergi masuk exam paper lain dan marah-marah sebab tak paham soalan langsung...

9. Kalau orang sebelah anda lelaki, bagitaw dia yang dia nampak cantik hari ni... Tanya dia pakai warna apa pastu ajak tengok wayang sekali...

10. Kalau anda kantoi meniru dalam exam, buat muka tenang dan macam takde apa-apa berlaku...
My life is mine, not yours, eshol~!!!


29 comments:

+d.O.Y.A.h+ said...

great paiz!!

Anonymous said...

sumpah kelakar =)

Faiz Tapit said...

ikotla step2 ni utk bjaye
wahahah

ashraf said...

es hol

nur hidayat rahmat said...

bongok!!!dah agak dah!!!mesti tips nak gagalkan org pnyer..haha

Anonymous said...

adoiyai... kawan2 kalo ikot tips paiz ni dan kiter x brjaya gak, kiter sembelih dia wat rendang... hahaha

Faiz Tapit said...

blom cube blom taw la... haha

Hfz A. said...

sumpah aku rasa macam bangsat semua step2 ni.
hahaha.
tapi part es hol terbaaaiikkk!

Faiz Tapit said...

eshol!!
kah3

Anonymous said...

aku da terbayang mcmn kalau aku duduk dlm exam hall pastu jerit 'golll!!!' tu.haha.

es hol.

aL-kiSah Se0rAng BelLa said...

aku gelak sampi nangis bace entry ni...haha

aQi + GenGkey said...

bako slip exam org laen btol2 cari geng same2 x lulus t..
hahaha..:D

dieba dbot said...

bengong tol..haha

Anonymous said...

minta share photos

Miss Selfridge said...

ceh pedajai org ja hg tau! hahahahahaha

nohfee said...

hahaha. aku agak pelik at first bile tengok "tips exam yang baik" kt post fb ak. ak macam "wah... faiz tapit bagi tips laaaa"
suddenly.. mak aiiihhh budak ni. hahaha. study week yg bosan ek faiz?

nohfee said...

hahaha. aku agak pelik at first bile tengok "tips exam yang baik" kt post fb ak. ak macam "wah... faiz tapit bagi tips laaaa"
suddenly.. mak aiiihhh budak ni. hahaha. study week yg bosan ek faiz?

sharifah said...

hehhe...aku rase sape yg follow..mmg makan tapak kassot kot....:P terbaaekkk looo

sharifahsweety said...

hahah...sumpah sape ikot...
mmg makan tapak kassot la...
terbaaekk loo~

LediScaLateSss said...

mmg lawakkk ahHhhh!
ahahhahaha !

SkEMmAtiXx said...

sy nk share ni kt dlm blog sy blh x???

Faiz Tapit said...

boleh, tapi creditkan ke blog ni ye

yaya alia said...

esholl!!!! *sambil terbersin =..='

Yasmin Aris ♥ said...

hahahahaha :DDD
Tak henti gelak .
Terbaikkk !

Hashira Yusoff said...

sengal..ni menhancurkan masa depan namanya! hahaha...

-->Hashira Yusoff

Daisy Dee said...

akan sye praktikkan. sekian~

Anonymous said...

haha..tips yg lukes muke pngawas ngn ludah kahak plg bes.pantang benor aku kalo beliau duk intai2 paper aku hahaha

aimi said...

kalo aku ikut mst mak aku naik darah tgi nt :P

miza&tummy said...

aku no 4 dan no 1(bkn yg cendekiawan laa...yang dungu tu)...pastu ske menyindir kat facebook...busuk kan hati aku...

back to top