Thursday, March 18, 2010

Comel Atau Mintak Dipijak?








Jika ditanya kepada para jejaka di luar sana, semestinya ramai yang sudah maklum dengan perkataan 'gedik'... Gedik membawa maksud 'pijaklah saya'... Jadi jika ada gadis-gadis yang nak menggedik di luar sana, bagi jelah apa yang patut... Aku ni bukannya gay tapi aku memang tak suka langsung dengan cara sesetengah gadis bergambar...

"Okey you alls! Nak ambik gambar ni" Secara automatik dan tanpa disuruhnya, pipi-pipi dikembungkan, mulut-mulut dijuihkan, buat peace kat pipi, mulut disengetkan 45 darjah sama ada belah kanan atau kiri (ikut kesesuaian), kepala disengetkan sana sini dan macam-macam lagi posing yang sememangnya mengerikan...

Lepas je ambik gamba, "alah, tudung tak jadilah!" , "alah, pipi saya tak cukup kembung lah!", "alah, tak ready pun lagi!", "eh! apsal saya tak cun?", "alah, mulut saya terlebih senget lah!", "alamak, gigi saya jongang rupanya" Comelkah begitu? Ketuk dahi, tanyalah cermin...

Lagi satu aku nak cite, gadis-gadis ni memang pantang sungguh nampak cermin... Cermin kereta, cermin kedai, kat botol kaca pun jadi! Nak betulkan tudunglah, betulkan rambutlah, bra salah parkinglah, pipi tak kena mekap lah, terbubuh gincu kat telinga lah...

Pernah satu ketika, masa tu mak aku pergi shopping kat kedai tudung.. Aku hanya duduk dalam kereta aje... Tetiba, muncul seorang gadis ni lalu kat sebelah kereta aku... Tingkap kereta aku tu dah tinted, so memang gelaplah sikit kan... Tapi, gadis tu boleh pulak patah balik dan terus mengadap kat cermin tempat aku duduk... Aku dah nervous, mata kami saling bertentang... 

Aku mula control macho... Pastu aku dah pelik... Nak betulkan tudung je ke minah ni? Cegampang! Die tak sedar rupanya aku tengah ada kat dalam... Cermin gelap kan.. Tengah beliau seronok mencermin, aku tekan hon kuat-kuat... Piiinnn!! Terkejut berok minah tu, bukan setakat macam kena belacan, tapi dah macam kena sula ngan penyapu... Kah3! Sape suruh taknak ngorat aku lagi... Tu lah pengalaman terbaik aku time teman mak aku shopping...


Lagi satu hal, pompuan ni memang sejenis hidupan yang komplikated... Dalam handbag aje, ade dompet, henset, tisu, macam-macam kunci, barang kemas, barang-barang mekap, buku bank, barang-barang mekap lagi, dan barang-barang mekap... Nape tak sewa van mayat terus je tiap kali nak keluar? Hik3 

Tapi, perempuan memang dijadikan begitu tak lain tak bukan, kerana nak melengkapkan hidup seorang lelaki... Mana-mana kekurangan lelaki akan ditampung dengan kelebihan yang perempuan ada... Jadi, bersyukurlah dengan diri masing-masing kerana kita saling memerlukan dan bergantung antara satu sama lain...


27 comments:

paeKuMuk! 바이잔 said...

huh!! that's us..xleh nk prtikai kn lg..
by the way nice pix..taw 2 km0o..ngee~

Faiz Tapit said...

halamak........... kntoi... haha

AiraEzaira said...

hahaha..awk sengal!!...^^
but pic tu comel la weh!!hahahah..:D

Faiz Tapit said...

mstila comel.. hahah

Anonymous said...

nice story..:)
tp smmgny itu la kami..
P.E.R.E.M.P.U.A.N..:)

Faiz Tapit said...

heheh... tw2

ir_nauf said...

wei.. aq baca posting ni gelak sakit perot tau.. bab nko hon tu.. memang x menahan.. haha,. boleh imagine.. sirius.. hahaha..

Faiz Tapit said...

hahaa... seronok beb tgk die terkinje2

eiyra said...

well...itu r kami....huhuhuhu

Anonymous said...

tu pic ko! sah sah kat burhan!!!

SukaHatiAkulah said...

itu G.I.R.L name nye..kalo x lawa usah kateb laki nk pndg..silap2 ari bulan laki siap gelak kn kmi..tdung senget!!hua3..

Selikat Coklat Berbicara said...

huhu , normaL Laa . wanita .hhuhu

nadia said...

haaa..itu tipu..ak kuar bwk kunci umah, duit doploh hinggit ngan enset jer...t ta bwk enset mmbe serumah ak bising mcm na kiamat da..

Aku budak engineering said...

aku tak mekap aku tak de handbag aku tak betulkan tudung setiap kali lalu kereta orang. perempuan ke aku?

fAiRy PrInCesS said...

yyeeeaaaa... aku bsykur dlahirkan sbgai seorg pmpuan. ske sgt. leh make up2 dll.

gEe said...

wlaupun sy perempuan, sy stuju sgt ngan entri ni. haha! nyampah, lg2 bab b'gmbar tu..

xynophillious said...

aq xpernah ad handbag pun...kuar bawak wallet n nset je...n aq pmpuan gak..hahaha

EIGHT IS SAMANIAH said...

aku kuar bwa wallet n enset je..pastu incik pakwe gelakkan sbb aku simpan mende2 tu dalam poket..tiap kali kuar msti dia ty, awak nk beli handbag x..OMG, seumur hdp aku x pnh nk pakai handbag..

sila slhkan lelaki jugak..haha

Azwa Mohamad said...

aku gelak sampai bergegar prot!!! kahkahkah100x....

TiM said...

otak aku pun jem je bila ada gambo pompuan seperti itu. haha.

farihah md fazil said...

(arab)mar'ah = perempuan = cermin

Anonymous said...

Salam.. haha.. 1st, entri ni lawak.. 2nd, tak semua ppuan macam tu.. tapi, tang complicated tu betul la.. memang complicated..^^

ctpayong said...

errr btw bukan semua pompuan cmtu..haha

Anonymous said...

seriusly,,blog ni paling best aku penah bace..bace 10 kali pun tak buring punye,,tabik kat otak tongong u lah tapit sayang..hahahhaha

Anonymous said...

org perempuan sejenis hidupan yg complicated? ekceli yg kompleks tula yg korg kejar kn en.en..

syira_syahirah said...

bce dr ats mcm sume negatif je sal prmpuan ni kan...but at last faiz dah positif kan blek sbb mnusia ni sling melengakapi n memerlukan...nobody is perfect..=)

syira_syahirah said...

bce dr ats mcm sume negatif je sal prmpuan ni kan...but at last faiz dah positif kan blek sbb mnusia ni sling melengakapi n memerlukan...nobody is perfect..=)

back to top