Saturday, July 2, 2011

Cerpen - Aku Seekor Lembu Part 8





Dipendekkan cerita pasal aku malas nak taip panjang-panjang, Winkie pun dah kembali sihat seperti biasa setelah dirawat oleh Pantek, si babi pandai yang belajar medic... Sebagai balasan, Winkie telah menghadiahkan sekotak sabun Fruitale kepada Pantek dan kawannya si Albert... Setelah lama berkenalan dengan babi-babi tu, baru aku taw diorang tu gay... Celaka... 


"Kau amacam sekarang?", tanyaku kepada Winkie...


"Okey lah, not bad... I'm fine", balas Winkie dengan speaking-speaking, mungkin kesan dari menonton cerita mat salleh semalam... 


"Kau nak bunuh diri tu apasal? Bodoh lah kau ni", kataku, sedikit tegas...


"Hotak ko, hari tu sebenarnya aku nampak ada duit 5 hengget atas jalan, tu pasal aku nak pergi ambik... Taw-taw, dah kena langgar... It's not my fault okey", balas Winkie, speaking-speaking lagi... 


"Bangang", hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulutku... 


Winkie menarik muka mendengarkan jawapan ku, mungkin beliau tak setuju... Aku dengan Winkie pergi lepak kat tepi sungai... Ingat nak mancing tapi si Winkie ni takut pegang cacing... Geli katanya... Aku pun malas bising-bising, lepak sesaja pun jadi lah... 


"Oi Winkie, dengar cite ko eksiden", tanya matahari secara tiba-tiba...


"Waalaikumussalam", jawab Winkie, penuh sindiran...


"Eheh... Assalamualaikum Winkie, betul ke ko eksiden?", tanya matahari dengan nada marah tak marah... 


"Yelah, nasib baik ada geng babi 2 ekor tu, kalau tak, mati katak je aku hari tu", jawab Winkie...


"Ceh, time aku bagi salam taknak jawab pulak... Dem... Ko tu beruk, nak mati katak apa nya?", sindir matahari pula... 


Muka Winkie sedikit baran, lantas dikeluarkannya sebatang rokok berjenama Winston... Dicucuhnya berkali-kali pasal angin kuat sangat... 


"Woi angin, slow-slow lah sikit!", teriak Winkie...


"Yelah, yelah... Aku nak balik kampung jap ni... Babai", jawab angin...


"Balik mana ko angin?", tanyaku kepadanya...


"Stratosphere", jawab angin dengan muka bangga...


Petang tu bosan gila... Takde mende best nak dibuat... Lama dah aku tak nampak si Mei Mei tu... Entah hidup lagi ke tidak agaknya... 




BERSAMBUNG...

Friday, July 1, 2011

Perkara Yang Best Masa Kecik-Kecik Dulu



1. Tekan loceng rumah orang pastu lari

2. Makan durian pastu sendawa kat muka orang

3. Baling batu kat sarang lebah pastu lari

4. Duduk tepi longkang pastu battle Digimon ramai-ramai

5. Sanggup bangun awal pagi hari Sabtu semata-mata nak tengok Dragon Ball

6. Mancing kat parit depan rumah orang gila.

7. Letak botol Vitagen yang dah leper kat tayar beskal biar kasi bunyik macam motor

8. Saja-saja talipon bomba dengan polis guna public phone

9. Ejek-ejek kawan ni suka kat mana-mana pompuan sampai dia malu nak masuk kelas

10. Main rounders ramai-ramai kat tengah jalan

11. Upah kawan yang pandai lukis suruh lukis gambar Goku ngan Bezita

12. Kawan-kawan yang pakai beg ada roda dipandang tinggi masa tu

13. Kalau ada budak yang nama pelik-pelik tu, buat bulatan keliling dia pastu ejek ramai-ramai

14. Tiap petang tengok cerita Rosalinda

15. Lagu peberet dulu lagu Jesnita ngan Julia, kumpulan Exists

16. Kalau time rehat mesti main galah panjang, teng-teng ngan tutup ceper

17. Kalau ada lori Milo datang sekolah, mesti beratur banyak kali sampai kena marah

18. Paling benci kena panggil ngan doktor gigi

19. Seluar sekolah cap Cantona 7 adalah seluar paling hebat di dunia

20. Takut belalang kunyit

back to top