LONDON: Pengambialihan kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Liverpool oleh pemilik Boston Red Sox tidak dapat diteruskan sekiranya kelab itu dipaksa memasuki fasa perlindungan bankrap dan dikenakan penalti terhadap kedudukannya di liga itu.
Demikian menurut sumber yang terbabit dalam rundingan itu, Sabtu (waktu tempatan).
Kini, Liverpool menduduki tiga pasukan terbawah liga selepas permulaan terburuk mereka musim ini untuk tempoh lebih 50 tahun, dan akan dikenakan semblan mata penalti daripada Liga Perdana sekiranya difailkan bankrap sebelum perjanjian dengan Boston Red Sox selesai.
Mata penalti itu akan memburukkan lagi musim Liverpool dengan disingkirkan dari liga dan boleh menyebabkan New England Sports Ventures (pemilik Boston Red Sox), menarik diri daripada perjanjian itu.
4 comments:
mu fuck
Chelshit
wa suke entri lu yg ni bai. glory! glory!
yahhh... glory! glory!
Post a Comment