Tuesday, May 31, 2011

Blog Karim Gonjol



Aku nak bagitaw yang aku dah ada blog yang ketiga... Selain blog ni dengan Tree Sum, blog lagi satu nama beliau Karim Gonjol... Blog ni baru berusia lebih kurang 3 hari... Follower pun baru 32 orang... Sebenarnya aku memang taknak bagitaw sape-sape pun tapi dah ramai sangat kantoikan... Grrr

Kenapa mesti Karim Gonjol? Ada maksud dia, nak taw bayar dulu... Blog ni aku saja buat untuk update entri pendek-pendek dan sempoi... Ayat-ayat memang takde tapis-tapis langsung... Hik3

Mari tengok sini, KARIM GONJOL... Header blog ni 100% hasil kerja aku... Jauh lagi semat dari blog Ayeem Ayam tu... 


P/s: Jom tengok Blog Singgit pulak... Yang ni serius bukan blog aku... Nak promote sikit... Hehe

Monday, May 30, 2011

Lembu Gerak-Gerak



Heheh. Header aku... Dah boleh gerak-gerak... Heheh

Terima kasih Bapak Ayam sebab tolong buatkan header untuk aku... Kalau suruh aku buat sendiri memang sampai mati lah aku tak tukar-tukar header lama tu... Heheh

Nyah kau dari sini!

Eh, header kau orang macam mana? Boleh gerak-gerak tak? Kah3


Inilah si bapak ayam bersama idola beliau

Punca Team Iblis Merah Kalah








Keputusan penuh: Barca 1 - 37657857966 Man U 

P/s: Yelah, yelah. Aku ngaku Barca memang power gila... Ahhh

Thursday, May 26, 2011

Belajar Berbahasa Dengan Cikgu Tapit


Hari ni kita akan belajar pasal simpulan bahasa ye sahabat-sahabat 
sekalian... Pada waktu lain mungkin kita akan belajar pasal peribahasa 
pulak... Sape yang taknak belajar tu kita simbah asid kat telor dia... Hik3

Ayam Tambatan

Panjang Tangan

 Buah Tangan

 Kaki Bangku

 Otak Udang

 Alas Perut

 Alim Kucing

 Ambil Hati

 Anak Emas

 Membabi Buta

 Telinga Kuali

 Harga Diri

Jagalah harga diri masing-masing... Jangan nak masuk contest Pencarian Jejaka Sweet Dan Wanita Bertudung pejadah sume tu... Jangan jadi bangang terkinja-kinja suruh orang like gambo kau orang tu... Paham tak? 

Monday, May 23, 2011

Burung Saya Yang Kuat Marah



Burung Merah
-Power setakat cukup makan je
-Takde kuasa macam burung yang lain
-Warna merah yang cantik

Burung Telor
-Kuasanya pada telor
-Telor beliau boleh meletup
-Mata selalu kuyu
-Tak comel langsung

Burung Laju
-Kuasanya boleh terbang laju-laju
-Power boleh tahan
-Bunyik dia agak kiut

Burung Adik Comel
-Burung paling kecik
-Mungkin kepunyaan kanak-kanak tadika
-Kuasanya boleh pecah jadi 3 ekor burung yang sama
-Bunyik pun kiut gak

Burung Boomerang
-Kuasanya boleh patah balik macam boomerang
-Burung paling tak best
-Aku benci beliau

Burung Negro
-Kuasanya bapak power
-Boleh letupkan batu dengan mudah
-Paling kuat dalam sejarah burung
-Berwarna hitam, mungkin kepunyaan abang negro
-Burung yang menjadi idaman setiap lelaki

Burung Gemok
-Kuasanya agak power
-Antara yang paling kuat
-Merupakan burung paling debab dan takleh terbang jauh


Ni pulak musuh-musuh burung





Aku sekarang dalam proses abeskan game ni kali kedua... Hik3

Sunday, May 22, 2011

Bosan Cegampang



Rutin harian aku sekarang macam cilake... Bangun tido, mengelamun, bukak pesbuk, balas-balas poke orang, komen-komen, bukak twitter, reply tweet orang, pastu baring semula... Dari pagi sampai malam dan dari hari ni sampailah esoknya, dan esoknya lagi... 

Sekarang aku tengah buat short sem... Sebab tu orang tak ramai kat UKM ni... Subjek aku ambik pun 2 je... Kelas 4 kali je seminggu... Kalau tengah boring sangat, aku saja pasang lagu kuat-kuat... Biar orang lain bengang... Tengah takde keje carik pasal ngan orang lain pun seronok jugak... Hik3... Nak keluar berfoya-foya tak ingat dunia pun tengah pokai... 

Arghhhhh............

Saturday, May 21, 2011

Kembalilah Padaku Sayang



Cuaca di luar mendung... Mahu hujan barangkali, getus hati kecilku... Aku biarkan ekor mataku melilau sekeliling... Pandanganku terarah kepada sepasang burung yang sedang bermadu kasih di sebatang pohon yang rendang... Aku luaskan bukaan jendela untuk perhatikan gelagat mereka... Alangkah bahagianya... Hidup mereka bagaikan tidak langsung dirundum kesedihan mahupun sebarang lintangan aral...

Di saat aku menoleh ke arah lain, pasangan bahagia itu sudahpun berlalu pergi... Aku termenung... Pilu... Di kala itu, aku cuba untuk tidak menangis lagi... Hatiku telah hancur dicarik-carik bahana seorang manusia yang bergelar perempuan... Seorang lelaki tidak akan menangis kerana seorang perempuan melainkan kasihnya terhadap perempuan itu terlalu suci... 


Aku terduduk di atas katil... Seorang diri, tiada berteman, tiada si peduli... Hendak dipejamkan mata, tidak keruan pula jiwa ini... Aku masih tak dapat menerimanya... Pengorbananku selama ini sia-sia, kenapa mesti ini yang aku terima? Ku berikan bunga, kau balasnya dengan racun jiwa yang lara... 

Aku kembali menatap keratan itu... Ku bacanya tanpa jemu, ku lihatnya berkali-kali... Sampainya hati kau membuatku begini...



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Lisa, jika kau masih menyayangiku, kembalilah padaku sayang..............

Friday, May 20, 2011

Pengalaman Tak Indah Bersama Makwe









Di malam hari...

Keesokannya...

Wednesday, May 18, 2011

Tragedi Wrestling Di Sekolah


Masa kat sekolah dulu, aku suka wrestling... Sahabat-sahabat aku ramai jugak yang gemarkannya... Dia orang sume panggil aku Batista... Kenal tak Batista? Batista tu badan dia sebijik cam aku tahu tak? Hik3... Tapi sekarang ni badan aku dah macam Rikishi Phatu... Tak kenal jugak? Hampeh betul la... 


Kami dulu mana boleh tengok tibi sesuka hati mak abah kami je... Pukul 12 malam sume bilik dah wajib tutup lampu... Takde life lah beb kena tido awal... Jadi kami yang sangap nak tengok wrestling ni terpaksa buat gelanggang wrestling sendiri... Caranya mudah je, hanya perlukan beberapa sahabat yang nak main wrestling, beberapa bijik tilam kat lantai dan yang paling penting sekali, beberapa orang kanak-kanak junior yang dipilih secara rawak... 

Macam-macam skil yang kami aplikasikan sewaktu wrestling ni... Thompston Piledriver, Batista Bomb, FU, F5, skil Rey Mysterio sume kami guna... Yang lagi best, sumenya buat kat kanak-kanak junior... Mereka dipaksa berbaring di tilam dan menunggu abang-abang senior lompat dari katil double decker... Oh, indahnya... Siapalah kami tanpa mereka... Memang banyak betul jasa dan pengorbanan adik-adik junior ni... Tapi, lebih kepada pengorbanan sebenarnya... Hik3


Pernah satu malam, tatkala tengah huru-hara membanting budak, ada warden lalu... Perghhh, daripada wrestler terus bertukar kerjaya sebagai pelarian... Tak lari mau berbirat punggong woi... Yang paling best dulu, budak-budak yang wrestling ni sume nya sempat lari, si Azami Gile yang tak main langsung pulak kena sebat... Nak buat cane, dah rezeki beliau... Hik3

Tapi, kenangan yang paling gila bila main wrestling ni time si Asyreeq Tikoih buat frogsplash... Frogsplash ni kiranya kena lompat dari atas katil tu sambil wat skil lah... Dia ni pergi lompat pastu salah landing... Taw apa jadi? Tangan beliau patah... Dia menangis kesakitan pastu suruh aku urut... Gila ke apa... Aku terus lari bila tengok tangan dia... Hik3 


Sekarang aku dah bersara dari dunia wrestling... Tapi WWE Divas tetap di hati... Hik3

back to top