Sunday, February 20, 2011

Ko Tak Undi Aku, Ko Mati!



Saya yang bernama, Faiz Tapit selaku calon bagi Parti Buih ingin menyeru semua rakan-rakan, sahabat seperjuangan dan juga hadirin hadirat sekalian untuk sama-sama mengundi saya pada pilihan raya kali ini… Saya berani jamin tuan-tuan dan puan-puan sekalian, bahawa undian-undian yang kalian lontarkan di atas nama saya nanti akan memberi sejuta perubahan dan juga anjakan paradigma yang kalian semua impikan, yang kalian semua dahagakan daripada pemimpin-pemimpin terdahulu…


Percayalah, saya sama sekali tidak akan mengecewakan tuan-tuan dan juga puan-puan sekalian… Saya akan memberitahu manifesto-manifesto yang telah saya rancangkan jika saya memenangi  pilihan raya kali ini… Tetapi, bukan rancangan semata-mata, ianya juga berupa perlaksanaan yang jitu dan mapan… Berikut merupakan manifesto-manifesto saya:

1. Mengadakan Hari Bertudung Pelik di seluruh kampus bagi semua mahasiswi yang bertudung…

2. Mewajibkan semua mahasiswa untuk membuat sekurang-kurangnya 1 blog seorang… Bagi mereka yang mempunyai lebih dari 1 blog akan mendapat pointer tambahan dan juga mee bandung percuma pada setiap hari Jumaat…

3. Mendesak pihak pentadbiran agar merampas semua clamp pak gad dan membolehkan pelajar-pelajar menunggang motorsikal tanpa helmet…

4. Mendesak pihak kolej agar memasang Streamyx pada setiap bilik dan pelajar-pelajar yang aktif kolej akan diberi broadband percuma tiap seorang…

5. Mengadakan Hari Bunuh Monyet di seluruh kampus UKM… Setiap pelajar akan dibekalkan selaras senapang (AK-47) tiap seorang dan juga peluru hidup tanpa had…

6. Hanya pelajar yang cantik sahaja akan mendapat anugerah dekan setiap semester…  

7. Membina kedai-kedai mamak di dalam kampus yang mempunyai kemudahan wifi serta shisha perisa strawberi secara percuma…

8. Mengadakan program “Cari I-Phone Dalam Guni” serta “Cari Coli Dalam Tepung” pada setiap hujung minggu…

9. Setiap pelajar dibenarkan ponteng kuliah pada setiap hari Rabu…

10. Mendesak pihak pentadbiran supaya memotong gaji para pensyarah sebanyak 10% dan dimasukkan ke akaun PTPTN pelajar… Pelajar yang mendapat tajaan biasiswa hanya akan dipotong sebanyak 5% sahaja…

11. Membenarkan pelajar untuk membela lembu di kolej masing-masing…

12. Mengadakan PC Fair pada setiap hari…

13. Pelajar yang ditangkap berkhalwat akan dibakar…

14. Mendesak pihak kolej agar menyediakan khidmat urut oleh gadis-gadis cantik dari Siam…

15. Kerani-kerani pejabat yang tidak mesra dan sombong akan dikencingkan…

16. Pelajar-pelajar yang menyertai MLM akan dibuang universiti…

17. Pelajar-pelajar dibenarkan untuk memakai pakaian yang selekeh untuk ke kuliah… Pelajar-pelajar yang berpakaian formal akan didenda…

18. Pelajar-pelajar Food Science diberi keutamaan terlebih dahulu untuk mengambil lauk di kafe fakulti…

19. Mahasiswi Islam yang memakai legging akan dibogelkan dan diikat di pintu kuliah…

20. Sesiapa yang tidak membaca Blog Aku Bukan Blog Bapak Kau akan dikenakan kompoun RM 2 setiap minggu…


Akhir kata, undilah saya! Anda undi saya, anda pandai… 
Anda tak undi saya, anda lembu…
Sekian, salam paradigma!

P/s: Kat UKM skang tengah ada Pilihan Raya Kampus (PRK)… 
Kalau aku bertanding, boleh menang tak?? Aguguguguu...

69 comments:

Mr. Swift said...

Komfem ar menang! HAHAHA

DeE YaNa said...

bongek!!~haha..mane aku nyer poster??xde pun!

aRaN said...

aku undin ang hahahhaha cool

hakeem kira said...

no 18 tu memang c-lake !

Anonymous said...

bodo cial ko ni..hahahaha

laskar rainbow said...

hebat mnfsto2 tu...kui3

ashraf said...

ni kompom la ko yg mnang. hahah wey abg cikyah kate die nak gak! :P

meeranamera said...

yeahhhhhhhhh! nak undi! kat semua U kannn ade pilihanraya skunk. :D

A.s.t.i.n.a said...

Saya pilih Uchop!! sebab dier enchem.. heh

FaZira HaLiM said...

Pelajar-pelajar Food Science diberi keutamaan terlebih dahulu untuk mengambil lauk di kafe fakulti…

HAHAHAH! undi pais!!

PapaseedSuarez said...

aku curious ngan point no.6 tu.. kalu org tu x cantik tp sexy ble dpt anugerah dekan x?

hehe..

mendatak hijau said...

ok...aku pangkah

Shidy said...

no. 5 ak mmg totally extremely ak sokong..say no to beruk...hua3

mR.sYaH said...

kah3.. mesti ramai undi kau kalau kau masuk bertanding.. xbleh blah terus.. hahah..

azie5ouh!8 said...

manifesto x leh blah...

http://azie508.blogspot.com/2011/02/gotta-hang-these.html

lan cute said...

MANIfesto no 18 tu agak sensetip ye..so, sy boo anda...hahahaha

-QinaSha Hudson- said...

hahaa..bongok bongok!

strawberrycincau said...

hahaha...rindu ngan lwk2 anda...ngeh3...terubat rindu aku..hua3... aku suke yg part permpuan islam pakai legging kena.... tuh..hahaha..

zey said...

wahh, gila panggung manifesto kaw yek!

cik_paan said...

manifesto hang memg bagus!!!!
aku sokong dpt broadband tu

+d.O.Y.A.h+ said...

hahaha. menang! menang! kita bagi budak foodscience amik lauk dulu! yeay yeay :)

nursyamime said...

terpegun gler aku dgn manifesto2 ko..
hahahah

diamuslima said...

waaa.. boleh tahan.. nak undi.. nak undi.. hehehe

IQBAL ZARIN said...

demmmmm nye entri. HAHAHAHA.....

NurAfizahMazlan said...

dun wuri.. i'll vote u. hahahahahha

Anonymous said...

terbaik!

sy undi anda esok!

ameto primero augusto said...

wah! banyak bagus em.tapit punya manifesto. memang lain dari yang lain, dan disebabkan itu, en.faiz tapit dapat satu pangkah dari saya. muahahaha

**Sy!eRA_N** said...

sweet la kamoo..haha...

shereena said...

hakhakhak...nie lawan anda dtg.calon dari parti terlebih bebas.

http://natrashereena.blogspot.com/2011/02/sekarang-nie-kat-ukm-musim-pilihan-raya.html

mr E oSk gurL said...

nice....br0...pndah kampus sini la...=)

pingu_kecik said...

wah..terbaek!
kompem boleh menag ney!
keh keh keh..

*ada beran lawan aku punye manifesto?..

http://sitifaiznur.blogspot.com/2011/02/manifestasi-cinta.html

ku izzati said...

nak pangkah la mcm nie!!
hahaha..td pusing2 UKM tgk2 kawasan poster..sunyi je UKM

alexa yussida said...

meh nk tulun undi:P

fathiah said...

Ermm.... boleh kot..... xpe2 aku undi... 1 undi utk ko... hahahaa...
erk aku nie layak ke nk undi... aku bkn dr ukm... ekekeke...

buDAK keCIK said...

asal asyik ade perkataan lembu je ni? ko minat lembu ke??

um pn same...panas kot ktorg nya PRK

Budak Chomot said...

oke oke . Budak Chomot undi ni ! huhu

Faiz Tapit said...

aku memang suke lembu... kah34

Seindah Bicara 2 said...

haha. no 11 tu x ley bla.. banyak la lembu2 berkeliaran pasni.. hehe

rj Etika said...

wahh...sume manifesto berpihak kepada pelajar! jadi dengan ini saya undi....errr....undian adalah rahsia. k bai. ;p

yan_n.i.m said...

hahaha. klo xgelak bace belog nih, otak lembu la tuh..! haha

Fiffy said...

oh. saya parti gewdiqs! ape barang parti buihhh

miss chekleen said...

hahaha...dah undi sploh dah ni..giler beh ada mpp gini..hahaha

ira said...

haha..manifesto x bole blah^^

WanFadhilah said...

walaupun sya bukan budak UKM, tapi sya sokong manifesto2 anda! hahahaha

Baru punya: Titipan Untuk Wanita

♥ tiah ♥ said...

no 9
no 15
ok pangkah faiz!
HAHAHAHA

aQi + GenGkey said...

xley blah..
berkhalwat kne bakar..
tp mntk sediakan khidmat gadis urut lak..
kui3..:D

nadia natasya said...

aku undi kau :D

+akufobia+ said...

kalau ni manifestasi kau,aku tak nak undi.haha.

BOTET said...

manifestasi dia rosak ukm...
tp no 14 n 16 tu boleh tahan.
SO AKU PANGKAH.

TheChekJah said...

yeah!! hidup kamu... wah3.. ni la yg peljar2 mahukan... eh ye ke?? mungkin ade steng la..

Amiey White said...

bab bogelkan legging tu hahahahaha

sewel faiz :D

aqilah mansor said...

sape komen leh romen :-?
=))
rosak dak2 ukn nnt kalu ko menang =))..tp best gk wat cm tu :))..

DaK CoMoT said...

wakakakakakakakaa sempoi2..

Anonymous said...

teruk..

budak kacamata said...

ape pyer stylo ko pyer manifesto..tp ak vote jugk..ko mmg sempoi habess...cayalah..biasa bro..!

Si DauN CeRi said...

kah kah kah.. undilah faiz tapit!! gile cool manifesto kamu.. sure menang nih!!


dulu kat skola, sy pnah menang gak pilihan raya cegu sejarah buat, demo je padehal..xsangka satu class undi..haha padahal manifesto sy la yg paling xmasuk akal skali.. mungkin org ramai lebih suke janji2 manis perisa stroberi yg xmsok akal mcm tu..ahaks!

H A N S said...

hahahaha...try la dulu, umah org blakang ukm tu, nk tgk calon namer faiz klu btul btanding. hahaha

XIX Dragunov said...

konfem dah menang...tapi besaing sengit dengan ayapan la...hahaha~ pasal fud sains dapat makan dlu aku x kesah sebab aku fac lain..hahaha

Setsuko said...

aku follow ko, coz ko suke mencarut! hahaa!

Leeya said...

lawak kot.. haha..

elyrashid said...

aku suka no 10.. potong gaji ye abg.

Khairuriduan said...

Wahaha...Kelakar..Mcm giler

bunga said...

memang kena undi ni..

solo molo said...

baeklah...
saya undi...

Nulia said...

arh ....teros pengsan .. +_+............hahaha ...

Nulia said...

arh ....teros pengsan .. +_+............hahaha ...

Lulu Rahman said...

haha, sumpah tade org na undi ;D

Anonymous said...

islamic terpesong anda nih...jaga tutur kata dan perilaku.itu menunjuk apa isi hati tuan hamba

misspurple said...

haha...ni bkn mntak undi..ni mntak pelempang..dushhh3x..=)

back to top