Saturday, June 25, 2011

Cerpen - Aku Seekor Lembu Part 6





Lantaklah Winkie nak cakap apa, aku nak skodeng jugak diorang... Aku carik-carik diorang buat kat mana... Tak sampai 4 minit lepas tu, aku tengok Winkie keluar dari semak, siap kena tampar lagi dengan makwe dia... Ni mesti kes tertembak awal lah ni... Aku nampak muka Winkie kecewa gila... Makwe dia terus blah dari situ, nak carik jantan lain yang lebih produktif barangkali... 


"Woi, apa ni? Awal betul? Kah3!", aku ketawa kuat-kuat tanpa mengambil kira hati member... 


"Fak fak fak!", Winkie mencarut tiga kali tanda bengang yang teramat sangat...


"Itulah kau, tiap hari duk main Fruitale je", kata ku kepada Winkie... 


"Kau senyap!", kali ni Winkie bernada lebih serius... Mungkin cuba nak menakutkan aku...


Aku sambung ketawa lagi sambil berjalan lenggang-lenggok depan beliau... Winkie pun terus blah... Aku jalan sampai kat tepi sungai... Aku nampak kelibat seekor kambing hitam tengah nak minum air... Sekali pandang, macam si Rebeka, dua kali pandang dah tak nampak apa-apa pasal mata aku masuk habuk pulak... Tapi, memang betul pun tu Rebeka...


Apa lagi, dah taw dia nak minum air tu, aku pun celup lah kaki aku dalam tu... Siap kencing lagi... Aku gelak tutup-tutup mulut sebab taknak bagi kantoi... Bila gelak camtu, tetiba rasa macam comel gila... Aku pun tengok lah bayang aku dalam air tu... Sah, memang comel gila!


"Woi brader, lu pehal nyebok sini? ", jerit seekor makhluk di sebelah aku... 


"Lah, kau sape? Ingat aku takut ke?", balasku kepada seekor katak kaler hijau, badan menggerutu cam haram... 


"Nama gua Syaith Tan... Gua ni adik si Dajh Jal ngan si Ibh Belis", terang si katak lagi...


"Oh, seramnyeww... Nama aku pulak, Maikh Kel, gangster Kampung Buah Besar ni!", jawabku spontan, diikuti dengan memberi sepakan kencang ke arah Syaith Tan... Syaith Tan melayang-layang dan terjatuh di atas pembahagi jalan... Dari jauh boleh dengar beliau menjerit kesakitan... Padan muka...


Tiba-tiba aku nampak si Winkie tengah termenung kat tepi jalan tu... Mukanya resah, dahinya berkerut-kerut, matanya sayu... Gayanya tak ubah seperti seorang ibu yang sudah kehabisan susu gantungnya... Di kala sebuah kereta sedang memacu laju di jalan itu, Winkie bingkas bangun dan berlari ke tengah jalan... 


"Winkieee!! Jangaaaaaaaannn!!"




BERSAMBUNG...

18 comments:

Zarip Ayman said...

hahahahahaaa ..winkie dok tacing lak smpai nak bunuh diri..cepat selamatkan beliau !!!

Chempaka Sari said...

haha winkie bunuh diri ke.... asallah rasa down sgt tu... usaha lah cari awek lain hehe

salwaismail said...

winkie frust kena penampar dgn awek dia letteww. hahaha

http://salwaismail.blogspot.com

#taksabar tunggu part 7 pulak. :D

Faraa Eiman's said...

ahhh , sudah ! maty la c winkie tuh , kahkah xD

hatikubaik-mohdhazlan Dreadlock said...

oh wiki ..gelojoh ...kah2

KiD said...

tak hebat ah winkie.haha.

Siti Mashitah Saidin said...

hahahaha... mau dia takot dengar nama ko lembu?

Suhail said...

First! <---comment tergay alam ini.

Woh, dari cite sengal nak mampos ada klimaks suicide, terbaeklah tapit.

Nur Salsabilla said...

errrr??? :)

MiS! BLur-Blurrr.Com said...

x sabar nk tunggu sambungannya...haha~~

Raden said...

gelak tutup mulut tuh comel ke? nk wat la

al-jambz said...

aku benci betul cerita ada sambungan2 ni. haha

buDAK keCIK said...

kahkahkah.

citer plg bengong!! ;p

FirdAus BluRtz said...

perhh..makin kreatif criter ko nie tapit...hebat2..hehe3

Chempaka Sari said...

uit...asal tak approve lagi komen saya..

misz sheyla said...

makin best lak aku bace cerpen lembu ko ni..hahahaha sambung pliss...

bella lim said...

bila nak sambung ni? cepat. gua tak sabar nak baca.

DaYaH JeLitA said...

kahkahkahkah kambing itam eak??? nama rebeka eak?? mesti hari tu hari jumaat..hakhakhakhakhakhak

back to top