Saturday, July 23, 2011

Realiti Rancangan Realiti



Adakah anda budak lepasan SPM yang sudah malas belajar, nak femes 2, 3 bulan, gilakan duit, dan nak jadi artis segera? Jawapannya, masuklah rancangan-rancangan realiti yang penuh berselerak di Malaysia ini… Ya, media kita sememangnya sentiasa diisipadatkan dengan pelbagai rancangan realiti yang bermacam-macam jenis dengan pulangan hadiah yang sangat lumayan, iaitu menjadi ‘artis’ atau bahasa aneh nya, 
menjadi ‘orang seni’ secara tiba-tiba…

Selepas 2, 3 bulan rancangan realiti itu berakhir iaitu fasa di mana orang ramai sudah pun melupakan kewujudan anda di muka bumi ini, anda sudah boleh menggelabah untuk mencari kerja yang tetap… Tidak kira sama ada menjual burger, kerani ofis atau pun tukang lap cermin kereta di stesen minyak… Jangan dikira sangat berapa banyak gajinya, tapi kira lah berapa banyak makanan halal yang masuk ke perut anda… 


Tokey rancangan-rancangan realiti ini dikatakan suka benar mencari bakat terpendam dalam kalangan masyarakat kita ini… Cuba lah fikirkan dengan benak akalmu, sampai bila nak mencari bakat itu? Sampai bila nak buat rancangan seperti itu? Kalau dilihat pada konsep kebanyakan rancangan-rancangan realiti, pemenang akan dipilih dengan undian SMS tertinggi… Jika anda perasan dan peka, konsep ini telah pun menular ke laman sosial kesayangan kita semua iaitu Pesbuk… Di pesbuk sekarang, dah wujud contest-contest bodoh lagi mencelakakan iaitu siapa yang dapat ‘Like’ paling banyak untuk satu gambar, dia lah yang menang…

Jadi, anda rasa berbaloi kah anda menyertai rancangan realiti yang sedemikian? Janganlah ditepuk dada dan ditanya selera anda sendiri, tapi tepuk lah dahi anda dan tengok jika ada nyamuk yang gigit… Eh?


Anyway, got my points?

38 comments:

Mish Apple said...

gile laa . omputeh last tu .

atie said...

salam ukhuwah

glamor hanya sementara je kat dunia nie....bukan bawak ke mati..

Chempaka Sari said...

benci gila undi LIKE tu... sbb ape sbb aku pernah kalah dulu. Dak tu main tipu... wuwuw. Kawan dia ada 400 je tapi undian ada 1000. Bengong.

Anies Anessa said...

suara aku tak cukup rocksss nak masok realiti tibi

afina rahmat said...

salah eh kalau like gambar ...?

Wadi AR said...

tidakk

lolitasinta polkapolkie said...

haha tawuu tapee ta yahh nk glamor sangatt laahhhh bek crik keje tetapp terjaminn edopp ! ^^

Akim Iqbal said...

LOL. hahahahahaha.. hang fire teruk sgt,..

Daus said...

yeah beybeh

Dhiya Fariza said...

loud and clearrrr

Abang Zam said...

pernah abg bincangkan akan masalah ini

sedak betei jadi instant retis
LOL

anyss said...

terbaik wokkk

una said...

suka entry ni !

una said...

suka entry ni !

Ayeem Jemain said...

penceramah bebas skang?

cikpia said...

ok ok.... dah got dah, got dah...... janji tak join!!!! he he....

miss zizie said...

just 1 word, AGREE! :)

BLADE EDGE said...

setuju pasal suruh kira brape byk hasil halal yg masuk dlm perut. income dr industri seni ni dah bercampur2 halal haram. kdg2 xtau pun status, main sumbat jer dlm perut. asalkan masuk biar kenyang jer. kdg2 mcm bodo jer... lg baik keje cuci tingkap bangunan, lg halal apee....

Raden said...

aku tggu rancangan realiti "gadis comel dan suci"

..cik gugu.. said...

asal n3 ni mcm skema je gaya pnulisan dy?? slalu sempoi je..

ShrayderXVII said...

sape butthurt. Problem? harhar

miz rara v(",) said...

itu dia..... hahaha.... like!

miz rara v(",) said...

itu dia..... hahaha.... like!

. Amiera . said...

memang contest haram jadah namanye tu.. grrrrrrr..

salemaziz said...

i got your poin la..nice2:D

peep said...

bodoh je sape2 yg sms dorang tuhh... buang suit semate, x untung langsong.. bile die mng haram jadah x kn ade nye nk kenal sape yg sms die dulu..hahaha :P

Gogoreng Ada said...

Haha.dpt2. dpt tang tepuk nyamuk kat dahi tu. XD

DaYaH JeLitA said...

mak jemah suke hazama! lol

Faraa Eiman's said...

haha , dapat2 ;p

hamzah ian said...

waddefak is this?

Irshadim said...

i kenot brain this. tapi, aku pantang betul tengok competition "like" gambar saya di facebook.

wath said...

bukan dak sekolah je, nenek2 n atuk2 pn da leh masuk da. yg tu paling aku tak paham. budusssss

nurayunni said...

x berbaloi kot masuk..

Ila9591 said...

yea..i got ur points..huhu

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

haha..terbawak2 sampai ke facebook...

EG said...

tu la. tak tau la cmne diorg fikir.


Program realiti NYANYIAN, masih relevankah?

wannurfazrini said...

yeye aku lah budak spm itu tp bukan malas tp lambat lg nak sambung HAHAH

myamooraww ;) said...

Truee. Aku paling menyampah realiti show. Macam takde benda nak buat dahh. Andd yang suruh like dekat fb tu lagi aku nak menyumpahhh. Mulut macam itik pon nak suruh like. =.='

back to top