Saturday, July 30, 2011

Mimpi Indah Yang Tak Basah



Petang yang hening... Aku menyalakan cerut mahalku dengan lighter cap Aladdin... Asap berkepul-kepul seperti bulu dada cimpanzi yang dibakar... Lantas aku parking Honda Accord kaler putihku di sebelah Honda Accord ku yang kaler hitam...



Aku mengeluh penat... Aku terpandang jiranku yang sedang bersungguh-sungguh membasuh kereta Kancil buruknya... "Hidup da berpuluh taun pun kancil lagi" bisikku dalam hati, sedikit angkuh... Setelah puas menggelakkan beliau, aku pun berjalan masuk ke rumah... Aku perasan mulutnya terkumat-kamit sesuatu, seperti sedang marah... Kemudian aku membaling kasut Bonia ku tepat ke kepalanya sambil menunjukkan isyarat lucah... Headshot lagi nampaknya... Beliau terkesima dalam kesakitan...


"Hmm... Esok beli kasut baru lagi lah nampaknya", bisikku dalam hati... Masuk kali ni, dah 13 kali aku baling kasut kat dia... 2 kali terkena pale bini dia... Itulah antara hiburan kesukaan aku selain parking kereta depan rumah orang...

"Kinah! Ooo.. Kinah!" Jeritku memanggil amah Indon ku yang cantik bertubuh sedap-sedap... "Ya... Apa dia pak?", tanye amahku... Beliau hanya mengenakan kain batik dan singlet ketika itu... Mataku tersenyum lebar...


"Amekkan tuala I... I panas ni, nak mandi", kataku pade Kinah dengan suara manja ala-ala Dr Rozmey...


"Apa dia bang?!! Awak nak menggatal ngan si Kinah ni lagi ye hah?!!", jerit satu suara yang ala-ala bini aku... Rupanya memang bini aku... Nora namanya... Nama kampung dia Nora Danish...



"Si Fasha tu ade kol abang lagi tak? Cakap betul-betul!!", marah biniku yang garang umpama singa jantan period... "Takde pun yang... Abang dah tak layan die dah... Betol" ujarku sedikit takut... Bukan takot bini, hormat namanya...


Tetibe henset Beriberi ku berbunyi... Ringtone lagu Adamaya... Keluar nama 'Fasha Schuweet'... Biniku ternampak...


Kapow! Kepalaku berpinar...
Sedar-sedar je aku kat UKM, tengah kuliah...

Friday, July 29, 2011

Perhimpunan-Perhimpunan Yang Patut Diadakan



1. Menuntut pulangan kredit yang disonglap Celcom.

2. Mendesak supaya bil Asstro dikurangkan tiap kali hari hujan.

3. Meminta supaya iklan KLMU dihentikan siarannya.

4. Memaksa pemberian hukuman terhadap sesiapa yang menderma depan kamera dan untuk masuk surat kabo semata-mata.

5. Menyeru agar pelajar-pelajar Food Science dapat nasik ayam percuma setiap hari Jumaat.

6. Mendesak Felda United untuk membeli Torres.

7. Meminta agar berita di tibi untuk menyiarkan sesuatu yang bukan berpihak kepada kerajaan sahaja.

8. Menuntut supaya tudung-tudung diberikan secara percuma kepada mereka yang tidak mampu untuk membeli tudung.

9. Pelajar IPT yang dapat pointer rendah tak payah buat tesis.

10. Mendesak individu yang membuang bayi untuk dilucutkan kewarganegaraannya.

11. Meminta supaya dana untuk membeli mercun sewaktu Hari Raya disediakan secukupnya bagi mereka yang tidak bekerja. 


12. Menuntut hidangan durian yang banyak sewaktu moreh di surau dan masjid.

13. Mendesak pengharaman dan penghapusan rancangan realiti tibi di seluruh negara.


14. Menyeru pihak pengurusan Man Utd untuk membeli Sneijder dan Nasri.


15. Meminta supaya Guru Besar seluruh negara untuk tidak berucap terlalu lama sewaktu perhimpunan pagi. 

Tips Berblog Faiz Tapit


Gambar sekadar mencantikkan pandangan

Aku tengok makin ramai manusia yang dah ada blog kat dunia yang sementara ni... Tapi, aku nak pesan sikit kat sape-sape yang baru buat blog tu... Pertama sekali, tanamkan dalam kepala otak, dalam rektum kau orang semua, jangan sibuk sangat terkejar-kejar follower tu... Sabo, bawak bersabo... 


Kedua, kalau kau orang buat blog memang untuk orang lain baca, buatlah entri yang memang untuk orang lain baca... Entri pasal apa, ikut suka punggung anda lah...  Tapi, jangan nak update entri sampai berjuta-juta sehari tapi langsung takde kualiti... Kualiti tu jauh lagi penting dari kuantiti... 


Ketiga, kalau rasa entri orang tu best, jangan nak tiru pulak... Ini sangat penting bagi mengelakkan anda di maki hamun dan dicerca sampai mati... Lebih baik entri tu langsung takde orang nak baca daripada entri ciplak orang lain punya... Takpun, kalau rasa nak tiru jugak sangat-sangat, bagi kredit ke tuan blog tu... Bukannya susah pun... 


Keempat, jangan tulis blog macam pemberita yang baru nak mula praktikal... Boring, sumpah boring!


Kelima, jangan nak jadi kaki bodek, kaki kipas, kaki pengampu dengan blogger lain... Serius annoying... Yang penting, usaha sendiri... Jangan nak harapkan orang lain je... 


Selamat berbelog

Thursday, July 28, 2011

Golongan Yang Patut Disimbah Asid



1. Penyimbah alkali


2. Orang yang suka naikkan harga barang tak pasal-pasal


3. Orang yang suka mintak maap tak pasal-pasal (I'm sorii)


4. Orang yang berak tak reti nak flush


5. Rebecca Black


6. Semut yang suka masuk dalam heater aku


7. Lelaki yang bergaduh-gaduh nakkan Soo Young kumpulan SNSD


Ini sebagai contoh no 7


8. Badan beso gajah tapi suka pakai legging


9. Sape-sape yang kacau Lisa Surihani


Ini sebagai contoh nom 9


10. Orang yang ada speaker power tapi pasang lagu budak-budak AF


11. Orang yang tak habis lagi main Angry Bird


12. Makhluk yang keje nya update status pesbuk setiap kali bernafas


13. Orang yang taw amek gambo je time ada orang eksiden pastu bangga


14. Orang yang pakai henset mahal-mahal tapi tak reti guna application dia


15. Orang yang tak ketawa hik3 tapi perasan dia comel

Wednesday, July 27, 2011

Bila Balik Rumah


Sebelum cuti bermula



Bila cuti dah start



 Bila dah start sem baru

Tuesday, July 26, 2011

Cerpen - Aku Seekor Lembu Part 12



Wei, tolonglah jangan bunuh aku… Aku ada anak bini kat rumah… Lepaskan lah aku”, rayu pontianak tu…

Bini ko cantik tak?”, tanya Winkie sambil buat muka sangap…

Bagi aku mestilah dia cantik, kalau ko yang pandang mesti ko cakap bini aku tu muka cam hantu aje”, jawab pontianak tu lagi…

Haah lah, ye tak ye jugak kan… Tapi, kalau ko taknak mati, ko kena tunaikan kami 3 permintaan”, sambung Winkie lagi…

Apa bangang nya lah ko ni! Aku ni pontianak, bukannya jin lah mangkuk!”, marah pontianak tu…

Aku hanya mampu gelengkan kepala di atas kebodohan Winkie itu… Malu pulak nak mengaku kawan…

Abes tu, kalau aku lepaskan ko, apa aku dapat?”, tanyaku kepada pontianak tu…

Korang akan dapat ucapan terima kasih dari aku… Ikhlas punya”, balasnya selamba…

Belum sempat aku nak cakap pape, Winkie terus lempang pontianak tu kuat-kuat… Tak cukup dengan tu, dia siap tarik-tarik lagi rambut pontianak yang panjang tu…

Okey, okey, janganlah buat camtu oi… Sakit lah… Yelah, yelah, aku bagi korang hadiah spesel… Aku tak tipu punya… Tapi, ada syarat, pasal mende ni bukan calang-calang hidupan boleh dapat”, jawab pontianak tu…

Apa syaratnya?”, tanya Winkie dengan muka penuh nafsu…

Aku kena pergi jauh-jauh dulu dari sini baru korang boleh tengok mende tu”,kata pontianak tu lagi…

Sejurus kemudian, muncul satu kepulan asap putih di depan kitorang… Selaku seekor beruk, Winkie pun terkejut beruk… Aku pula masih tertanya-tanya benda apa yang pontianak tu bagi…

Aku chow dulu, baru korang boleh tengok mende tu… Baibai”, pontianak itu membalas lagi sebelum terbang entah ke mana…


Bersambung...

Monday, July 25, 2011

Antara Yang Di Kepala & Yang Di Kaki









Saturday, July 23, 2011

Realiti Rancangan Realiti



Adakah anda budak lepasan SPM yang sudah malas belajar, nak femes 2, 3 bulan, gilakan duit, dan nak jadi artis segera? Jawapannya, masuklah rancangan-rancangan realiti yang penuh berselerak di Malaysia ini… Ya, media kita sememangnya sentiasa diisipadatkan dengan pelbagai rancangan realiti yang bermacam-macam jenis dengan pulangan hadiah yang sangat lumayan, iaitu menjadi ‘artis’ atau bahasa aneh nya, 
menjadi ‘orang seni’ secara tiba-tiba…

Selepas 2, 3 bulan rancangan realiti itu berakhir iaitu fasa di mana orang ramai sudah pun melupakan kewujudan anda di muka bumi ini, anda sudah boleh menggelabah untuk mencari kerja yang tetap… Tidak kira sama ada menjual burger, kerani ofis atau pun tukang lap cermin kereta di stesen minyak… Jangan dikira sangat berapa banyak gajinya, tapi kira lah berapa banyak makanan halal yang masuk ke perut anda… 


Tokey rancangan-rancangan realiti ini dikatakan suka benar mencari bakat terpendam dalam kalangan masyarakat kita ini… Cuba lah fikirkan dengan benak akalmu, sampai bila nak mencari bakat itu? Sampai bila nak buat rancangan seperti itu? Kalau dilihat pada konsep kebanyakan rancangan-rancangan realiti, pemenang akan dipilih dengan undian SMS tertinggi… Jika anda perasan dan peka, konsep ini telah pun menular ke laman sosial kesayangan kita semua iaitu Pesbuk… Di pesbuk sekarang, dah wujud contest-contest bodoh lagi mencelakakan iaitu siapa yang dapat ‘Like’ paling banyak untuk satu gambar, dia lah yang menang…

Jadi, anda rasa berbaloi kah anda menyertai rancangan realiti yang sedemikian? Janganlah ditepuk dada dan ditanya selera anda sendiri, tapi tepuk lah dahi anda dan tengok jika ada nyamuk yang gigit… Eh?


Anyway, got my points?

Friday, July 22, 2011

Cerpen - Aku Seekor Lembu Part 11



Hari sudah malam, aku dengan Winkie duduk melepak lagi kat tepi sungai… Suasana sejuk dan sunyi… Sesekali terdengar bunyi salakan anjing liar… Bulan pulak nampak berseri-seri malam ni, mungkin sembelitnya sudah sembuh…

Winkie, jom lepak bawah pokok kat hujung sana tu”, tegurku memecah keheningan…

Mana? Pokok berangan tu? Ish, gila apa ko ni, pokok tu kan orang kabo ada hantu”, jawab Winkie…

Memanglah, tapi selagi takde bukti, kita tak boleh percaya je, ye dak? Kenalah find out sendiri”, balasku dengan sedikit speaking-speaking…

You’re right, dude”, balas winkie cuba nak speaking-speaking jugak… Tapi, English dia advanced sikit dari aku pasal dia guna perkataan ‘dude’…

Kami pun berjalan slow-slow ke arah pokok yang dikatakan berhantu tu… Bila dah sampai, tiba-tiba bulu roma aku meremang… Winkie pula hanya terkebil-kebil memandangku… Tanpa diduga, kami terdengar bunyi mengilai yang sangat kuat… Winkie cuba nak larikan diri tapi aku sempat menahannya…

Ko rilek je… Tengok apa aku nak buat”, kata ku kepada Winkie…

Aku ambik lajak sikit ke belakang dan sepak pokok tu kuat-kuat… Aku sepak banyak kali sampai pokok tu bergegar…

Gedebuk!!!

Seekor pontianak jatuh tersembam ke tanah… Habis mukanya kotor terpalit dengan tahi burung dan lumpur…

Celaka! Siapa yang berani jatuhkan aku ni hah?”, pekik pontianak tu dengan nada yang nyaring…

Aku dengan Winkie ketawa terbahak-bahak… Pontianak tu terpinga-pinga…

Fak! Kau orang nak mati ke hah?”, gertak pontianak tu lagi…

Kahkahkah… Ko ni kelakar lah pontianak, aku ingatkan ko ni takleh jatuh pokok”, balasku sambil sambung ketawa lagi…

Pontianak yang kebengangan tu cuba nak cekik Winkie… Lantas aku sondol beliau… Tandukku merodok tepat ke jantung dia… Pontianak tu menjerit kesakitan dan merayu dilepaskan…


Bersambung...

Thursday, July 21, 2011

Kekhinziran



Semenjak duduk rumah ni, selain makan, tido, dan geletetek kucing, hari-hari aku dihabiskan dengan melihat tibi… Bila sudah bosan melihat tibi, aku akan bermain game pula… Begitu lah rutin harian aku yang aku rasakan sangat bermanfaat dan penuh dengan pengisian bermakna… 

Tapi, ada something yang suka buat aku hangin satu badan… Nak hangin dua badan tak boleh pasal badan aku cuma ada satu sahaja… Ejaan nya ialah SHIT atau dalam bahasa rahsianya, CELCOM… Menatang tak guna ni dah banyak songlap kredit aku dan aku rasa macam nak marah sorang-sorang je… Tapi, bila difikirkan semula, akhirnya aku telah buat keputusan untuk marah-marah kat dalam blog dan berkongsi kemarahan aku dengan orang lain supaya aku takkan marah sorang-sorang… Kalau dikira jumlah kredit aku yang telah disonglap oleh beliau, boleh kata dah cukup nak buat beli peti ais sebijik sekali dengan ikan laga 2 ekor… 

Hari tu mak aku telah membelanja aku topap 10 hengget… Tak sampai bape jam, cek balik dah tinggal 3 hengget lebih je… Takkan lah cek balance pun kena cas sampai 6 hengget lebih ye dak? Ke hesh ai en zek ai ar betul Celcom ni kan? Grrr! Tengok, kan aku dah tulis Grrr tu, 
maknanya aku tengah marah la tu…

Thursday, July 7, 2011

Cerpen - Aku Seekor Lembu Part 10




Lepas setengah jam, Winkie ngan memerang tu tak siap-siap lagi bergaduh... Aku pun dah naik bosan... Hebat tak hebatnya aku ni sampai bosan tu pun aku boleh naik... Tu belum lagi kalau aku naik angin... 


"Woi, lama lagi ke kau orang nak gaduh ni? Penat lah sial aku tengok", marahku kat binatang dua ekor tu...


Natang dua ekor tu tak pedulikan pun aku yang bertanya... Rasa hina gila bila tak diberi perhatian sewajarnya... Rasa nak lari peluk tiang pun ada... Dah bosan sangat, aku pun makan lah rumput-rumput tepi sungai tu sambil tengok-tengokkan diorang... Rumput-rumput kat situ semuanya menjerit ketakutan bila nampak aku datang... Bila dah kenyang, aku saja-saja pijak diorang biar mati... Seronok jugak...


"Hoi", kedengaran suara Winkie tiba-tiba...


Bila aku menoleh, aku nampak memerang tu dah terbaring kaku dengan berlumuran darah... Kat tangan Winkie ada gigi besar memerang tu... Celaka, sampai mati memerang tu dia kerjakan... Lantas aku bertepuk tangan sebagai tanda sahabat yang supportive... Winkie tersenyum puas... 


"Penatlah sial... Adoi", keluh Winkie lepas siap bergaduh...


"Macam tu pun dah penat... Patutlah cepat tewas, sampai kena tampo ngan awek sendiri... Kah3", sindirku...


"Babi", marah Winkie...


Cuaca mendung tiba-tiba... Si matahari entah pergi mana... Angin pulak dah balik kampung... Aku ngan Winkie jalan sampai kat satu simpang dekat-dekat ngan surau... Tak ramai pun manusia yang pergi kat surau tu... Ada lah belas-belas orang... Andai kata lah kat kampung ni ada Jom Heboh mau nya ribu-ribu orang datang... Bodoh punya manusia, taw nak berseronok je... Aku hanya mampu geleng kepala... 


"Kalau kat surau tu penuh ngan poster Megan Fox baru ramai orang datang gamaknya", kataku kepada Winkie...


"Tapi, aku minat Lisa Surihani lah", balas Winkie...


"Kau dah puas hidup ke woi? Lisa tu kan Faiz Tapit punya... Aku pun tak taw lah camne Lisa tu boleh tergila-gilakan sangat kat Tapit tu... Tapi, nak buat camne kan, dah jodoh diorang", balasku pula...


Winkie hanya tunduk dengan muka kecewa...


BERSAMBUNG...

Tuesday, July 5, 2011

Cerpen - Aku Seekor Lembu Part 9





Aku pun start karaoke... Pegang gitar dan nyanyi kuat-kuat... Mana aku dapat gitar tu tak payah lah nak cerita pasal cerita ni memang tak logik pun... 


"Cegampang lah suara kau! Hudoh beno... Lagu apa ko nyanyi ni?", pekik Winkie tak puas hati...


"Telormu di hujung tanduk ku", jawabku ringkas...


"Kumpulan mana punya lagu ni?", tanya Winkie...


"Meet Uncle Karim", balasku...


"Dah lah tu, bak sini gitar tu... Aku nak nyanyi pulak... Aku bukan apa, kalau aku ni bukan beruk, dah lama aku masuk Akademi Pantasia tu ko taw tak... Setakat nak tarik lagu Bourgainvilla tu takde hal lah", kata Winkie penuh keangkuhan...


"Fakiu", kataku kepada Winkie...


Winkie ni memang kuat berlagak, time pergi karok ngan dia kalau bukan lagu Berdua Lebih Baik takpun lagu Ada Cinta memang tak sah... Bajet mat jiwang lah kononnya... Padahal nak mengawan pun takat 2,3 minit je tahan...


Masa Winkie tengah melalak tu, tiba-tiba muncul sekor memerang hitam bergigi besar... Sekali tengok macam Bugs Bunny pun ada... Tak tahan punya pasal, aku gelak selamba je depan-depan beliau...


"Hello brader, ko nak melalak tu beragak lah sikit... Aku nak tidur lah celaka!", marah memerang tu tanpa bagi salam terlebih dahulu... 


Tanpa berkata apa-apa, Winkie terus je baling gitar tadi kat kepala memerang tu... Berdarah-darah kepala dia... Memerang tu pulak ambik batu entah dari mana dan baling tepat kat telor Winkie... Winkie menjerit kesenakan, telornya bengkak sebelah... Memerang tu terus terkam Winkie dan bermulanya adegan gaduh-gaduh macam cerita P.Ramlee dulu... Aku terduduk dan sekadar jadi penonton saja... 

BERSAMBUNG...

Monday, July 4, 2011

Cara Menaikkan Rating Video Di Youtube








Sunday, July 3, 2011

Perkara Yang Best Masa Kecik-Kecik Dulu Part 2



21. Main mercun kat belakang surau masa orang tengah Terawikh

22. Lepas main bola, beli askrem pop pastu patah dua guna lutut

23. Curik kapur kat sekolah pasal nak main conteng-conteng gelongsor kat 
taman

24. Dari dulu sampai sekarang takut anjing

25. Main lastik-lastik telor lembu yang nak kena sembelih kat tepi surau

26. Sanggup berlapar kat sekolah semata-mata nak beli sticker Pokemon

27. Hebat bermain lawan pemadam

28. Game Bomberman adalah game yang sangat hebat

29. Paling takut kalau tersepit kat zip seluar

30. Paling tak suka kalau kena beli barang tapi takde upah

31. Berlagak depan kawan-kawan bila dah buat I.C

32. Suka kumpul magnet

33. Tebuk tutup botol air biar senang minum dan bagi nampak cool

34. Bekas pensel mesti yang bertingkat-tingkat

35. Pensel tekan yang boleh goncang-goncang adalah ciptaan yang 
menakjubkan

36. Dari dulu sampai sekarang tak suka taugeh

37. Paling benci basuh ngan kapur kasut

38. Bila gaduh ngan adik, mesti pergi dapur ambik pisau daging

39. Sikat sentiasa ada kat poket belakang

40. Trauma dengan tungau

Saturday, July 2, 2011

Cerpen - Aku Seekor Lembu Part 8





Dipendekkan cerita pasal aku malas nak taip panjang-panjang, Winkie pun dah kembali sihat seperti biasa setelah dirawat oleh Pantek, si babi pandai yang belajar medic... Sebagai balasan, Winkie telah menghadiahkan sekotak sabun Fruitale kepada Pantek dan kawannya si Albert... Setelah lama berkenalan dengan babi-babi tu, baru aku taw diorang tu gay... Celaka... 


"Kau amacam sekarang?", tanyaku kepada Winkie...


"Okey lah, not bad... I'm fine", balas Winkie dengan speaking-speaking, mungkin kesan dari menonton cerita mat salleh semalam... 


"Kau nak bunuh diri tu apasal? Bodoh lah kau ni", kataku, sedikit tegas...


"Hotak ko, hari tu sebenarnya aku nampak ada duit 5 hengget atas jalan, tu pasal aku nak pergi ambik... Taw-taw, dah kena langgar... It's not my fault okey", balas Winkie, speaking-speaking lagi... 


"Bangang", hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulutku... 


Winkie menarik muka mendengarkan jawapan ku, mungkin beliau tak setuju... Aku dengan Winkie pergi lepak kat tepi sungai... Ingat nak mancing tapi si Winkie ni takut pegang cacing... Geli katanya... Aku pun malas bising-bising, lepak sesaja pun jadi lah... 


"Oi Winkie, dengar cite ko eksiden", tanya matahari secara tiba-tiba...


"Waalaikumussalam", jawab Winkie, penuh sindiran...


"Eheh... Assalamualaikum Winkie, betul ke ko eksiden?", tanya matahari dengan nada marah tak marah... 


"Yelah, nasib baik ada geng babi 2 ekor tu, kalau tak, mati katak je aku hari tu", jawab Winkie...


"Ceh, time aku bagi salam taknak jawab pulak... Dem... Ko tu beruk, nak mati katak apa nya?", sindir matahari pula... 


Muka Winkie sedikit baran, lantas dikeluarkannya sebatang rokok berjenama Winston... Dicucuhnya berkali-kali pasal angin kuat sangat... 


"Woi angin, slow-slow lah sikit!", teriak Winkie...


"Yelah, yelah... Aku nak balik kampung jap ni... Babai", jawab angin...


"Balik mana ko angin?", tanyaku kepadanya...


"Stratosphere", jawab angin dengan muka bangga...


Petang tu bosan gila... Takde mende best nak dibuat... Lama dah aku tak nampak si Mei Mei tu... Entah hidup lagi ke tidak agaknya... 




BERSAMBUNG...

Friday, July 1, 2011

Perkara Yang Best Masa Kecik-Kecik Dulu



1. Tekan loceng rumah orang pastu lari

2. Makan durian pastu sendawa kat muka orang

3. Baling batu kat sarang lebah pastu lari

4. Duduk tepi longkang pastu battle Digimon ramai-ramai

5. Sanggup bangun awal pagi hari Sabtu semata-mata nak tengok Dragon Ball

6. Mancing kat parit depan rumah orang gila.

7. Letak botol Vitagen yang dah leper kat tayar beskal biar kasi bunyik macam motor

8. Saja-saja talipon bomba dengan polis guna public phone

9. Ejek-ejek kawan ni suka kat mana-mana pompuan sampai dia malu nak masuk kelas

10. Main rounders ramai-ramai kat tengah jalan

11. Upah kawan yang pandai lukis suruh lukis gambar Goku ngan Bezita

12. Kawan-kawan yang pakai beg ada roda dipandang tinggi masa tu

13. Kalau ada budak yang nama pelik-pelik tu, buat bulatan keliling dia pastu ejek ramai-ramai

14. Tiap petang tengok cerita Rosalinda

15. Lagu peberet dulu lagu Jesnita ngan Julia, kumpulan Exists

16. Kalau time rehat mesti main galah panjang, teng-teng ngan tutup ceper

17. Kalau ada lori Milo datang sekolah, mesti beratur banyak kali sampai kena marah

18. Paling benci kena panggil ngan doktor gigi

19. Seluar sekolah cap Cantona 7 adalah seluar paling hebat di dunia

20. Takut belalang kunyit

back to top