Friday, July 22, 2011

Cerpen - Aku Seekor Lembu Part 11



Hari sudah malam, aku dengan Winkie duduk melepak lagi kat tepi sungai… Suasana sejuk dan sunyi… Sesekali terdengar bunyi salakan anjing liar… Bulan pulak nampak berseri-seri malam ni, mungkin sembelitnya sudah sembuh…

Winkie, jom lepak bawah pokok kat hujung sana tu”, tegurku memecah keheningan…

Mana? Pokok berangan tu? Ish, gila apa ko ni, pokok tu kan orang kabo ada hantu”, jawab Winkie…

Memanglah, tapi selagi takde bukti, kita tak boleh percaya je, ye dak? Kenalah find out sendiri”, balasku dengan sedikit speaking-speaking…

You’re right, dude”, balas winkie cuba nak speaking-speaking jugak… Tapi, English dia advanced sikit dari aku pasal dia guna perkataan ‘dude’…

Kami pun berjalan slow-slow ke arah pokok yang dikatakan berhantu tu… Bila dah sampai, tiba-tiba bulu roma aku meremang… Winkie pula hanya terkebil-kebil memandangku… Tanpa diduga, kami terdengar bunyi mengilai yang sangat kuat… Winkie cuba nak larikan diri tapi aku sempat menahannya…

Ko rilek je… Tengok apa aku nak buat”, kata ku kepada Winkie…

Aku ambik lajak sikit ke belakang dan sepak pokok tu kuat-kuat… Aku sepak banyak kali sampai pokok tu bergegar…

Gedebuk!!!

Seekor pontianak jatuh tersembam ke tanah… Habis mukanya kotor terpalit dengan tahi burung dan lumpur…

Celaka! Siapa yang berani jatuhkan aku ni hah?”, pekik pontianak tu dengan nada yang nyaring…

Aku dengan Winkie ketawa terbahak-bahak… Pontianak tu terpinga-pinga…

Fak! Kau orang nak mati ke hah?”, gertak pontianak tu lagi…

Kahkahkah… Ko ni kelakar lah pontianak, aku ingatkan ko ni takleh jatuh pokok”, balasku sambil sambung ketawa lagi…

Pontianak yang kebengangan tu cuba nak cekik Winkie… Lantas aku sondol beliau… Tandukku merodok tepat ke jantung dia… Pontianak tu menjerit kesakitan dan merayu dilepaskan…


Bersambung...

18 comments:

Ayeem Jemain said...

masuk hantu plak dahhh haha

SoLy SoLicious said...

hahahaha~ pontianak tak mcm pontianak pom

dayah aziz said...

winkie gile cool oh..;)

Wadi AR said...

aku dah xtau nk gelak mcm mne lg

Selipar Putus said...

best la DUDE!! haha

C i k P i p i T e m b a m said...

hahahaa , pontianak pon ader :P

syirah rasid said...

dh lame tggu cerpen beliau. huargh huargh.

sleeping_maniac90 said...

hahaha..
brni tol dorg jtuhkn puntianak tuh..
fuh, tabik spring hahaha

bOoLat said...

ape gune la merodok jntung ponti? dei kan da mati.... =,="""

Yuyu Musa said...

bila nak habis ni tapit tiput???


alorrr

Chempaka Sari said...

huhu seminggu kau tak hup dett.. akhirnya update jugak...

sofea said...

gila ko ni faiz. ada ke pontianak mcmtu? kahkah

Faraa Eiman's said...

tu dia , bsmbong lagi =='

DaYaH JeLitA said...

episod 12 mesti winkie cabut paku dia..hakhakhak...plot aku sendiri nie

faradiba said...

lmbt gile update

deQna_roseda said...

hahahaha ..xleh bla tul ..!!

rara aziz said...

apehal ko punye nama watak lembu dan hewan2 laen cam maruahh sgt. =="

CALLME mar . said...

haha lawak ==''

back to top