Tuesday, December 7, 2010

Siapa Lagi Kalau Bukan Orang Kita



Orang kita... Bukan semua, kebanyakannya... Sekali lagi, bukan semua, kebanyakannya sahaja...




1. Suka buat majlis kahwin terlalu meriah... Lebih kepada membazir... Sampai harga pelamin saja pun dah boleh buat belanja 3,4 bulan lepas kahwin... Lepas majlis kahwin baru reti nak jimak jimat...


2. Terlalu obses dengan parti politik macam ianya pegangan agama masing-masing... Bergaduh dan berpecah-belah sesama sendiri adalah perkara biasa... Nak berpolitik tak salah, cuma jangan anuti parti politik... 


3. Suka ciplak idea orang... Dalam filem terutamanya... KL Drift? Filem akan datang ialah Transformers versi Malaysia plak... Aku tak tipu dan pelakon utamanya ialah Tomok... Proton Inspira pulak?


4. Suka pentingkan yang sunat dari yang wajib... Contoh: pentingkan poligami dengan alasan sunnah Nabi walhal semayang Jumaat pun jarang pergi...


5. Tamak dan gelojoh mencari duit tanpa usaha... Skim cepat bodoh, MLM, log in facebook dapat RM100... Yang lagi bodoh ialah yang mudah percaya... 


6. Lebih suka menganggur dari kerja yang biasa-biasa... Sebab tu negara kita kembali 'dijajah'


7. Suka bagi nama anak panjang-panjang tapi takde maksud pun... Konon cam nama omputeh padahal duk dalam ladang sawit je...


8. Lebih suka ambil berat pasal artis dari mak bapak sendiri... 


9. Suka buang anak... Baik yang dah tersenyawa mahupun belum... 


10. Duduk kat Malaysia tapi buat-buat macam kat Korea...  


11. Nak berfesyen tapi lupa nak tengok cermin... 


12. Malu nak bagitaw umur sendiri seolah-olah disuruh berbogel depan Mid Valley... Adakah umur itu aurat? 


13. Taksub dengan freemason dan illuminati... Sampai Upin & Ipin pun boleh dikaitkan sekali... Baca kat SINI


14. Bila ada roadblock je, mulalah nak menggelabah...


15. Penuhkan stadium bola bila semi-final ngan final je... Kalau kalah, gaduh dan bakar kereta polis adalah rutin biasa...


16. Lepak kedai mamak berjam-jam tapi order teh 'o' ais ngan ais kosong aje...


17. Tiap hari complain harga rokok naik tapi tiap hari jugak pergi beli...


18.  Suka sebarkan gambar yang menghina Islam kat semua orang... Tak pernah terfikir ke, dengan cara tu sebenarnya kita memudahkan kerja orang-orang kafir ngan yahudi? Diorang lukis satu gambar je tapi kita sendiri yang sebarkan kat semua... Itulah taktik mereka sebenarnya... Menggunakan orang Islam sendiri untuk menghina agama Islam... Ironi sungguh... 


19. Turun teksi atau bas tak cakap terima kasih kat abang drebar...


20. Tak suka tengok 2 Alam... 



39 comments:

budak kecik said...

kahkah...

tapi tu la org kita kan?

yg part filem transformer tu, nape perlu tomok pelakon utama?ak konpius laa...

Anonymous said...

ha3..
klaka jer..yg no last jer betul pasal wyna ;p

doyah said...

ahahah. terbaiklah anak mak! yang penting berfesyen tp lupa nk tgk cermin! :P

IQBAL ZARIN said...

yang last tu terbaekk.....

2 alam x smpi 10 org pon yg tgk dlm panggung wayang tu. memg pecah punggung la. haha

Faiz Tapit said...

pecah buntot... kah3

liyana afiqah said...

haha part 2 alam tu yang dok memusykilkan lagi .

Amiey White said...

100% setuju Orang Kitak :( suka mengumpat pun sama tapi selit hal agama pelik3

miss miera said...

yg kedai mamak 2 setju sangat....hahaha
:))

Anonymous said...

No. 20 itu Me...ahaks...

_aliahwafa_ said...

part 2 alam tu sangat lah betol. hahaha

Nurin Farhanah said...

yang no 10 tu, aku tak puas hati...ala2 terasa..

yang last tu, oh, kena tengok ke??(pura2 inesen)

Unknown said...

trun bas x ucap timo kasehh...seb bek cakap..haha

ashraf said...

saya suka no9 ngan no 20! hahah

adrinaqamarina said...

citer tomok tu transformer eh? ari tu tengok, dye cakap batman. huhu. kalau kasi remy ishak ke, berbaloi la.

almost dalam ni, kte sokong je!

part teksi dengan bas tu, kte ucap je. sebab mungkin dah terbiasa dok kat egip macam tu, then balek msia, jadi macam tu, macek kedai, pacek teksi agak pelik bila kte ucap terima kasih. huhu.

Unknown said...

itulah haakikatnye,,hehe

SUKA PELIK

Miera Hassan said...

haha...ape kene ngan 2 alam..?kah3..cian dr cendawan

nohfee said...

hhaha. betol tu. itu la kita. lagi satu nak tambah

*tak boleh terima perubahan, kalau dah biase sangat dengan cara lama*

zarifahmr said...

'takkan hilang melayu di dunia'

Amanie Khairunnisa said...

tomok transformers ? aiyak tough habes bdn. npe x gune osman kering jek. haha yg last skali siyes x bole blah. 2 alam ? haa yg tu kite tataw :p

Rina Rossoneri said...

hahahaha part last sekali tuh best

ondeonde said...

hohoho..setuju. ade kebenarannya..

yg no.20 tu aku tak tonton lg..heheh

Anonymous said...

2 ALAM BEST SANGAT LOL

Zulkifly Omar said...

pasal iluminati tu aku setuju... taksub sngt org kita.. huhu

Zafira said...

Tak boleh belah r kau ni! LOL.

"Tak tengok 2 Alam."

Serius aku terus guling-guling! Wakaka..! Hik hik hik. Bengong. :p

Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza said...

betul2 tu !
sokong2..
entry org pndai !

Anonymous said...

tibe tibe lapar sup cendawan pizza hut :P

Falahin Farn said...

apa maksud hidup ala korea part tu tak faham....

kebanyakan saya x terlibat melainkan yg last tu :)

p/s-oh mungkin faham eh tak ,tak faham gak

Noor Fatin said...

mmg xdapat dinafikan lagi..hoho

adik ooyah said...

no. 20 tu mcm tak betol je...kene gi tonton ke??argh!!!

Nana S. said...

haha. nice. betul. ;)

agasshi zell said...

seb bek x tgk 2 alam smlm...kahkahkah...
org kita mmg suke ckp gebang je..huh..

fifilianna said...

haha 2 alam tu klaka la

chittysarah said...

orang kite..
xtau nak kate pe da..

speechless*
lalalaa~~

Unknown said...

yaaa!! betul sekali...say no to 2 alam ya...hahhahah!!

aienna said...

vote for my blog jugakk..
373..
g 10

WH said...

sumpah yg last ak x thn!

Ainul Huda said...

1, 4, 7, 8, 11, 13 and so on. agree! :)

soutulmujahid.com said...

aii.. lain macam je bunyi yg ni --------> "Suka buang anak... Baik yang dah tersenyawa mahupun belum..."

funbizz said...

salam, mmg best la entry awak ni
da byk gak la saya baca, mmg kebanyakan wat saya gelak sorg2

entry ni plak, mmg kebanyakan yg awak sebut tu org kte suka buat, mgkn diorg xle hidayah lagi kot
jadi pasni leh la diorg cari ppuan nama hidayah kuang3

teruskan kuar dgn entry2 awak tu :)

back to top