Thursday, March 25, 2010

Koleksi Lawak





Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;

Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Maid : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya

....................................................................................................

Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak.......

Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan....

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut...........

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.....

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut....

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."

.................................................................................................


Si anak bersuara "hah! buat pe tu!!"
dan si ayah pon mnjawab "diam! nak adik bru tak??!!"
dan si anaknya pon terdiam smbil mengangguk tandenye bersetuju...
kemudian ayah dan ibunya mengajak anak nya bermain di bawah apartmen..

setibanya di bwah..
budak kecik tu mengambil sebatang kayu kecil dan pergi kat moto ayah die dan menjolok lubang ekzos moto tu dgn kayu tadi..
si ayahnya pon heran dgn kelakuan anaknya itu lalu berkata "hah! ko buwat per tu??!!"
dengan lantasnya anaknya pon menjawab "diam!! nak moto baru tak??!!"

......................................................................................

Suatu hari..seorang Makcik menyewakan salah satu biliknya
untuk seorang pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer..
Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la..
Malam tu..
Time penyelidik tu nak mandi..maklum ler bilik air kampung..
Dah tu dia tu..hensem lagi..muda lagi..
Makcik tu pun "semacam" ler..dia pun nak pi ngendap si anak muda nie mandi....
Makcik nie kantoi sekali..oleh pemuda tu..
Kali keduanya pun kantoi...nak ngendap nie..
Kali ketiganya..pemuda tu naik bengang dan bagi warning..
" Kalau makcik ngendap saya sekali lagi...saya rogol makcik!!!"
Kemudian..makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata...

" JANJI TAU..!!"..

...................................................................................

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,

Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati

Amin. : Shan Kenapa menangis?

Amin : Saya datang untuk ujian darah.

Shan : Awak takut ke?

Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka

telah terpotong jari saya.

(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?

Shan : Saya datang untuk ujian air kencing…

.......................................................................................

Pada 1 musim haji dimana sepasang suami isteri pergi ke Tabung Haji utk menguruskan pemergiannya ke Mekah. Dipendekkan cerita, mereka kenalah isi borang. Yang jadi masalah kpd mereka, borang tersebut dalam bahasa ingeris. Si suami ni tak tahu menulis tapi fahamlah sikit sebanyak Inggeris tu. Maka si isterilah yg perlu mengisi borang tersebut, tetapi si isteri ni tak tahu pulak bahasa Inggeris.

isteri: bang, name ni amenda?
suami: name tu ko tuliskan nama kita.
isteri: adress pula?
suami: ko tulis alamat kita mak e.
isteri: age nya pak e?
suami: umur ko dan akulah mak e.
isteri: sex?
suami: hai itu pun mereka nk tahu juga ke mak e?
isteri: dah di tulisnya kat sini kenalah isi pak e nya.
suami: klu macam tu ko tulislah 13 kali seminggu mak e.

.....................................................................

Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercengkerama'.

Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gementar.

Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara.

"Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab."

"Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada YANG DIATAS, " jawab si lelaki..

Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!"

...................................................................................

Tahun lepas sainitis Russia korek tanah
sedalam 100 meter, diorg terjumpa la
kesan wayar copper yg berusia 1000
tahun… and membuat kesimpulan bahawa
nenek moyang mereka ade telephone
network… .woo bes..

Pas tu, saintis Amerika tak puas ati,
diorg pun korek gak, sedalam 200
meter… diorg lak terjumpe talian fiber
optic lama yg dipercayai berusia 2000
tahun… lalu membuat kesimpulan, org US
1000 tahun lagi advance dari org Russia
dalam komunikasi telefon yg lagi canggih
dari diorg… ..pergh canggih…

Saintis Malaysia plak try try gak, diorg
korek sedalam 500 meter… pastu diorg
report la, diorg tak jumpe ape2… ..so
diorg wat kesimpulan; 5000tahun dahulu
nenek moyang org melayu sudah tahu
menggunakan teknologi wireless!

4 comments:

eicahaha said...

bpk ah...
siot gile ko nih...

MissAinia said...

hahhahah suka suka !

adybbab ;O said...

HAHA.lawak laa weyy..loklaq pon ada.hahaaaa

EYDA REINOKU said...

haha..lawak2
:p

back to top