Ish... Malu lah nak tayang ketiak I ni
Iklan ubat ketiak atau deodorant sekarang memang menakjubkan... Pompuan muka cantik-cantik mesti dijadikan model dengan baju tanpa lengan... Kerjanya cuma lekapkan ketiak mereka pada lensa kamera... Iklan-iklan macam ni memang sesuai untuk tontonan seisi keluarga... Lagi-lagi kalau ada sedara-mara datang rumah dan menyaksikannya secara pukal...
Apakah tujuan televisyen itu dicipta? Sudah semestinya untuk membolehkan penduduk bumi berkongsi ketiak mereka tanpa mengenal warna kulit ketiak mahupun panjang bulu ketiak mereka... Ilmu asas ini adalah perlu kerana kajian mendapati, seseorang individu itu akan mengalami tekanan jiwa dan gangguan perasaan jika tidak melihat ketiak orang lain dalam sehari...
Ini ialah kucing saya yang dikasi nama Tompok... Beliau juga tak ketinggalan nak cuba jadi model ubat ketiak... Keistimewaan Tompok ni ialah mempunyai elemen yang sama seperti 4 orang wanita dewasa
Dengan munculnya iklan-iklan seperti ini, ia dapat menceriakan dan mewarnai hidup orang lain dengan baik... Segala permasalahan yang dihadapi dipercayai akan hilang serta-merta bila melihat iklan seumpama ini... Jadi, tidak perlu lagi anda-anda yang kaki minum tu untuk bersusah-payah pakai helmet tutup ngan visor masuk dalam 7E untuk beli arak... Cukuplah sekadar membeli Slurpee dan kongsi dengan sahabat yang lain...
Jadi, dengan ini, saya menyeru sepenuh hati, rektum, pankreas dan ginjal saya agar iklan-iklan tayang ketiak ini dapat diperbanyakkan lagi demi menjamin kesejahteraan semua... Akhir kata dari saya, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan ketiak tayang-tayangkan...
Yang sayangkan ketiak orang lain,
Faiz Tapit
31 comments:
hahaha. x bleh blah si tompok sama seperti 4 org wanita dewasa. hakhakhak.
apada ketiak.
terbaik betul kai punye peribahasa tu eh ?
aku geli iklan sape ntah model kaisara kot..dia letak kertas bentuk daun kat ketiak yang ada deodoran okay jer pastu letak kat ketiak yang takde doedoran jadi basah...euww
ingatkan saya je yang menyampah dengan iklan macam tu..huhu
^______^
byk sungguh iklan pasai tu skg..hmm
hahahhaa...
ketiak model2 tu pon di edit bloommm byk2 kasi cerah sebelom masuk tb..
putih ketiak tompok..
haha..entry ketiak pulak..
hahahahaha..
tp tol ar ckp ko..
dorg y jdi model ilan mmg cun2..
grm j tgk..
npe la cntik sgt hehe
hahaha...sumpah lawak!
alah, senang cite, model iklan nie pon ketiak die basah and berbau, sebab tu die orang jadi duta.. kah kah kah
sayangilah ketiak sendiri sblm menyayangi ketiak org laen...
HAHAHAHAHAHAHAHA!
menyampah tengok iklan rexona ke apa tah. dok tayanggggg ketiak sepanjang iklan. haih. perlu ke? :DDD
ketiak cantikkkk mmg la
tompok lagi hot dari model2 tu untuk iklan ketiak..hahaha..
hahahhhahhahhaahhahhahahhahahhahahaha
gelak je yang aku mampu bila baca ni,hehe!
hahahhhahhahhaahhahhahahhahahhahahaha
gelak je yang aku mampu bila baca ni,hehe!
sumpah macam celaka, HAHAHAHAHAH
Sebelom tayang itu ketiak kasi tebas dulu maa itu hutan amazon mahupun khatulistiwa :)
depa je ade ketiak. org lain dak aih~
xmenahan tompok sama dgn 4 pompuan! hahaha
ni kes byk tuuuutt la ni. hadoiii~
tjam pmkirn anda.
muahahaha , siott la !
Ayat ta boleh blah sekali..."sayangkan ketiak tayang-tayangkan"..hahahahhaha
baguih iklan hang ni dik...
haha..konpem tgh bengang dgn iklan deo..haha,aku pn geram...tau la ketiak 2 semua photoshop..demnn....lau ikln x tyg model cun xmarket lah...ikln ketiak laki pun tyg mamat bajet ensem jek semua...aku pn trliur...muahahahaha
comel tompok.haha
ketiak tu benda yg sensitif pada aku
ketiak tu benda yg sensitif pada aku
hahaha like146x! :D
ngan kucing pon ko bleh stim ke syial? wakaka
best siot entri dia... adeh... lawak2... sabo jela
ketiak awek aku busuk..aku dah tegur dah harap dia dah berubah..baunye tajam!!
Post a Comment