Tuesday, March 8, 2011

Kenapa Aku Suka Lembu



Ramai yang tanya aku kenapa aku suka sangat lembu... Mesti kau orang pun dah perasan kan dalam entri aku banyak gila aku guna perkataan lembu... Sebenarnya, dalam dunia realiti pun aku selalu guna perkataan ni... Bagi aku, lembu ni banyak maksud dia... Ianya merupakan satu perkataan yang sangat menarik untuk diucapkan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian... 

Pertama sekali, lembu ni merupakan istilah gantian untuk menatang haram tu... Babi lah, apa lagi... Aku sebenarnya tak suka pun nak tulis babi dalam blog aku ni tapi terpaksa jugak tulis babi ni... Babi kan kasar bunyiknya... Sebab tu, aku guna lembu je, taknak guna babi... Kalau aku banyak tulis babi, nanti orang cakap aku kuat mencarut pulak... 

Keduanya, lembu ni merupakan gelaran sorang member baik aku kat sekolah dulu... Nama bapak dia Karim... Apa jadah aku pegi bagitaw nama bapak dia dulu ni? Okey lah, orang panggil dia Apoi... Orangnya kurus kering, mata selalu berair, ada parut kat dahi, jalan terkengkang-kengkang... Apa yang menarik nya pasal beliau ialah perangai beliau yang pelik dan sebengap-bengap kejadian... Kah3... Aku lah orang yang bertanggungjawab memanggil beliau lembu... Last-last, sampai abes sekolah pun nama tu lekat lagi... Tapi, skang beliau dah makin kacak bergaya... Sape nak berkenalan boleh bagitaw aku ye...


Ketiga, lembu ni memang cantik ejaannya dan sedap sebutannya... Melafazkan perkataan lembu ni tak boleh main-main... Nak sebut tu kena ada feel, kena sepenuh hati... Kalau tak sepenuh hati, nanti lembu-lembu yang terdengar akan kecik hati... Lembu pun ada perasaan jugak... Ingat, kita tak boleh berlaku kejam dengan binatang... 

Keempat, lembu digunakan untuk tujuan memaki orang lain... Pepatah lama mengatakan, 'jangan jadi bengap macam lembu, jadilah bengap macam buaya'... Okey fine, tu pepatah aku... Jangan tanya pasal apa buaya pun terlibat sekali... Apa yang aku nak bagitaw ialah, bila ada orang cakap kau ni lembu, maknanya dia sedang menghina kau dengan hina sekali... 
Jadi, elakkan lah dari diperlembukan kengkawan lain... 


Ini yang dinamakan 'kelembuan'... 

Kelima, lembu ni sebenarnya antara makhluk Tuhan yang paling seksi... Aww... Kenapa? Pasal dia terlanjang 24 jam lah... Kelakar tak? Kelakar tak? 


I seksi u'olls!

Dah lah, aku taktaw nak tulis apa dah... Urghhh...

28 comments:

shafiq ahmad said...

sempoi..haha

ashraf said...

gambar no3 tu mmg sesuai utk kau muahahahah!

Ateynmohd said...

hahah ~ nak sebut lembu pun kene ade feel ke ? ahahha ~

norziyana said...

umpame lembu dan fiz ta dapat dipisahkan

alinlon said...

aku suke sebut kamben :)

Shafiza said...

kenapa lembu seksi? lembu tak bersalah. kucen and kamben pun tak pakai apa2~ =.=''

Faiz Tapit said...

kamben? kah3

nik lan nik mat said...

lembu ini juga amat sesuai digunakan dalam budaya sindir menyindir

Anonymous said...

LEMBU lah kau!

anies anessa said...

perkataan lmbu pon dah nmpak cm bngap jer..haha

Anonymous said...

saya bernama hazmi rahim, bukan anon. saya dah faham mcm mane nak komen dalam blog orang lain... tahniah buat saya....

kepada faiz yusof, pandai buat lawakkan.... sejuk perut ibu mengandung... ko memang dah ditakdirkan menjadi blogger sejak ko mula2 dapat tali pusat... huhuhuh???? bila eh...?

yuyu lar said...

nak kenal la kwn ko tuh..no phone bape??

Anonymous said...

hahaha..gempak ah apoi si jerangkung tu pn msok blog ko..hahaha.. cian die.skng aku dgr,die tgk spongebob pn still nangis ag..

gembala lembu said...

ayat2 budak zaman sekarang: TAKPAYAH NAK LEMBU SANGAT LAAAAAA

Rozuan Ismail said...

jadilah lembu!!haha..

ira said...

lembu?aggaaaga
kambeng pon cantek~

-hanyaaku- said...

lembu is cute! ahakz

Anonymous said...

HAzmi Rahim
ayu : nak kenal gan sya eh...? boleh2... hehehehe... tapi saya tak hebat blogger mcm faiz, tak hensem mcm faiz, tak maco mcm faiz and tak sepandai faiz... tapi saya ni jujr dan setia dari faiz... INI FAKTA... heheheheheh...

Nulia said...

adoii, ingat entri pasal kisah lembu kesaygan kamu , upenye mende lain ...

tapi..tapikan saya tak tahu pun kalau nak sebut lembu tu kena ada feeling , satu lagi , lembu seksi ek ??? heheh..

+d.O.Y.A.h+ said...

rembu. lama tak sebut. hihih

A.s.t.i.n.a said...

oit faiz! whahaha apekee..

Shidy said...

hoi lembu!!...hahahaha

fizah said...

hahahah...lwak la...

mamagorjes said...

nama bapak di karim..

tetiba kan..

hahahahahaha

Jack said...

lembu..baik untuk kesihatan..haha

Manja (let it be my sweet name) said...

mmg seksi auuuw

cik grrr said...

haha..lawak la plk.
bile x tau nk tls apa...kelakor pun jd..

Botet said...

Sian apoi kene...
*Mujur aku x pnah ada kaitan ngan blog nih*

back to top