Aku nak bagitaw sejujur-jujurnya, seikhlas-ikhlasnya, yang blog aku ni langsung tak berilmiah, takde pengisian dan merapu je lebih… Entri-entri aku memang mengarut… Tapi terima kasih kat sape-sape yang sanggup baca dan mampu FAHAMI apa yang aku nak sampaikan…
Kalau ditanya blog aku ni kategori apa, aku akan jawab, blog ikut suka aku… Memang aku buat blog ni pasal nak merapu ikut suka aku pun… Kalau rasa nak baca benda-benda berilmiah, pergi telan kamus hidup-hidup… Kalau rasa nak baca berita, pergi carik surat kabo… Aku tulis entri-entri sempoi je, tak susah pun nak paham kalau yang baca tu pernah habis sekolah dan tak pernah kena sumpah seranah sampai mati ngan cikgu BM dia…
Aku pelik kenapa wujudnya golongan yang serius dia tak pernah luntur dan kalau boleh nak bermuram durja setiap saat… Mungkin mereka ni dapat bapak yang tak reti nak melawak dan selalu kena humban masuk loji tahi masa kecik-kecik dulu… Kesian bukan?
Aku tak pernah pun paksa orang baca blog aku ni, kalau rasa tak suka, pergi mampus lah… Jangan nak perasan hebat berbicara kalau setakat jadi Anon je kemampuan kau… Berani tekan keyboard bukan lah satu pencapaian yang boleh buat mak bapak kau kaya… Lagaknya macam seorang peguam yang petah berbicara, tapi sekadar seekor keldai yang hilang kekeldaiannya, kecut telornya, entah ke mana mukanya dan mungkin telah dilucutkan jantinanya… Pathetic!
Please, jangan buat aku ketawa lah… Hik3… Haa, kan aku dah ketawa tu… Sape makan cili, dia yang terasa pedas... Sape yang bengap macam keldai, dia lah yang memang keldai, ye dak?