Untuk satu pertandingan yang berprestij, mesti ada anugerah-anugerah khas buat para pemain... Mari tengok apa anugerahnya...
Anugerah Pelengkap Bilangan Pemain : Wayne Rooney (England)
Pencapaian ini merupakan pencapaian terbaik Rooney dalam kariernya... Setelah duduk saja-saja dalam padang selama mungkin, Rooney telah melonjakkan nama England ke tahap tertinggi, yang akhirnya mengaibkan Jerman kerana hanya mampu membelasah England sekadar 4-1...
Anugerah Muke Emas : Bakari Sagna (France)
Setelah berjaya menggondol Anugerah Pemain Terkacak EPL, Sagna telah membuktikan bahawa kekacakan beliau tidak hanya di England, malah di seluruh dunia juga... Namanya yang sangat bersesuaian dengan kulitnya telah memikat hati jutaan gadis seluruh dunia sehingga ada yang menggelarnya,
'The Ultimate Face'
'The Ultimate Face'
Siapa yang tak kenal penjaga gol England ni? Namanya akan sentiasa disebut-sebut dan dikenang para penonton sedunia kerana ketangkasan, kelicikan, keazaman yang tinggi serta sedikit kecekapan...
Anugerah Grammy Award : Cristiano Ronaldo (Portugal)
Pemain termahal dunia ini bukan sahaja pandai mengawal bola, malah turut memiliki bakat lakonan yang mantap di atas padang... Bakat lakonannya dikatakan mampu menyaingi pelakon berbakat serba besar, Adibah Noor...
Anugerah Pawang Durjana: Paul The Octopus (Laut Mati)
Seperti yang diketahui ramai, seafood ni telah menjadi bomoh terhandal semasa World Cup... Ramalannya tak pernah salah tapi bukan bermakna ianya pandai... Paul sebenarnya sekadar watak sampingan tapi namanya tiba-tiba melonjak naik...
Anugerah Iklan Paling Serabut: MYEG
Kalau tengok tibi tiap hari ada je iklan ni... Siap ada lagu sendiri tu... Tapi, tak sedap pun...
Tiga orang penting Argentina ni sememangnya hebat di atas padang tapi mempunyai masalah tak cukup inchi atau dengan kata lainnya, pita pengukur yang terlalu panjang...
Anugerah Senyuman Paling Menawan: Tevez (Argentina)
Bagai pinang busuk dipotong tak lut... Tevez sentiasa memberikan senyuman ikhlasnya ketika bersama makwe manisnya, Nur Betty...
4 comments:
bergetar kuntulku membacanya
tu bru kool-dud
hohoho...kalo lah wujud award2 tuh....mmg meriah la 1 dunia..
tw pn.. heheh
Post a Comment